Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 25, 2014

Kasih Dan Sayang Dan Kasih Dan Sayang Dan Kasih Dan Sayang

Tadi aku dengan Pijo bawak Aidan gi inject untuk 2bulan kat Klinik Jameaton, Equine Park.  Ha kan, jauh kan... Walaupun duduk Semenyih tapi jiwa tu masih kat Equine.  Tak... Bukan nyesal duduk Semenyih, tapi dah biasa dengan Equine, dah tahu luar dalam Equine, dah tahu baik budi di dara Equine nih.  Lagipon tak tahu kenapa percaya bebenor kami dengan Doctor Jameaton.  Tahu je klinik tu ramai orang so kadang-kadang terpaksa tunggu berjam-jam tapi still gi sana.

Tapi tadi Doctor Hairul yang on duty.  Pon aku suka dengan mamat ni.  Profesional betul.  Doc Hairul cucuk Aidan sikit pon Aidan tak nanges.  Biasanya masa Dieya dulu pon setiap kali cucuk, Dieya dibaringkan.  Masa first month injection Aidan pon.  Dan biasanya dorang memang nanges pon even 3saat kan.  Tapi tadi memang kitorang terkesima dan teruja sebab Aidan gerak bontot je sikit tanpa sebarang drama sebabak.  Doc Hairul suruh Pijo peluk Aidan kemas-kemas.  Peluk la macam mana pon tapi bontot bahagian dia.  Sapu ubat bius, tunggu dalam 5saat, inject.  Dah setel.  Kalo ko tengok macam lemah gemalai je die tekan stringe.  Aku siap tanya habes ke ubat masuk.  Heheehehe.  Sori doctor...  Bukan  meragui doc punya kerja.  Cuma macam tunggu gak Aidan nanges kan.  Doc Hairul cakap kalau nak kurangkan trauma anak, kene peluk kuat-kuat, erat-erat.  Baru anak rasa selamat.  Next time kalau anak nak kene injext dan doctor suruh baringkan, try la mintak untuk peluk ey.  Biar anak rasa kita ada masa dia perlukan kita.  Perlukan kat sini adalah time anak rasa sakit kene inject.

Lepas tu kitorang ditazkirah pasal parenting.  Apa faktor yang paling penting untuk at least kurangkan kekerapan anak sakit. Macam-macam kitoang tembak, breastfeed la, makan la, persekitaran la, hygiene semua bagai.  Tapi jawapannya adalah KASIH SAYANG. Like, serius?! Anak kot. Mestila sayang.  Tapi sayang tu subjektif.  Adakah kite selalu peluk selalu cium dikatakan sayang?  Adakah selalu marah mengajar dikatakan sayang?  Adakah belikan baju mahal-mahal dikatakan sayang? Adakah bagi vaksin banyak-banyak dikatakan sayang?  Doc Hairul cerita pengalaman dia dari menjadi seorang ayah yang garang kepada ayah yang penyayang.  Hasilnya anak dia dari kelas last naik ke kelas pertama.  Anak dia lebih mendengar kata.  Sebab bila kita jadi bestfriend anak, anak lebih hormat dan lebih percayakan kita.  Nak nakal-nakal pon rasa segan dengan 'bestfriend' die tu.  Dan yang penting jangan biarkan anak teresak-esak nangis sampai tertidur.  Sebab ingatan terakhit dia adalah mak dan ayah tak sayangkan dia.

Pesan Doctor hairul lagi, kalau kita nak anak masuk dengan kita, lagi penting kita yang kene masuk dalam dunia diorang.  Contoh kalau anak picky eater, join apa yang tengah dorang buat masa tu.  Contohnya anak dengan main kereta.  Berlakon konon-konon kereta kena tol.  Makan sebagai bayaran baru palang tol terangkat.  Contoh lain kalau anak tengah tengok Upin Ipin, berlakon la jadi Opah ke Kak Ros ke.  Takpela kalau tak kat meja makan pon.  Janji anak makan.  Sekadar 4suap dah memadai.  Puji anak kaw-kaw sebab makan 4suap.  Ulang la sampai sebulan pon.  Aku dah try kat Dieya memang terbaik.  Aritu Dieya nak main hide-and-seek.  Sebelum Dieya hide aku suapkan dulu.  Aku cakap kalau makan baru ada tenaga nak berlari sembunyi.  Dieya sembunyi pon belakang ayah je.  So kene la kira pelan-pelan dan berlakon tanya ayah mana sebab nak bagi Dieya masa kunyah habis dulu nasi.

Lagi 1 amalan Doctor Hairul, had kan anak bermain selama sejam sahaja dalam satu-satu masa.  Mula-mula memang ada drama la kan.  Lama-lama anak dia automatik main sejam then benti.  Main kolam pon lepas sejam automatik benti ajak balik.  Kalau tak pon, lepas sejam panggil anak rehat jap.  Bagi minum, bagi rilek jap dalam setengah jam ke, pastu lepas anak main balik selama sejam.  Kenapa sejam?  Sebab 1jam adalah tempoh maksima kanak-kanak boleh beragresif.  Kalau lebih sejam kemungkinan kanak-kanak selsema ke, demam ke adalah tinggi.  Kalau aku bawak Dieya gi softgym, dah bagi Dieya main sejam aku akan panggil main mainan yang tak perlu bergerak.  Macam main bead ke, kalau macam kidzooona main dalam playhouse dia tu ke.  Yang penting, main sama-sama.  Letak la kat tepi dulu henset tu.  Tu pesanan untuk diri sendiri jugak tu.  Heheheh

Semalam kitorang bawak Aidan jumpa ustaz.  Saja nak tegok-tengok kan Aidan.  Ustaz tu pesan masa matahari nak naik dan nak turun jangan bawa anak keluar.  Contohnya kalo dalam kol 12 kita nak keluar rumah pergi kenduri ke kan, lek-lek la dulu lepas zohor baru gerak.  Time magrib pon sama.  Maknenya Tengah- tengah malam nak bawak anak gi downtown takde hal.  Kalau anak menangis mata tengok atas atau mata pejam beriya taknak bukak, pegang labu betis anak dan bacala apa-apa yang tahu.  Paling-paling tidak pon azan.  Selawat dengan Al Fatihah jangan tinggal tau.

Friday, October 17, 2014

Konsert

Semalam (ok, dah tak jadi semalam dah.  Ahad lepas, 12/10/14) QDess Dieya ada organise konsert tahunan.  Since ni konsert pertama Dieya, konpem-konpemla aku excited. Dieya ada 2 performance plak tu.  Double excited! Aku dapat keluar plak tu tanpa rasa bersalah.  Triple excited!  Sangap wei dok rumah lama-lama...

Kena ada kat auditorium SJK (C) Chee Wen, Subang Jaya sebelum 3petang tapi ceremony tu start 4petang. Pape hal kasi charging dulu Dieya.  Bawak g makan, tapi Dieya tak makan pon.  Dieya makan aiskrim je.


Aku rasa seksi sangat bila Pijo pakai carrier macam ni.  Seksi tang mana aku pon tak tahu.  Tapi sejenis keseksian gitu.  Maybe nampak lovely daddy gitu dan itu adalah definisi seksi bagi aku. Huh?! Tak seksinya definisi seksi aku...


Macam comel je model kecik dengan kete kecik nih.  Lalalala~~~


Pape hal bagi Aidan kenyang dulu.  Sebenarnye kain tu mak sedara Pijo bagi souvenir dari Sabah.  In stead of buat baju kurung, since kain die lembut aku buat nursing cover.  Mintak kawan aku, Ina jahitkan.  Aku pernah tengok kat kedai Kasih Ibu Bangi, ada jual jugak brand Autumn. RM40 kalo tak silap aku.


Mula-mula musykil gak aku motif ko buat konsert jauh-jauh sampai Subang?  Sekali tengok auditorium die, mak ai!!!!!  Selesa gila kot...  padahal sekolah rendah tu punya auditorium tu.  Tengok backdrop je aku dah jakun belum tengok budak-budak perform lagi.  Belum tengok Dieya berYMCA lagi atas stage tu.  Tapi hakikatnya aku memang jakun banyak benda pon.  Muhahahaha


Konsert dimulakan dengan lagu Negaraku.  Penuh stage dengan student 3tahun sampai la 6tahun.  QDess Bandar Putra Permai ni ade 2cawangan.  Dieya 3tahun konpem-konpem kat hujung.  Sekali berdiri paling depan plak tu.  Lagi la terkinja-kinja aku excited.  Kalau dulu kitorang gigih sembunyi taknak Dieya nampak, takut Dieya taknak buat macam kat playschool dulu, kali ni memang kitorang sengaja lambai-lambai.  Dieya senyum je atas stage tapi tak lambai balik pon.  Tengah nyanyi lagu Negaraku kot... mane boleh gerak-gerak kan.  Ibu ko je sambil nyanyi sambil lambai-lambai.  Duhhhhh.  Lepas tu ade la award tu la award ni la tapi untuk student 6tahun la kan.  Yang bestnye long service award dapat gelang emas tu.  Gile!  Since QDess ni baru 5tahun so teacher yang dah 5tahun jela yang dapat kan


Konsert ni semperna graduasi student 6tahun sekali.  Eh jap, student ke ek term yang sesuai? Macam dah besar sangat.  Ke budak 6tahun?  Memang la budak kan, dan memang la student kan?  Isk complicated sangat haih...  student jela kot...  masa ni aku emosional sangat.  Seriusly aku nangis sebab one-kind-motherhood-feeling padahal anak aku takde pon atas tu pakai jubah.  Aku kan kuat drama..  comel sangat dorang pakai jubah pastu menari lagu 'Shalala'.  Kalau la time konvo aku dulu ade menari-menari macam ni konpem aku mintak partner dengan Pijo.  Biar la lain course pon.  Janji aku dapat menggatal dengab Pijo.  Miamiamia *gelakgatal*


First performance Dieya, The Rain Keep Falling On My Head, partner dengan Hayden.  Blur-blur la jugak.  Mana nak ingat step lagi, mana nak tengok ibu kat bawah lagi.  Aku ade rekod yang memang fokus kat Dieya la kan.  AKAN TETAPI!!! Ha kan besar tu tulisan tu...  Dieya terdelete sebelum aku dan Pijo tengok pon.  Ko agak-agak mengamuk tak aku?  Memang la akan dapat cd tapi still!!!  Beriye aku g kat depan, fokus kat Dieya.  Nampak segala pergekaran die in details sekali ko selamber delete.  Depan aku plak tu...








Cuba cari persamaan 4gambar ni.  Tangan Dieya kat atas kan? Lagi? Perasan tak Dieya masam je tak senyum?  Sebab Dieya tengah cari ayah dengan ibu.  Pijo kat tepi stage ambil gambar, aku kat tengah stage amek video.


Ha, dah nampak tu barula bersemangat berYMCA.  Nampak kitorang baru rasa confident kot Dieya ni.  Aku tengok Dieya enjoy sangat mase dua-dua performance tu.  Sebenarnye kitorang takde la harapkan Dieya perfectly ataupon nearly perfect buat persembahan.  3tahun kot, what do you expectkan.  Cukup la bagi kitorang Dieya berani berada di atas pentas.  Berani berada dihadapan orang ramai yang tidak dikenali.  Tu lagi penting.  Kekuatan dalaman lagi penting.  Tapi bila nampak Dieya enjoy dengan kawan-kawan die atas pentas, bonus bagi kitorang, rasa macam sebak, anak aku dah besar...  Dah boleh bawa diri.  Alhamdulillah...





Untuk reading award, Dieya dapat gangsa.  Gangsa ni untuk student yang berjaya complete kan reading book at least sampai book 8.  Dieya sekarang book 5.  Student 3tahun semua dapat gangsa.  Tapi ralatnya aku rasa sebab aku tak sempat nak luangkan masa untuk Dieya ulangkaji.  Kalau dulu memang setiap hari aku ulangkaji dengan Dieya.  Tapi sekarang, weekend jela.  Tapi, nanti 4tahun nanti memang aku akan cuba curi masa walaupun kejap untuk Dieya.  In shaa Allah, jika diizinkan Allah.




Dorang berdua saja dalam kelas 3tahun yang melayu.  Tapi dalam kelas selalu jugak teacher pisahkan dorang sebab Dieya selalu ajak Aleesha bercakap.  Isk Dieya, sebijik perangai ibu tau.  Suka bercakap dalam kelas.  Jangan amek perangai yang tak berfaedah tu boleh tak Dieya?  Ngeeeeee~~~~  Tapi advantagenye dorang cepat menguasai English.  Memang la tak totally fluent English tapi at least dah tahu buat ayat.  Bila kite speaking dorang reply in engliah jugak dan faham apa yang kita cakap.


Oh disinila Aidan sepanjang konsert.  Dikanggarookan oleh ayah.  Hanya bangun sekali je nak susu.  Terima kasih Aidan sebab faham keterujaan ayah dan ibu.  Hehehehe.




Meraikan 'keenjoyan' Dieya, kitorang decide dinner kat Laman Grill, Restoran Chef Zubir Masterchef.  Yang atas tu, Beef's Lover Pijo punye, cabonara tu aku punya.  Review aku, cabonara memang best, memang creamy gile tapi Pijo punye so-so aje.  Harge RM63 tapi sos bbq die rasa macam yang readymade yang jual kat market, yang dalam botol tu.  Ke sos bbq yang kat market tu die yang buat? Ntah, tapi macam better try benda lain la ey korang.

Thursday, September 18, 2014

Amin...

Sepanjang aku baca buku Ammar ni sebenarnya aku asyik la teringat kat seorang kakak kat office aku ni.  Dari awal kehamilan aku lagi dia selalu berdoa yang Aidan in shaa Allah menjadi seorang anak yang soleh dan bakal mendalami ilmu agama kat pondok.  Setiap kali die lafazkan setiap kali tu jugak aku aminkan dengan ikhlas.  Siape taknak anak yang soleh dan solehah yang boleh dijadilan bekal dikemudian hari kan.  Tapi apa yang aku sedih dan berasa ralat, akak ni mungkin dah berenti berdoa untuk Aidan sebab akak ni dah tak tegur aku dah berbulan-bulan dah.  Tanpa aku tahu kenapa dan apa salah aku.  Macam penuh kebencian tau dia kat aku.  Aku pernah cuba untuk pulihkan keadaan pada hari kedua dia tak tegur aku tapi aku terima respon yang negatif.  Lepas ni aku dah tak try dah.  Bukan sebab aku ego.  Tapi sebab aku hormat keputusan akak ni.  Maybe die belum ready nak maafkan kesalahan aku walaupun sumpah aku tak tahu apa salah aku sebenarnya sampai selisih pun dia taknak.  Apa ntah lagi nak berbalas pandangan kan.  Tapi aku tak pernah lupakan akak ni.  Sebab banyak yang aku belajar pasal kehidupan dan agama dengan dia.  Setiap hari aku berdoa semoga keadaan kembali seperti sedia kala sebab betapa ruginya aku tak dapat 'mencuri' ilmu yang ada pada dia.  Secara zahirnya akak ni tahu aku macamana.  Dulu die selalu puji aku nak2 pasal rumah tangga dan keluarga, dan betapa positifnya aku dalam banyak perkara dan aku tahu setiap pujian dia adalah ikhlas.  Sebab tu aku berharap dalam kebencian die terhadap aku, masih ada sedikit positif dalam diri aku yang dia masih ingat dan mengaburi negative yang dia sangkakan ada dalam diri aku nih.  Memang ada negatif aku ni dan sekali lagi betapa aku harapkan aku tahu apa salah aku terhadap dia.  Cuma apa yang aku nak dia tahu sedikit pon takde rasa kurang senang aku kat dia.  Sepanjang berbulan-bulan ni pon xde pon aku cuba timbulkan kemarahan dia dengan sengaja walaupun aku tahu dia selalu 'bercakap' mengenai aku.  Walaupun aku tahu apa yang aku buat dan cakap serba tak kena pada dia.  Macam mana aku tahu?  Aku berpegang kepada kalau kita tahu kita benar, biar kebenaran tu datang sendiri kat kita.  Setiap kali kebenaran tu datang kat aku, aku hanya mampu tersenyum dan memaafkan setiap satu apa yang dia cakap kat aku.  Sebab ilmu yang dia pernah kongsi dengan aku jauh lagi tinggi darjatnya dari kebencian dia kat aku.  Apa yang aku harapkan sekali lagi adalah keadaan pulih seperti dulu.  Walaupun aku faham tak kan sepenuhmya tapi sekurang-kurang aku boleh bertukar salam dengan dia sebelum masing-masing terlambat.  Kita tak mungkin tahu apa yang bakal kita hadapi esok kan.  Wallahualam...

Tuesday, September 2, 2014

Day 7 Of Life




DZAIRIL AIDAN BAIHAQI
AHMAD HAFIZZUL

haah, tahu-tahu...  panjang kan?  Dah biasa dah orang cakap panjangnya nama since Dieya dulu pon.  Hehehehe.  Takpe-takpe, nanti time dorang exam dah pakai scanner dah.  Dah takde manual dah.  Kalau manual pon, jangan risau cikgu mesti tunggu dorang abis tulis nama baru start exam.

Kitorang memang jenis cari nama awal-awal pregnancy lagi.  Masa Dieya dulu memang beriye sikit untuk nama babygirl.  Sama la kali ni pon, tak tahu lagi boy ke girl tapi lebih instinct tu kuat cakap boy kan.  Kalau discuss beriye nih name boy macam nak beranak esok, pastu mula la, lor.... girl ke boy pon belum tahu lagi.  

Dzairil tu sebenarnye inspired dari watak Daryl dalam The Walking Dead.  Dia tak la ensem bebenor tapi karakter die tu sokmo buat aku jatuh cinta.  So Daryl dimelayukam jadi Dairil.  Okla, takpe la Dairil pon asal DAB.  Tapi Pijo plak ntah nape ntah tiba-tiba tak suka Dairil.  Kalo Dzairil ok.  Ermmm.... ok la Dzairil pon not bad kan...

Aidan tu maksud die kecerdasan.  Baihaqi tu adalah salah satu nama imam (Imam Baihaqi) masa zaman rasulullah.  Combine punye combine nak jadikan DAB, jadi la Dzairil Aidan Baihaqi.

Semoga anak ibu dan ayah, Aidan menjadi anak yang soleh.  Anak yang berguna kepada agama.  Anak yang dirahmati.  Anak yang diberkati.  Amin...

Wednesday, August 20, 2014

Are You Ready?

Hari ni dah 39minggu usia kandungan aku nih.  Alhamdulillah sepanjang pregnancy ni aku tak da sakit-sakit belakang dan takde sakit kat bahagian private part macam Dieya dulu. Tapi penat die ya rabbi... penat sangat... cepat sangat penat pon... maybe at the same time aku kene handle Dieya kan.  Tapi hari ni, first time aku rasa sakit belakang yang amat sangat.  Baring lama-lama rasa sesak nafas pula.  So macam serba tak kena sikit hari ni.

Owh, lagi 1, doctor bagi mc start semalam.  Yihaaaaaaa!!!!!!!  Time Dieya dulu aku keje sampai titisan terakhir okey... heheheh.  So kerja aku kat rumah adalah exercise dan exercise dan exercise...  Lepas sapu, mop, pastu vakum balik, pastu jalan itik, pastu squat.  Betapa aku berharap dan berdoa kali diberikan nikmat deliver secara normal kali ni.  Aku taknak parents aku risau kat kampung dan aku taknak terlalu susahkan Pijo.


Stroller Dieya dulu kitorang dah jual sebab takda space nak letak dalam rumah.  Sedih tak reason?  Huhuhuhu.  Cuma buggy je kitorang simpan.  Stroller dan carset ni kitorang beli mase MyDear Warehouse Sale.


Tungku pinjam yang B punya.  Ayong punya macam lagi best sebab batu sungai tapi mana ntah perginya.  Masa Dieya dulu aku guna yang air tu.  Siap bocor lagi sebab aku ganas dan berat kot.


Tilam kekabu.  Comel gile cadar die pon kan.  Aku beli online.  Gi check niababyworld kat IG tau.


All the makeup.  Makeup tak tahan tu.  Ni semua Dieya punya.  Share jela korang adik beradik kan.  Cuma lepas ni kena subsitute dengan brand lain.  Aku tak mampu gi Gaza, so in sha Allah aku buat apa yang termampu kat sini.


Masa Dieya dulu Pijo yang selalu sedut hingus Dieya.  Sebab daya sedutan yang lebih kuat.  Beriye la Dieya mengamuk masa sedut tu tapi last-last senyum lega.  Kawan aku ada tau gigih sedut direct, memang aku tabik spring kat dia.


Baju, towel mandi, towel lap susu, towel cover private part, barut, bedung, selimut semua dalam ni.  Beli yang baru sikit je.  Banyak recycle yang Dieya dulu je tapi warna yang unisex punye.


Petpet je ok kan dik?  Yang warna pink tu untuk aku.  Instead of pakai yang maternity aku guna yang heavyflow punya.  Janji fungsinya sama kan.  Hehehe



Senang gile dah sekarang.  Semua ada dalam 1 kotak ni.  Dulu Pijo basuh uri sendiri dengan tunjuk ajar Abang Long.  In shaa Allah aku yakin Pijo boleh buat kali ni.  Set ni aku beli kat Kasih Ibu, Bangi.  Owh dulu gambar uri Dieya ada portal suratkhabar mana ntah guna.  Memang Pijo ada upload dalam blog dia pon.  Kitorang perasan sebab dalam gambar tu nampak ibu jari kaki Pijo sikit.  Pandai pon dorang ni tak crop langsung gambar tu.  Huhuhuhu.


Pijo punya wishlist.  Suka betul dia jadi kangaroo nih.  Aku mula-mula tak minat tapi last-last macam comel plak Pijo guna.  Very ayah-ayah kelihatan di situ.  Heheheh


Ni wishlist aku plak.  Masa Dieya dulu kitorang buat macam progress tumbesaran Dieya dengan cara warna kan tapak kaki Dieya then copkan kat kertas.  So boleh nampak bulan keberapa Dieya dan kuat nak gerak-gerak sebab start dari bulan tu, cop kaki die dah tak cantik.  Dah senget-senget dah.  This time nak ambil gambar pakai costume nih.  Monthly progress gitu.


Ni untuk projet tenusu aku.  Hehehe.  Aku harap aku mampu breastfeeding sampai adik umur 2tahun.  Dieya dulu setahun je sebab pil perancang Yasmin kacau hormon susu aku.  Ralat sangat rasa masa tu.  Aku beli freestyle tu awal masa dapat bonus aritu kot kalo tak silap aku.  Kawan aku cakap rugi beli awal sebab waranti.  Aku setuju apa die cakap tu tapi aku pikir kalo beli nanti-nanti masa dah deliver mesti aku tak beli dah.  Sebab mesti duit tu dah sayang nak guna.  Macam baik aku simpan untuk adik kan.  So takpe la time management tak bagus pon asalkan financial management boleh diterima.  Ngeeeeee~~~~  ayat sedapkan hati


Kawasan ni bakal menjadi pantry sementara aku.  Takyah turun naik tangga sangat kan.  Semuanya depan mata.  Tunggu aku ngap aje. Heheheh

So, adik, in shaa Allah semua dah lengkap untuk sambut adik.  Ibu tak sabar nak cium adik ni.  Kakak Dieya pon.  Ayah pon.  We are soooooo ready, adik.  Tapi yang lagi penting adik ready nak jalani khalifah kat muka bumi ni.  Ibu dan ayah akan cuba sebaik mungkin jadi yang terbaik untuk adik dan kakak Dieya.  In shaa Allah.  So, whenever you ready ey adik.

Friday, August 15, 2014

Hired Contractor

Entry yang lepas-lepas aku ada cakap kitorang guna contractor Tik Ann kan.  Okey, meh aku share apa yang kitorang mintak dia buatkan.  Tapi aku share ni tak bermakna aku rekemen dia tau.  Sebab ok bagi kitorang, tak semestinya ok bagi orang lain.  Tak ok kitorang ni maybe takde hal pon kat orang lain.  Faham tak?  Kepuasan hati seseorang tu kan subjektif.  So, nanti lepas baca entry ni nilai sendiri tau.  Tapi apa aku boleh cakap, kitorang puas hati dengan hasil kerja dorang nih.


Ni quotation kitorang dapat.  Maybe tak sama dengan korang dapat.  Tapi, kalau perumahan korang perumahan baru, so korang try tekan harga dengan dia.  Hahahahaha.  Tips ni tau.  Sebab perumahan baru kan, dia mestila nak at least ada rumah contoh untuk dorang market kan kat perumahan korang tu.  Advantage kat sini, dorang buat cepat dan harga macam reasonable.  Sampai sekarang banner dia still ada gate rumah kitorang.  Kitorang memang takde hal la kan.  Bukan luak pon.  Tapi happy la bila Siam ni kol cakap dia dapat projek lain kat kawasan Rafflesia ni.  As at todate dah 3 rumah dia dapat.  Happy kan bila dapat tolong orang secara tak langsung.  Ni aku list down kan based on numbering yang Siam buat.


PLASTER CEILING
Bab plaster ceiling ni memang aku serah kat Pijo terus.  Ni drawing yang Pijo bagi kat Siam.  Siap dengan cahaya T5 Pijo buat, punya la detail kan.  Kalau ikutkan drawing ni kitorang nak buat 2 Lshape (yang ada kipas tu) dengan 1 island.  Tapi Siam cakap since ceiling kitorang rendah so nanti makin rendah kalau buat island.  Sebenarnye ceiling takde la rendah sangat.  Tapi antara living dengan dining hall tu ade bim.  Kalau nak nampak luas, bim tu kene takdekan dia.  Nak takdekan bim tu terpakse la rendahkan siling.  Gitu la lebih kurang kot.  Aku pon ingat-ingat lupa dah sebenarnya.  So end up, ketiga-tiga tu buat Lshape je.

Ni hasil dia.




Aksesori :
Kipas living : Houses Of Lighting, Puchong.  Alpha. 5speed.  Aku nak yang ada emergency light sebenarnya.  Tapi masa nak gi beli tu dan-dan tu habis stock.  Emo aku dah masa tu.  Dah kena ambik pilihan Pijo.  Ngeeeeeeee~~~~~
Kipas dining : Kedai area Topten, Puchong.  Alpha.  3 speed.  Nama kedai tak ingat tapi signboard die sebesar-besar tidak.
LED downlight : Houses of lighting (HOL), Puchong.  Siam tak rekemen sangat design ni.  Sebab terlalu banyak LED dalam, ada 9 kot. So senang nak terbakar.  Memang dah terbakar dah pun 1.  Eh tipu, tak terbakar, tapi dia blink-blink.
T5 (5feet) : Houses of Lighting dan Topten.  Topten lagi murah.  Maybe sebab brand la kot.
Chandelier : Ikea.  Korang gi Ikea yng lepas renovate ni, masuk-masuk je belah kiri die ada display chandelier ni.  Dorang tiru kitorang la tu.  Hahahahhaha, PANG sedas!!!!  POYO kan...




Kat bilik sembahyang dan dapur, kitorang buat flat je.

Aksesori :
Kipas dalam bilik sembahyang : Kedai area Topten.  Alpha.  3 speed.  Kipas sama je untuk setiap bilik pon sebenarnya.
Baby fan : HOL.  Alpha.  3 speed.  Lagi laju dan kuat dari kipas yang tak baby tau.  Confius dah aku.
Downlight : HOL.  Patutnya setiap 1 tu guna 2 mentol tapi kitorang guna 1 je.


COPPER UNTUK WIRING AIRCOND - HALL
Developer memang dah buat siap-siap wiring untuk aircond kat living.  Tapi since aku buat plaster ceiling dan cita-cita aku tinggi, kononnya nak buat full height curtain, aircon kene alihkan.  Alang-alang alihkan, Siam suggestkan buat copper untuk aircon 2.5horse power terus.  Sebab Siam cakap, kalo cooper 2.5 boleh support aircon 2.0horse power, tapi cooper 2.0 takleh support aircon 2.5horse power.  Dia cakap la, kitorang ye kan aja sebab memang tak tahu pon dan malas nak ambil tahu pon.  Muhahahahah.  Maknenya wiring yang developer buat tu memang tak pakai terus.  Buat wiring baru.


Tapi aircondnya belum ada.  Kelihatan begitu buruk disitu.  Tapi takpela, benda tak penting pon aircond tu kan.  Kat bawah kosong lagi kot.  Cuma mata jela tak tahan.  Nafsu pon tah tahan sebenarnya.  Nasib la ada logik akal ni sikit yang boleh tahan.  hehehehehe


WIRING UNTUK LAMPU KAT FAMILY HALL
Tinggi yang amat pon siling kat family hall atas nih.  Ce bayang jarak antara pintu bilik dengan siling tu.  Tinggi gilos merenggos kan?  Wiring yang ada kat area sini hanya dibawah jam tersebut.  So kalau korang nak letak kipas ke lampu?  Aku tak suka kipas dinding yang pusing-pusing tu.  Dah kalau tak suka tak yah letak ape-ape.  Kita anggap jela wall feature kan wire tu kan.  Dah nak kena buat wiring baru untuk lampu gantung-gantung tu.

Aksesori :
Lampu gantung-gantung : Topten.  Tu sebenarnya aku beli nak letak kat tangga.  Nasib la ngam nak tukar plan letak situ kan.


MASTER BEDROOM - 7 LOOPING POINT
Standard rumah baru sekarang bawah belum berplaster tapi atas dah siap plaster dah.  So atas just tebuk dan wiringkan aja.  Since bilik ni macam besar sikit so Pijo plan nak buat 3 switch.

1 switch yang nyala tu, 1 lagi yang tak tu.  V-shape.  So macam practical sikit la kan.

1 lagi kat area walk-in wardrobe.  Walk in wardrobe ko...  Hahahahhaa.  Tak boleh blah.  Tapi wardrobenya takde lagi.  Lagipun entry ni kan aku nak cakap ape Siam buatkan.  So memang gambar pon aku amek ape yang die buat jela.  Layout sebenar tu nanti-nanti la kan.  Ngeh-ngeh-ngeh

Aksesori :
Downlight : HOL
Kipas : HOL. Alpha. 5 speed.  Ada reverse function.  Memang tak rasa pape kalau guna tapi boleh sekatakan suhu kalau pakai aircond.  
Track Lighting : Ikea


MIDDLE & SINGLE ROOM - 5 LOOPING POINT
Middle room ni kitorang panggil bilik Ayong.  Sebab Ayongkan tengah study sekarang kan.  Memang lepak rumah aku 2minggu sekali.  So bilik ni la Ayong guna.  Pon sama buat 2 switch untuk lampu.  Yang sesorang diri dihujung sana tu consider la lampu tidur kot sebab memang dia je untuk 1 switch.  Betul-betul depan toilet.


Ni bilik Dieya, consider sebagai playroom Dieya.  Pon sama mekanismanya dengan bilik Ayong.

Kipas : Kedai area Topten.  Alpah. 3speed.
Downlight : HOL
Lampu helikopter : Topten.  Aku suka gila lampu tu.  Pijo letak mentol warna kuning yang malap-malap sikit.  Pon consider lampu tidur.  Tapi lampu tidur untuk nanti-nanti la.  Aku takde kekuatan nak biar Dieya tidur sorang-sorang lagi.  Ngeeeeeeee~~~~~


COPPER UNTUK WIRING AIRCOND - MASTER BEDROOM
Aircon dah pasang.  So tak leh la nak tunjuk rupa coopernye.  Untuk bilik kitorang buat cooper untuk 1.5horse power punya.


FREE OF CHARGE
Katanya FOC.  Konon macam appreciation token la kan sebab rumah kitorang rumah first kat situ buat dengan dia kan.

Ni rupa asal toilet kat bawah.  Kitorang mintak Siam buatkan platform untuk letak washing machine.  Nak letak kat luar rumah takut plak kalau apa-apa binatang masukkan.  Ye wei... Masa zaman bujang dulu aku dah kena dah.  Sekali anak kucing kat belakang washing machine tu.  Aku ni dah la takut kucing.  Dah sekian hal plak aku takut nak guna washing machine.  Pastu kalau malam-malam canne nak guna kan?  Ko bayang ey, ko tengah loadingkan baju dalam washing mashine, sekali selamber je sebelah tegur ko, "hai kakak, buat apa tu?"  Gila ko tak melompat kat situ jugak kan.  Isk isk isk!  Nehi nehi nehi.


Kene cabut sinki sekali.


Tada!!!!!!!!  Siam buatkan platform dengan switch sekali.  Tapi plaform dia tak cukup besar la plak.  Sebab dia ukur lebar tu dari dinding.  Perasan tak gambar atas tu ada 2 besi yang terjojol tu?  Haaaaa...  Patutnya kene ukur dari hujung besi tu.  Tapi apa ada hal.  DIY sudah....  Tapi pintu bilik air kene tukar dari yang bukak-bukak kepada yang slide je.  Kalau tak memang tersangkut kat machine tu kan.  Kitorang mintak Siam orderkan sebab malas nak pikir, tapi sampai sekarang belum-belum dapat lagi.  Hehehehehe.  So, kalau tetamu nak guna toilet memang kena naik atas terus.  Kalau tuan rumah nak guna, takpe.  Hehehehhe  

Lagi 1 yang free adalah alihkan switch dari depan dinding ke tepi dinding.  Dinding mana?  Haaaaaaaaa.  Ok tak yah nak haaa sangat la kan.  Dinding yang bawah cooper kat hall tu.  Kat situ aku nak letak cermin.  Kalau ada switch nanti terkubur la idea deko aku yang marvellous nih kan.  

Dah tu je apa yang kitorang buat dengan Siam.  Detail gile plak aku rase entry nih.  Dengan gambar pon tak semengah kan.  Tapi tula, niat aku hanya nak tolong korang yang tengah survey-survey tau.  Takde niat selain dari tu.  Sebab kitorang dulu memang selalu berblog walking, punyala nak cari yang value for money kan.  Sebab kitorang bukan golongan yang berada pon.  Tapi syukur alhamdulillah makan pakai anak-anak in shaa Allah cukup.  Tu yang penting kan.

Nak tahu step by step dorang punya kerja, boleh usha kat sini.