Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 30, 2014

Happiness Of The Day - May 2014

26/05/14
- Aku pakai shawl baru.  Tu pon nak cakap kan.  Aku cakap kat Pijo aku nak cuba start pakai tudung yang cover labuh sikit.  Alhamdulillah Pijo support sangat.  Maybe tak secara drastik tapi slowly but surely.  In shaa Allah.
- Ya Allah! Alhamdulillah sangat... Memang la tak confirm lagi tapi at least harapan tu ada.  Ye, aku sangat percaya dengan rezeki anak.
- Dan of course harini adalah PAYDAY!!!!!

27/05/14
- Claim gigi dah masuk.  Yihaaaaa.
- Kawan aku tahun ni tahun ke 5 dia kahwin.  Masa tahu aku pregnant aritu dia cakap kalau taknak bagi dia sebab dia nak sangat anak.  Tadi, dia cakap aku dia dh pregnant 4bulan dah.  Alhamdulillah!!!!!!  Dan berlaku la sedikit drama aku dengan dia nangis kat surau.  Heheheheheh

29/05/14
- Murah rezeki aku hari ni.  Breakfast, Kak Atirah belanja 6biji karipap.  Brunch, Fiza bagi carbonara yang laki dia masak.  Lunch, Dila belanja makan kat Ain.  Waaaaaaaaaa.... Terima kasih semua.  Semoga murah rezeki kalian.  Amin...

30/05/14
- Fadhil belanja roti sardin mamak terbaik kat Sungai Besi.  Best giler!!!!!!! Owh sebenarnya aku yang paksa dia belanja sebenarnya.  Muhahahahha
- Dapat great advise and motivation dari sahabat aku Ina.  Lega dan tenteram sangat lepas tu.
- Murah rezeki ko Dila.  Dua hari berturut-turut belanja aku lunch.  

Wednesday, May 28, 2014

Potty Training

Sebelum aku start potty trainingkan Dieya, aku ada baca blog-blog orang lain juga.  Ambil panduan dan pengalaman.  Sekurang-kurangnya bagi aku get ready kan.  Tapi get ready apanya buat aku makin takda kekuatan nak start kan.  Tapi kalau tak start sekarang bila lagi kan.

First day. 08/02/14.  Lagi sebulan Dieya nak masuk 3tahun.  Alas yang warna hitam tu aku punya tu.  Pastu Adeline dengan Jasmine guna untuk alas tilam dorang.  Sekarang anak aku pulak yang guna.  Elok lagi wei walaupun dah berbelas tahun dah umur Dieya.  Kawan Pa ada kedai buat kusyen kereta.  Pa mintak tolong dia buatkan khas untuk aku.  Boleh?  Hahahahahah.  Kenapa, aku taknak cakap.  Malu.  Muhahahahhaa.


Mula-mula aku tanya Dieya setiap 5minit.  Pastu aku bosan sebab asyik tanya je.  Kalau aku bosan aku rasa Dieya lagi bosan kan.  Pastu aku up 10minit plak.  Pon bosan.  Up lagi setiap 15minit.  Pon bosan jugak.  Hehehehehe.  Last-last setiap 30minit aku tanya.  Hari pertama la ni kan.  Last-last minit ke 25 tu Dieya cakap nak peepee dan terus peepee.  Cakap tu dah bagus dah tapi masalahnya masa tu peepee dah betul-betul nak keluar.


Memang segala aktiviti Dieya atas alas hitam ni.  Ni baju kedua untuk hari pertama.  Tak sempat cakap nak peepee dah peepee dulu.  Takpe Yaya, jangan marah.  Anak tengah belajar kan.  Kitorang yang nak Dieya potty training, so aku dengan Pijo memang kena cekal dan nekad.


Dan baju ketiga, hari pertama.  Kebetulan Ayong ada kat rumah aku minggu ni.  Ayong pon mainkan peranan jugak.  Dieya ni kalau ummi dia ada dia macam lupakan aku sikit.  Aku takda hal sebab anak aku anak Ayong juga kan.  Tapi yang kesian kat Ayong tengah makan pon kena basuh tangan sebab Dieya nak peepee.  Dieya nak Ayong yang basuhkan peepee dia.  Dah 1 hal plak kan.  Lepas peepee baru boleh sambung makan.  Ko ingat tu Dieya, ummi buat apa saja kat ko tau.  Jangan sesekali lupakan ummi bila ko dah senang esok bila tau.  Aku sekeh kepala ko nanti.  Huh!  Ibu garang ni....

Sepanjang tempoh potty training ni, aku dapat kerjasama dari sekolah Dieya.  Dorang pon tak pakaikan Dieya diaper sekolah.  Pakai masa nak tidur je.  Kitorang pon sama.  Takda kekuatan lagi nak diaper free Dieya terus secara mendadak kan.  Pelan-pelan kayuh.  Walaupun kat rumah tak pakai diaper tapi nak keluar ke nak pergi jalan-jalan ke masih lagi pakaikan.


Kena denda sebab terpeepee.  Dah la ter pastu kena denda plak tu kan.  Kena kurung kat beranda tapi aku sempat amik gambar lagi tu.  Dieya nangis kuat tau tapi aku terpaksa cekalkan hati.  Kejap je pon dalam 5minit kot.  Sebab terpeepee tu adalah leka tengok Upin Ipin kat Ipad.  Sayang nak tinggal Upin Ipin tu.  Aku terus 'buang' Ipad.  Takde la buang betul pon.  Letak je Ipad dekat dengan tong sampah.  Banyak kali Dieya tengok Ipad kat tong sampah tapi sentuh pon tak berani.  Bagus disiplin kena ada kat situ kan.  Kalau ummi tanya mana Ipad, Dieya memang cakap ibu buang sebab Dieya peepee atas chair.  Tahu salah sendiri tahu akibatnya,  Walaupun baru 3tahun tapi bermanja atas batasnya.  Kejadian buang Ipad tu 2kali berlaku dan semuanya sebab sayang nak tinggal Upin Ipin. Sebab tu aku tak suka dah Dieya tengok Upin Ipin.  Kesian si kembar tu, dorang tak bersalah pon dalam hal ni kan.

Pernah sekali tu Dieya nak poopoo tapi macam tak keluar.  Then Pijo nak mandikan Dieya terus kan.  Baru je nak mandi, tiba-tiba Dieya jerit, poopoo nak datang!!! Poopoo nak datang!!!  Nasib sempat Dieya letak balik atas toilet bowl tu kan.  Owh kitorang takde beli yang fancy-fancy pon toilet bowl Dieya.  Memang beli yang paling murah.


Tak perlu kot aku rasa yang fancy-fancy tu.  Sebab takut nanti cerewet plak Dieya taknak guna toilet bowl selain dari kat rumah.  Sebab kat rumah cantik, kat public toilet contohnya tak cantik.  Satu hal plak nak mengajar bab tu kan.  Haah, tahu toilet bowl Dieya tu terbalik.  Memang sengaja.  Sebab Pijo cakap lubang kat depan tu lagi besar dari kat belakang.  So kalau terbalikkan at least poopoo Dieya konpem takkan terkena benda alah pink tu.  Masa first day Dieya tak pakai diaper kat school, Dieya terpeepee tau.  Pastu kena marah dengan teacher dia.  Aku tak rasa la Dieya kena marah kan, tapi maybe perkataan 'marah' je yang Dieya tahu guna kan.  Dan esoknya Dieya tak peepee sepanjang waktu sekolah tu.  Dari lepas mandi kat rumah sampai la pukul 1130pagi.  Aku pakaikan lagi diaper masa tu.  Tapi setiap hari memang kering tau.  Rupa-rupanya Dieya tahan kencing sebab taknak kena marah dengan teacher lagi.  Keluar kelas mesti muka dah macam apa.  Teacher tanya kenapa, Dieya cakap sakit kat perut.  Dah ko tahan kencing memang la rasa senak kat perut tu kan.  Aku plak dengan kanchiongnya bawa Dieya pergi klinik.  Alhamdulillah takda pape pon sebenarnya.

Setiap kali balik sekolah memang aku alas tempat duduk Dieya dengan changing mat.  Kalau Dieya peepee pon at least atas changing mat kan.  Nak dijadikan cerita 1 hari tu aku terbawa naik changing mat atas rumah.  Ye, esoknye Dieya terpeepee atas seat kereta.  Memang nak marah, dan aku memang marah pon Dieya.  Tapi marah sikit je sebab ok faham anak aku masih lagi belajar.  

Lama-lama Dieya dah ok dah.  Setiap kali pergi jalan masih lagi pakai diaper tapi sampai balik mesti kering.  Yang kelakarnya, pernah gak beberapa kali Dieya nak peepee tapi taknak peepee dalam diaper.  Maybe sebab dah terbiasa peepee dalam toilet kan.  Tapi sebab tak tahan sangat aku akan paksa Dieya cangkung dan peepee.  Tapi berdiaper la kan.  Kadang-kadang aku peluk Dieya dan aku suruh Dieya peepee.  Dieya akan diam kejap, lepas tu cakap 'dah' sambil senyum malu.





Ni gambar Dieya minggu lepas.  Umur nak masuk 3tahun 3bulan.  Akhirnya kitorang berani diaper free kan Dieya kalau nak pergi jalan-jalan.  Tidur malam belum lagi.  Sebab kadang-kadang berisi jugak diaper Dieya.  Tapi lebih banyak malam yang kering la kan.  Kami rasa Dieya belum ready untuk totally diaper free.  Kalau nak pergi jalan tu perkara terakhir buat sebelum keluar rumah adalah suruh Dieya peepee.  Dan perkara pertama buat selepas sampai rumah adalah suruh Dieya peepee.  Kalau duration pergi jalan tu lama, in between kitorang akan bawa Dieya pergi diaper.  Kita mak bapak ni kena rajin, kena nekad dan kena percaya dengan anak kita sendiri.  Kalau mak je yang rajin dan nekad bapaknya tak better takyah dulu la kot.  Kalau bapaknya nekad maknye tak pon takyah dulu juga kot.  Sebab benda ni perlukan moral support dan kerjasama.  Kadang-kadang aku tengah buat kerja, Pijo yang handle Dieya peepee dan poopoo.  Terima kasih betul aku kat Pijo sebab kadang-kadang aku malas nak bawak Dieya pergi toilet nak-nak kalau Dieya nak poopoo.  Ngeeeeeeeee~~~~~

Kota Kinabalu Trip - Day 4

Ya, ya, ya.  Memang la panjang kan sebab aku nak cerita secara details ni.  Sebab kitorang memang buat reseach berdasarkan blog-blog orang lain sebelum datang sini.  So, aku harap, aku dapat tolong siapa-siapa yang nak g KK jugak.  Tempat jauh wei, memang la kene fully utilisekan semua aspek.  Baru la berbaloi-baloi datang jauh-jauh, bayar mahal-mahal kan.

Last day kat KK.  Flight malam.  Memang sengaja ambil flight malam, sekurang-kurangnya ada masa beberapa jam lagi nak berakitiviti sebelum balik semenanjung.  Aktiviti terakhir kitorang kat KK adalah tadaaaaaaaa


Tengok wayang kat Centre point.  Jauh kitorang tengok wayang kan.  Cerita apa ntah aku dah lupa.  Sebab aku tak tengok sangat pon.  Sebab character cerita tu pelik-pelik.  Aku takut la kan sebab aku tengah pregnant kot.  Memang la tak percaya sangat tapi tak salah kot kalau kita ambil langkah berjaga-jaga.  Most of the time aku tak tengok pon cerita tu.  Kalau aku rasa tak selesa dengan cerita tu aku gi toilet.




Gigih aku ambil gambar toilet dia.  Heheheh.  Aku nak cakap yang dah la takda wayar kan, pastu kepala paip dia yang jenis tekan-tekan tu.  Macam kelakar kan.  Nasib bersih.


Memang betul-betul 'Fun Square' wei.  Arked dalam ni, karaoke pon ada, pool pon ada.  Nak pergi ke wayang tu kena lalu semua benda-benda tu.  Aku rasa macam tak sesuai sangat bawak Dieya masuk dalam ni.  Sebab aktiviti dalam ni macam betul-betul untuk anak muda mudi yang nak have fun.  Eh eh, nampak tak Dieya setia bawa monyet dia tu.






Haih, nape la benda ni comel sangat?  Comel gila.  Dah la banyak pilihan.  Rambang mata aku pilih untuk Dieya.  Pijo memang takyah pilih la kan.  Kipas susah mati sangat dengan Arsenal tu.




Asal petang je hujan.  So kitorang tersangkut lagi dalam mall ni.  Lepak McD dulu sementara Dieya dah mula nak buat perangai nak susu.  Hoh, gambar ni la Pijo kutuk aku sebab aku beriye selfie.  Dia kata macam budak-budak je nak selfie bagai.  Eh ello, ai masih budak ok....  You nak tua, you tua sesorang.  Ai totap jiwa remaja gitu.  Mampus aku kutuk suami sendiri.  Muahhahahah.  Lollypop tu memang bekal sepanjang trip ni.  Kononnya taknak bagi Dieya buat perangai sangat.  Dieya sangat jarang makan jajan.  So harapan kitornag dengan lollypop boleh distract dia dari buat perangai.  Pernah kitorang umpan Dieya potong rambut dengan sweet je dan berjaya potong rambut tanpa gerak-gerak


Sempat lagi kitorang berseafood malam tu.  Takde la malam sangat pon, dah sebab sana cepat gelap kan.  Semestinya la yang dengan Pasar Filipin tu.  Pergh, 3 malam in a  row makan seafood memang heaven.  Masa tu hujan rintik-rintik dah.  Tapi terpaksa redah je sebab takut lambat.  Sepanjang masa aku berdoa agar Dieya tak demam.  Dan agar adik dalam kandungan sihat walfiat.  Lepas ambil bag dekat hotel terpaksa lagi redah hujan ey, bukan rintik-rintik dah sebab nak cari teksi nak pergi airport.  Dekat hotel D'Borneo tu teksi susah sikit.  Memang terpaksa menapak dalam hujan.  MasyaAllah masa ni memang aku terpaksa lari-lari sikit.  Dengan hujannya, dengan backpack dengan nonwoven bag yang beranak tunye.  Dieya, Pijo dukung je terus sebab nak kena gerak dengan cepat.  Dieya pon lentuk je atas bahu Pijo.  Sedih tau masa tu.  Sedih sebab Dieya terpaksa 'main' hujan.




Sampai airport, perkara pertama aku buat adalah mandikan Dieya.  Mandi sambil pesan Dieya kena kuat.  Tak boleh demam-demam.  Nanti nak datang sini lagi, nak naik aeroplane lagi.  Tapikan aku tak cakap kat Pijo pon aku nangis masa mandikan Dieya tu.  Aku taknak Pijo serba salah.  Nanti dia taknak bawak aku jalan-jalan lagi dah,  Rugi-rugi....

Trip kali ni memang best.  Sangat best.  In shaa Allah ada rezeki adik besar sikit nak datang lagi.  Untuk island hopping saja.  Tapi taknak tidur kat pulau, nak stay kat KK sebab nak makan seafood.  Muhahahahha.  Aku rasa sebab tu la kot dengan izinnya anak dalam kandungan ni in shaa Allah lelaki...

Friday, May 23, 2014

Happiness Of The Day

Aku kan dalam zaman kegelapan kan kat office.  Banyak masalah yang kena hadap. Tapi yang peliknya masalahnya bukan kaitan kerja pon tapi lebih kepada persekitaran.  Aku jadi down, jadi demotivated, jadi bukan diri aku sendiri dah.  Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Oleh sebab aku benci yaya-yang-emo-panjang, aku come out dengan 1 idea bernas.  Haaaa, lebih kan.  

Dalam sehari tak semestinya hanya benda negative yang berlaku dalam diri kita.  Tak semestinya tak ada 1 pon yang boleh buat kita happy.  Tapi tu la aku ni biasanya benda yang tak best tu lagi aku fikir dari benda best.  So aku akan buat highlight benda yang menggembirakan aku sepanjang aku kat office.  Start arini la kan tapi aku post once a month je.

23/05/14
- Aku halfday.  Boleh balik zZZzZZ
- Teammate aku, padil dapat counter offer dari bigboss.  Wei, ko nampak tak ko penting sebenarnya.

Monday, May 19, 2014

Play @ mamak

Haaaaaa..... nampak kan aku ni mamak abadi.  Siap ada entry khas untuk mamak. Bukan la... saja je nak share apa yg kitorang selalu main dengan Dieya kat kedai makan. Tapi sebab selalu lepak mamak so kedai makan kita khaskan terus jadi mamak.

Dieya boleh bercakap awal.  Normal aku rasa bagi budak perempuan.  Alhamdulillah tak pelat sebab memang kitorang cakap tak pelat.  Eh tak, maksud aku bercakap dengan Dieya sebut betul-betul la.  Bukan maksud aku kitorang pon pelat.

Dulu masa awal-awal nak tambah vocab Dieya kitorang selalu main 'show ibu...'. Macam main teka-teka.  Mula-mula start dengan benda besar dulu.  Yang memang nampak depan mata.  Macam meja, kerusi, babychair.  Makin lama, benda makin kecil. Makin lama macam makin kena berusaha cari baru jumpa.  Kadang-kadang Dieya plak yang teka kat kitorang.  Layan kan jela buat-buat cari kan. Kadang-kadang buat-buat tak jumpa.  Suka tengok Dieya gelak-gelak sebab berjaya buat kitorang kalah.

Sekarang game yang kitorang main kat mamak adalah buat huruf guna pencungkil gigi.






Kalau berjaya tu bukan main lagi kuat sebut 'tadaaaaaaa'.  Kitorang pon beriye tepuk tangan macam excited gila.  Lantak la orang meja sebelah cakap apa kan.  Dieya masih dalam proses ingat bentuk huruf.   Kalau tunjuk memang dah kenal, ni maksud aku ingat huruf tu canne.  Kalau Dieya tak ingat kitorang suruh cari dulu huruf tu.  Biasanya yang ada depan mata je dan guna maksimum 3batang pencungkil gigi je.  Pastu suruh Dieya tiru huruf tu. Macam benda simple je kan tapi dari bagi Dieya tengok henset dan dari kami sendiri yang tengok henset kan.  At least ada la juga bonding time kat situ.

Okla-okla, aku reveal le kenapa aku cakap play @mamak.  Sebab...... mamak kat rumah aku ni ada sorang tu hensem gile wei!!!!!!  Boleh bayang tak muka ala-ala pakistan ok.  Kitorang tak sangka plak dia kerja kat situ.  Tapi malangnya dia tak pernah ambil order kitorang dan aku tak pernah tak pandang dia kalau dia depan mata.  Mintak ampun abang.... sekali sekala cuci mata kan.... hehehehe

Wednesday, May 14, 2014

Grill Rumah

Awal-awal dulu aku dengan Pijo setuju dengan grill yang petak-petak empat segi biasa tu.  Sebab bagi kitorang grill tu kan gunakan untuk tujuan keselamatan, so macam tak sesuai kalau nak buat yang bunga-bunga ke, yang kerawang-kerawang ke.  Memang cantik yang bunga-bunga tu tapi hidup di kota yang penuh tipu muslihat ni (Semenyih je kot, kota kejadahnya kan), macam tak praktikal sangat kan.  Bagi kitorang la. Tapi pelan-pelan, plan kitorang tu berubah dari kotak-kotak biasa kepada yang ada bentuk sikit.  Macam biasa, google image la jadi tempat rujukan.  Dah macam Generasi V atau Visual Generation dah, generasi yang bergantung kepada alam maya.  Muda remaja gitu kan.


Aku ada survey kat 1 contractor cina, Madam Ooi kat area Equine ni.    Bagusnya Madam Ooi ni marketing skill dia memang bagus.  Customer services dia memang terbaik.  Kitorang tak bawak ukuran pon masa pergi kedai dia sebab masa tu kunci belum dapat.  Tapi Pijo punya ideal, bawak je S&P, kat belakang tu ada layout rumah.  Walaupun tanpa ukuran tapi dorang ni kan dah biasa buat kerja, so at least drawing tu sedikit sebanyak membantu la kan.  Dia ingat pernah buat dekat Pelangi Semenyih 2 jugak.  Gigih la check dalam system nak cari ukuran.  Dia ada bagi 4 quotations.  Yang aku nak tu RM3,400.  Grill saja.  Kalau nak yard door tambah RM150.  Kalau nak ankle frame tambah RM300.  Kalau nak handle lock tambah RM150 setiap satu.  Haih...  Tepuk dahi jugak la tengok harga dia nih.

Lagi 1 kedai yang kitorang survey kat Semenyih sendiri.  Kedai ni kawan Pijo yang recommend.  Dia cakap Pelangi Semenyih 2 punya orang ramai ambil dengan kedai nih.  Kedai ni owner Melayu, nama Azman. Mula-mula Azman cakap design yang aku nak tu susah sikit.  Banyak kerja.  Kena potong satu-satu. Maknanya cost pon bertambah la dia cakap. Sebijik sejibon macam Madam Ooi cakap.  Sekali Azman quote RM2,400 complete 1 rumah, dengan tambahan accessories yang kalau kat Madam Ooi mencecah RM4,000.  Pergh!!!!!!!!  Jauh gila beza kan.  Dekat Azman ni, yard door tambah RM50, ankle frame tambah RM150 kalau tak silap, handle lock tambah RM50 untuk 1unit.  Aku tengok Pijo, Pijo tengok aku, kitorang dah sep dah kat bawak meja.  Ermmmmmm, agak menarik ini harga kan.  Aku dengan Pijo discuss melalui mata je, dan instinct dari hati ke hati je.  Terus kitorang setuju wei.  Tiada sebarang transaksi dilakukan dikala ini.  Hal ini kerana Azman cakap tunggu siap pasang, kamu puas hati baru bayar.  Kitorang macam serius?  Tak payah bayar deposit langsung?  Memang tak payah wei.  Maybe Azman ni buat kerja jujur, so perniagaan dia terpelihara.  Sebab tu dia berani tak ambil deposit.


 Inilah design pilihan hati.




Betulla kawan aku cakap.  Pasang grill ni nampak serabut plak kan.  Kalau takde grill tu saujana mata memandang.  Tapi demi keselamatan kan.  Kalau kat kampung tu selamba je takda grill, Alhamdulillah macam takda hal pon.


Kitorang pilih ankle frame.  Supaya kalau ada bingkai cermin yang tak lurus tu boleh la cover sikit kan.  Ada jugak kitorang ambil ciri keselamatan yang lain.  Tapi tak perlu la kot share kat sini.  Nanti dah jadi tak selamat plak kan.


Aku rasa ni family business kot.  Sebab 2 orang dari 3 orang yang datang pasang ni adik Azman tu. Alhamdulillah kitorang puas hati dengan service diorang.  Murah, workmanship ok, pasang pon cepat, memang aku recommend.


Ha, situ tempatnya aku dengan Dieya.  Kesian tak?  aku suruh Dieya buat muka sedih.  Sedih sangat la tu, tapi ada peace.  Tapi kejap je kitorang kat dalam tu.  Kuat sangat bunyi drill dengan ketuk-ketuk.  Dieya dah menyorok bawah ketiak aku dah sambil tutup telinga.  Better kitorang lepak dalam kereta je.  Aku round-round kawasan Rafflesia.  Renovation tengah naik dengan jayanya.  Confident sikit la kitorang nak masuk next month.  Taknak la jadi orang pertama kalau boleh kan.

Contractor : Irra Bakti Enterprise
PIC : Azman (0166342926)

Monday, May 12, 2014

Kota Kinabalu Trip - Day 3

Sepatutnya hari la aku nak bersunbathing bagai.  Tapi takpa.  Next time ada rezeki boleh datang lagi.  Pujuk hati la ko sampai sudah kan....


Breakfast dulu pape hal pon.  Tapi breakfast dorang ni dah ada nasi goreng-goreng.  Aku mintak nasi goreng ayam.  Nasi goreng ayam yang biasa aku makan ada seketul ayam la kan.  Tapi ayam dorang dah potong kecik-kecik goreng sekali dengan nasi.  Erk.....  tu dah macam nasi goreng cina dah kan.  Lantak la kan, janji perut aku kenyang.  Kat sini aku tertinggal balm favourite aku, balm akar.  Memang aku bawak gi mana-mana je sebab aku kan migrain kan.  Bila aku datang balik balm tu dah takde dah.  Sedih aku.  Kalau sapa-sapa jumpa roger aku ey.  Yang kat rumah tinggal sikit je lagi.  Balm ni Ayong yang belikan, sekarang dak takde stock dah sebab kastam tahan.  Ni produk dari Indon kalo tak silap.  Huhuhu.  Awal-awal cerita dah sedih dah kan.  Apa kena la dengan aku ni emo semacam je lately.

Lepas tu menapak ke Sunday Market.  Crowded.  Berpeluh-peluh aku.  Tapi best gak la.  At least aku dapat tengok la budaya kat tempat orang kan.  Apa keunikan barang-barang tradisional dorang, makanan ke kan.  Tapi kitorang cari kuih cincin dengan amplang je kat sini.  Kuih cincin aku beli brand cahaya apa ntah nama dia.  Kawan aku cakap brand ni sedap.  Haaaaaaaa, pandai tak aku.  Tempat orang pon boleh bawak diri.  Ok takde kaitan. Aku tahu.  Hehehehehe




Tak tahu nak belikan apa kat Dieya.  Mainan ada je tapi macam kat Semenanjung pon boleh dapat.  Macam yang orang jual kat pasar malam tu kan.  Ni je la kot yang takde kat Semenanjung.  Ke ada sebenarnya? Tapi monyet ni ada tulis 'Sabah'.  Boleh la boleh la...  Dari takde kan.

Dalam Sunday market tu celah mana ntah tiba-tiba macam ada kawasan yang tak crowded.  Kecik je kawasan tu.  Kat situ ada 1 kedai je jual yang kering-kering ni.  Ikan kering, udang kering.  Murah gila kat kedai ni compare dengan kedai-kedai yang kat luar sana.  Compare dengan kedai kat pasar besar pon, sini lagi murah.  Kat pasar Filipin pon, sini lagi murah.  Ke aku tak jumpe kedai murah kat Pasar Filipin tu? Ntah. Nasib Pijo rajin nak tanya-tanya harga sebelum ni.  Ni jumpa yang murah terus borong untuk mak dengan ami dengan sapa-sapa yang kirim.  Tapi aku dah tak ingat dah harga.  Muhahahaha


Anakanda tengah roger bonda kot-kot nak tambah order.




Motif ko nak posing mulut senget macam tu kan.  Budak ni memang tau.  Geram aku!  




Makin besar makin banyak plak akal nak posing.  Tapi takpe, memang ibu dan ayah suka Dieya cergas dan cerdas macam ni.  Walaupun kadang-kadang penat nak layan, tapi kamu memang penglipur lara ayah dan ibu.  Ha, entry lepas aku ada cakap kan signature posing Dieya kat KK adalah jumping.  Bukti untuk yang keberapa kali ntah.




Yang aku ni plak macam tu jela gaya posingnye.  Gila oldskool zaman tok kaduk.  Kan aku posing ala-ala Kim Kadarshian kan ada plak terpana dan terkesima dengan kebolehan aku.  Payah-payah....  Time ni nak cari lunch sebenarnya.  Teringin sangat nak makan nasi ayam tapi tak berani nak cakap Pijo.  Bukan takut Pijo marah, tapi takut Pijo rasa serba salah tak dapat cari nasi ayam.  Kata bini kesayangan tengah mengandung kan.  Ye dak?  Pijo bawak gi foodcourt Centre point.  Tiba-tiba tanpa disangka-sangka Pijo pilih meja yang dekat dengan kedai nasi ayam.  Ko faham tak perasaan aku masa tu?  Memang terloncat-loncat, terpekik-pekik aku kat situ.  Ok, takyah bayang sebab aku tak buat pon macam tu sebenarnya. Buruk beno kalau aku buat macam tu kan.  Nak balik tu sekian hal pulak kitorang tak boleh keluar sebab hujan selebat-lebatnya.  Dah reda sikit jalan sikit masuk mall lain nak berteduh.  Pastu reda sikit sambung jalan lagi.


Sebab dah tak pergi island hopping kan, masa banyak rehat kat hotel.  Takpe-takpe, quality time dengan family tu penting.  Tak kisah la ada aktiviti ke tak kan.  Ayat sedapkan hati lagi, ye aku tahu.  Petang tu sekali lagi cubaan bersunset dijalankan.  Keluar awal sikit boleh la jalan-jalan kan.  Pasar besar tu macam standart pasar biasa je.  Tapi kalo pasar Filipin tu macam best sikit la.  Ada jual banyak kraftangan. Kitorang kurang sikit kalo beli barang-barang yang boleh semakkan rumah ni.  Rumah kecik wei, memang tak sesuai pon.  Kalo semakkan almari baju, aku suka.  Ada sebuah kedai kat pasar Filipin tu kan, kedai dia kan bahagian tepi, penuh dinding dia gantung tshirt.  Kalau ko nak, ko just cakap design nombor berapa dan saiz apa.  Murah giler wei.  Tshirt warna putih harga RM8 kalau tak silap aku.  Kalau yang berwarna dalam RM14 sehelai.  Design dia pon ada yang takda kat tempat lain.












Glemer betul ikan-ikan kat nih.  Rata-rata aku tengok ramai amek gambar kat sini.  Dah macam port wajib amek gambar dah.  Aku pon teruja tengok ikan-ikan nih.  Teruja apa aku pon tak tahu.  Hehehehe. Kitorang punya aim masa ni sebenarnya nak tengok sunset since semalam tak dapat tengok kan.  Pijo cakap macam takde sunset jugak sebab dah hujan renyai-renyai dah.  Tapi nak sedapkan hati pergi la jugak.






Ni jeti ape ntah nama dia.  Tapi jeti ni digunakan oleh orang tempatan yang guna laluan air.  For free je tau. Tapi kalau kita orang luar ni nak guna nak gi Kampung Atas Air ke kan kena la bayar sikit kot.


Bawak bekal kuih cincin dengan limau ni kononnya nak makan masa tengok sunset nanti.  Nak tengok sunset tapi nak makan jugak.


Haaaaa......  Ni memang aku memang macam ni la.  Duduk situ bukan buat apa pon kan.  So, ayuhlah kita menjalinkan ukhwah sesama Islam.  Sarha ni Islam.  Aku dah tanya tapi kaum apa aku tak tahu.  Macam-macam aku tanya soalan pasal budaya kat sana.  Dia cakap kaum dia memang semua Islam, tapi aku tak pernah dengar kaum dia ni.  Dia tunggu bot dari pukul 3petang, masa ni dah kol 5 petang kot.  Sarha cakap bot satu-satunya laluan dia nak balik rumah.  Rumah dia di sebalik pulau depan jeti ni.  Gila la gigih kan nak cari rezeki.  Dia ada hati juga nak jejak Semenanjung tapi dia tahu macam susah nak capai sebab dia orang susah.  Pastu macam takut nak ke Semamnjung.  Sedih plak aku dengar cerita dia.








Dieya nak bagi Sarha limau.  Tapi malu-malu nak bagi.  Last-last suruh ayah teman.  Tu ayah teman sampai kat situ je.  Pelan-pelan Dieya melangkah kat Sarha.  Bangga betul dengan Dieya masa ni.  Niat tu ada walaupun tak berapa confident.  Takpe sayang, pelan-pelan kayuh k.  Tapi hidup ni memang kena confident tau supaya kita tidak ditindas.  Tapi ingat, confident yang berisi tau, bukan confident yang main taram je tau.






Dapat la juga Sarha 2biji limau dari Dieya.  Aku doakan Sarha dapat capai semua impian dia.  Dan aku berharap Sarha selalu ingat ada budak permpuan pernah bagi dia limau kat jeti ni.  Supaya Sarha tahu, orang Semenanjung baik-baik.  Ye dak?  Kita 1Malaysi what....  Heheheh






Balik kat bulatan ikan Merlin balik since bayang-bayang sunset pon takde.  Pasrah jela kan.  Cuba tengok gambar aku dengan Dieya yang atas tu.  Konon-konon monyet peluk dia la tu.  Macam-macam...












Dah Dieya dah tak takut dah masa ni.  Sebelum tu teragak-agak gak nak ambil gambar dengan ikan batu. Motif takut tidakla aku ketahui.  Aku cuba buat nampak Dieya macam racing dengan ikan.  Jadi kan? jadi kan?  Kesian Dieya mangsa gedik aku.  Kalau aku yang buat memang esoknya masuk dalam Malaysia Kini la wei, 'Seorang jelitawan meroyan di bulatan ikan merlin'.  Parah....  




Malam tu try seafood kat Bulatan Ikan Merlin ni plak.  Pergh udang galah tu kan.  Dalam RM200 gak sekor tu.  Erk, takpela, tak mengidam pon.  Lagipon semalam dah makan udang galah.  Tapi yang murah punya la. Ok la kan sekadar merasa kan.  Kat sini kita boleh pilih nak masak macam mana seafood tu.  Tapi macam tak kena sangat dengan selera aku la masakan dia.  Mungkin sebab perbezaan GMT kot kan.  Ok, tak logik.  Tapi aku lagi prefer kat Pasar Filipin lagi.  Walaupun 1 jenis masakan je, walaupun crowded tapi memang best gile.  Owh, kat sini macam mahal sikit dari Pasar Filipin.


Malam tu kitorang pergi Pasar Malam Sinsuran lagi sekali.  Aim kitorang kali ni nak cari non-woven bag. Haah wei, beranak jugak akhirnya beg kitorang.  Padahal baju memang sengaja tak bawak banyak tu.  Aku belilah gelang mutiara-la-sangat untuk Dieya.  Tapi aku lupa anak aku ni rambut je panjang macam gegirl, tapi keganasan agak ketara.  Dan naik hotel je terus putus.  Huhuhuhuh.


Beranak jugak akhirnya luggage kitorang.  Padahal baju Pijo dengan aku memang tak banyak pon bawak.  Baju dengan diaper Dieya memang aku bawak ngam-ngam je.  Takde spare langsung.  Beg warna oren tu ala-ala travel bag Dieya.  Kalau gi mana-mana memang kitroang bawa beg tu sebab berisi botol susu Dieya, air mineral dengan diaper Dieya.  Most of the time memang aku yang kena galas sebab tak tahu la kenapa Dieya taknak berjalan sangat.  Asyek nak berdukung je.  Kalau ringan takpe jugak kan.  Kesian dah kat Pijo.  Maybe Dieya penat kot kan.  Sepanjang trip ni memang aku kasar sangat.  Padahal early pregnancy tu.  Tapi aku selalu cakap dengan adik sambil gosok-gosok perut, yang adik ni anak yang kuat, anak yang baik, anak yang tak kan nyusahkan ibu dan ayah.  Aku mintak Pijo cakap sekali.  Alhamdulillah semuanya ok.  Nanti adik dah besar sikit kita datang sini ok sayang.  In shaa Allah.