Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 13, 2011

sensitip pelek mu nih

niat : mengingatkan sesama lain
penerimaan : dianggap menjatuhkan imej
konklusi : ortodoksnye la ko ni kan....

tersentap!!!! payahla ko ni kan... biase r tu, nape pon bisnes. memang r ade turun naek. memang la ade dugaan. ko baru je start pon dah berlagak kan. bajet bagus. salah ke aku mengingatkan ko. kalau ape2 berlaku dan melibatkan aku memang aku sound giler2 r. silap2 aku buat kes polis. aku serius ok!!!!!!!! sumpah aku serius!!!!!

Tuesday, September 6, 2011

walaupun rumah aku kecik tapi siyes HOME SWEET HOME!!!!!!!!!

rumah, rumah... I rindu la kat you...you rindu i tak? xpe-xpe, you xpayah jawab. i tahu you pon rindu kat I kan... *wink-wink-wink*

rindunye aku kat D-2-2. walaupun umah aku kecik tapi kite bebas kot nak buat pape kan...

kalo kat umah tak pakai baju pon xpe... kat kampung even umah parents sendiri ko gile nak telanjang bogel macam tue je? tak mengaku anak japgi AtokDieya & OpahDieya. tak pon minggu depan aku jadi penghuni tetap tanjung rambutan. dah la terengganu memang panas ok! asyik berpeluh je aku. berpeluh tahap macam berlari 4km untuk negara nih.

kalo kat umah nak BF je hah selak je baju. eh tipu2. xmain r selak2 je. susah la, mane nak pegang baju lagi, nak BF lagi. Free lagi best... sejuk je rase... hehehhehe. Kalau kat kampung aku mengamalkan sifat geisha melayu terakhir. nak BF kene masuk bilik. tutup pintu. sopan gituh nyah. ape masalah? masuk jela bilik kan. dey, ko faham tak terengganu panas? berkurung dalam bilik maknenye double panas. dah la BabyDieya tak tahan panas. tue tengah BF sibuk nak nangis jugak. rimas sebab kene melekat ngan badan aku kan yang melekit nih kan.

tapi panas macamane pon terengganu. siyes aku bangga jadi anak terengganu
I LAP YOU TERENGGANU!!!!!!!!!!!!!
eleh, kat Selangor pon panas gak sebenarnye. tapi jerebu tolong cover panas tue. teduh la sikit kan. tapi air pollution la plak kan. kalau kat Terengganu, fresh kot udara dier...
tibe-tibe nak balek terengganu...

AyahDieya decide nak balik SK ahad kol 12am. kalao kiraan betul hari Isnin la kan. dengan harapan xjem. tapi memang tak jem pon. langsung tak jem. kereta pon tak banyak. punyer la lengang kan sampai boleh kuch-kuch hota hai atas highway tue. kitorng gerak kol 1230am kol 5 dah selamat sampai dah. tue pon kire lambat sebab benti kat gambang sebab aku nak peepee & benti kat temerloh sebab nak minum2. kat ampang pon kene bawak pelan2 sebab jalan licin. dah tue ade 3 eksiden. dekat2 pulak tu. yang 2nd ngan 3rd tue lagi r. dekat die macam kurang dari 1 tiang api je. dah la fresh lagi. Time ni la baru nak bersyukur Allah jauhi perjalanan kitrg dari kesulitan dan kesusahan. baru ingat Allah kan.. haih, manusia-manusia...

sepanjang perjalanan BabyDieya tidur je. skali je mamam. tue pon kene kejutkan. kan senang ajar anak tidur dalam gelap. Gelap je maknenyer tidur. tidur je mesti nak gelap. sebab tue kalau tidur dalam kereta siang2 BabyDieya mesti halakan muka kat celah ketiak. ketiak ibu wangikan BabyDieya. heheheh

Pagi tu kene hantar BabyDieya kat school walaupun aku cuti. Aku je cuti AyahDieya tak cuti pon. so tak boleh tengok wayang lagih.. rindu la nak tengok wayang.....AyahDieya, jom dating...kite angkut r skali BabyDieya. Nak? Tapi kat school BabyDieya mengamuk 1 hari. kesian BabyDieya mesti sebab penat travel jauh kan. TokwanDieya cakap BabyDieya besar dalam kereta je. takpela kan sayang, belajar susah-susah sikit kan. Seminggu Ayah&Ibu ade ngan BabyDieya. Ade orang nak melayan. Ade orang nak manjakan. Ada orang nak main-main. Sekali kene pergi school. tak de orang nak manja-manjakan. takde orang nak main-main sangat. mesti BabyDieya rase alone kan... tue yang mengamuk kot... kesian BabyDieya. Tapi sayang kene pergi school. Sayang kan goodgirl. sayangkan nak jadi baby yang genius. kenela pergi school...

Walaupun aku cuti bukan aku rehat pon. rumah nak kene kemas. kan raye. mesti la rumah kene cantik-cantik. lagipun banyak lagi nak kene setelkan. lepas lunch ngan AyahDieya kat Saba' terus pergi Bank Rakyat. orang tak ramai pun tapi aku kan jenis manusia malas nak menunggu. beb, penantian satu penyeksaan ok!!!! tapi kan mase nak tekan button nak amek nombor tue ade 1 nombor yang giliran die lagi 2orang. yeay!!!! aku berjaye skip 2orang. walaupun berjaya skip tapi still lambat sebab kaunter bukak 1 je. seme tak naik keje lagi kot. kesian brother tue. terkial-kial die sorang-sorang. nasib tak ensem. kalau ensem tibe-tibe ade aku masuk dalam kaunter tue tolong brother tue skali. before keluar tu aku pass kan no aku nak bother posmen tu sorang. muka sombong gile sambil gileneg-geleng kepala. tak nak sudah. ni nombor ni lagi sorang tau.baru la terhegeh-hegeh. bukan nak cakap thanks pon. ni la orang kate bodoh sombong. aku pass kat ko pon sebab bile aku pusing terus nampak ko. aku nampak ko pon sebab muka ko banyak jerawat batu la! huh~~~ marah nih

next destination : bank cap kepala harimau
purpose : tukar coin
rational : kan tahun depan berkuat kuasa coin barukan. kalau tak silap aku coin yang baru ni bersegi sikit. rugi kot kalo tak tukar kan sebab nanti dah tak valid dah.
tapi aku sempat kire 100ya coin yang 20sen ngan 50ya coin yang 50sen. so total 150ya.
ok kak, saye nombor giliran untuk asb
asb offline cik
er, kalo gitu saye nak tukar coin la kak
tukar tak boleh cik. bank in boleh
dah kalau gitu sy bank in jela dalam account saye.
tak boleh jugak. sebab mesin kira coin rosak. dari minggu lepas rosak
ade 1 je ke mesin kira coin kak.
ye cik
haih, bank kepala harimau ni besar kot. tak kan la xboleh beli lebeh mesin kira coin tu. tak pon mesin tu rosak since last week kot. xkan xde petty cash yang boleh keluarkan on the spot peruntukan untuk betulkan mesin tu. biase r kan bende remeh seme tak pedulikan. tapi bende remeh ni la kadang2 terkantoinye isu2 besar.

off to jusco pulak sebab nak masukkan duit raye BabyDieya kat asb aku. sengaje kitorang tak bukak saving account ke BabyDieya. bagi aku duit just tidur je dalam saving account. kalau asb at least duit tu bekerja. walaupun tak bekerja kuat tapi pelan-pelan kayuh la kan. masuk post office tue ramai gile orang. nombor aku dapat ngan nombor yang apprear kat screen beza lebeh 30 orang. aku dah macam agak give up dah time tu. dah la pukul 3.15 petang dah time tu. kalau tak silap aku urusan asb kene buat before pukul 4petang. konpem tak sempat. xpe2. sabar2. dan aku harapkan miracle berlaku time tue.
tibe2 seme keluar tak nak berurusan dah
tak pun tibe-tibe orang kat kaunter panggil aku nak setelkan aku dulu
tak pun tibe-tibe kaunter banyak yang amat bukak sebab time tu 1 kaunter untuk bayar bil 1 kaunter untuk pelbagai. pelbagai pulak banyak jenis pelbagai kan. bodoh pian betul
tak pun tibe-tibe diorang panggil aku masuk office suruh aku buat sendiri. boleh aku letak berapa je amount nak masuk dalam asb aku kan
dalam aku berangan-angan tu tibe-tibe aku orang chienese bercakap2 cine sambil hulur-hulur nombor die tapi xder sorang pon pedulikan die. then die letak nombor die atas kaunter. aku cepat-cepat amek dan miracle memang tengah berlaku pon! no tu lagi 3orang!!!!!!! aku macam nak buat sujud syukur kat situ jugak time tu. konpem sempat la kan before pukul 4 kan.

aku cube nak masukkan duit BabyDieya gune coin tadi. tapi dorang tak accept la plak coin. berangkut la lagi aku coin tu. berat ok! dah la aku letak dalam plastik gelenyar je. cuak gak takut putus. boleh bayang tak aku mengangkang kutip satu-satu coin yang terabur kat jusco. sumpah tujuh keturunan aku tak pergi jusco lagi dah.

aku nak setel gak coin ni arini. aim aku adalah 7E. dulu aku keje kat 7E equine slalu xde coin. so kali ni aku berharap sangat dorang xder coin. ape-pe hal pun isi minyak kete dulu. dah blinking dah. tibe-tibe aku dapat idea why not aku tanyer je petronas nih. aku tanye kat brother melayu ni. tapi yang peliknye die boleh tanye mamat nepal nak amek ke tak. dan mamat nepal tu yang decide kaunter die amek 100ya kaunter brother tu amek 50ya. peliknye aku raser. kenape brother tu yang orang sini (aku rase la) boleh diarahkan oleh mamat nepal tu. kalau tengok situasi tu macam mamat nepal tu lagi power dari brother tu. sedeh aku tengok. tersentap pon ade.
bro, boleh tak ko up sket?
tak rock r lu bro dok bawah mamat nepal tu


Time aku nak fetch BabyDieya petang tu, BabyDieya tak pandang pon aku. aku panggil-panggil pon BabyDieya wak tak tahu je. sikit pon tak senyum. dalam kereta aku pujuk2 lagi. BayDieya pandang kanan. aku gerakkan BabyDieya mengadap aku. BabyDieya pandang kiri pulak. macam tu dua tiga kali. last-last aku nyanyi favourite song BabyDieya 'Little Fingers'. Baru senyum. sepanjang perjalanan nak balik umah tu BabyDieya pegang je tangan aku. kemas betul. dan naluri keibuan aku tersentuh. dan aku nangis dalam kereta. rase macam rindunye BabyDieya kat aku.
ye sayang, ibu pon rindu sangat-sangat kat sayang....