Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 28, 2015

#DABkejepun : Passport

Ni entry untuk orang jakun je tau.  Tahap jakun dia memang tahap dewa.  Aku la tu.  MUHAHAHAHAH!!!! Gelak kat diri sendiri

Excited ni nak buat pasport tapi duit tak cukup untuk 4orang.  Akhir bulan kot. Konpem-konpem la kan.  Tapi takpe, gaji aku memang fixed masuk 26hb.  Dan biasanya awal la kan.  Pagi-pagi sebelum kol 12 dah masuk la.

Before gerak, aku check tak masuk lagi.  Then kitorang decided nak pergi breakfast dulu.  Lengah-lengahkan masa dulu.  Then sampai Putrajaya terus tuju ke Imegresen.  Sekali salah tempat.  Untuk buat passport kena pergi Menara Ikhlas kat sebelah tu, 3rd floor.  Takda sebarang notis pon tau kat pintu masuk tu.  Tapi the moment ko keluar dari pintu tu  baru ko nampak kat salah satu tiang cakap nak buat passport pergi kat Menara Ikhlas.  Ok, menapak ke sebelah la kami.  Aku dah bising-bising dah masa tu.  Kenapa tak tampal notis kat pintu masuk tu?  Kenapa kat tiang kalau ko nak keluar baru nampak?  Kenapa masa keluar, tak masa masuk?  Macam sengaja je.

Masa amek nombor giliran dia cakap sekarang dah takda buat setahun-setahun.  Kena buat 5tahun terus.  Kitorang dah cuak dah ni.  Bukan cuak ape, cuak sebab gaji belom masuk kan.  Mana cukup nak buat 1keluarga ni.  Haih....  Tu dah 1 hal., Aidan kena bawak gambar sendiri.  Dia cakap kat bangunan Imegresen tadi ada kedai gambar.  Ok, menapak aku dengan Aidan gi kedai gambar.  Dieya dengan Pijo tunggu giliran.  Sebab takut Aidan buat perangai masa nak ambil gambar at least aku boleh la pujuk-pujuk dia kan.  

Yang paling aku hangin, ko offer service, tapi kejadahnya mase lunch hour takda orang nak entertainment langsung?  Kalau macam bank ke apa ke masa lunch hour ada je orang.  Owh lupa, bank semua bagai tu swasta korang gomen.  But still ko provide service kot....  Haih....  We dealing with time man....

Time Dieya sampai, orang kaunter mengeluh sebab aku ada 1 nombor je tapi nak buat untuk 2orang.  Dia cakap 1 nombor untuk seorang.  Aku was like WHAT THE HELL!!!!!!!!!!!  Apa beza nya?  Seorang 1 nombor pon, lepas dah setel ko panggil nombor lain kan?  Dah kalau 1 nombor 1 family, lepas siap ayah, ko buat ibu plak.  So apa beza kat ini?  Nak bagi nampak nombor bergerak kat screen ke?  Haih la.....  Tapi nasib atas budi bicara, orang kaunter tu willing nak buat untuk Dieya dengan Aidan serentak.  Boleh je pon....  Duhhhhhh.  Lagi 1 yang aku macam erk, nak kena tunjuk surat beranak asal.  Mykid tak boleh.  Tapi Mykid itself bukan gomen jugak ke yang issue?  Tak kan tak boleh nak rely on ape yang korang implement kan?  So, apa tujuan Mykid tu sendiri?  Haih lagih....

Sepanjang aku kat sana tu setiap 5minit kot aku check gaji.  Tak masuk-masuk gak.  Siap amek nombor lain ni untuk aku dengan Pijo.  Kot-kot la sempat gaji masuk kan.  Kesudah tak masuk.  Sedih sangat masa tu.  Tapi takpe, setelkan anak-anak dulu.  Aku dengan Pijo at least bila-bila boleh lari kejap gi buat pasport kan.  1 nombor sebelum nombor aku, gaji still tak masuk.  Then aku give up.  Gila dari kol 12 samapi kol 4 aku kat situ dapat setelkan anak-anak aje.  Dah lepas ni aku dengan Pijo buat kat UTC aje. Huh!!!
 
Tapi kitorang admit je, memang salah kitorang tak buat research dulu sebelum pergi.  Tapi tak bajet pulak macam tu sekali.  So korang, entry ni aku up khas untuk yang nak buat pasport for the first time macam aku.  Supaya jangan jadi jakun macam aku tau.


 Ni latest rate.  


Aku tak faham kenapa Dieya nak kena buat muka gangster macam tu.  Rambut memang tak boleh ada selai pon atas muka.  Aku memang dah takde mood dah terus aku keataskan rambut Dieya macam tu.  Takde kuasa aku nak dandan elok-elok.  Rambut Aidan pon sama.  Gigih aku nak letak belakang telinga.  Dah la yang amek gambar tu cakap, akak, suruh dia tutup mulut ey.  Ermmmm, anak akan baru setahun dik... Huhuhu

UPDATE :
Baru setelkan passport aku dan Pijo.  Again, something jakun happened.  Tak boleh pakai contact lense pulak kalau nak ambil gambar...  Macam-macam haih...  Masa ambil gambar flash warna merah.  Aku tak tahu la camera tu detect ke apa.  Sebab bila bukak lense, flash warna putih biasa tu.  Pastu casing lense plak takde.  Aku rasa bukan aku orang pertama pakai lense pergi buat passport.  Mesti dorang alami masalah sama selalu kan.  Kenapa tak sediakan casing lence tu setiap meja.  Ataupun selang 1meja.  Ni dekat 5minit aku tunggu dorang cari casing lense.  Haih.... 

Weekend project laki bini

Ni la bahayanya kalau join group deko-deko kat FB nih.  Tangan tak berapa nak bedung sangat.  Bajet pon selalu je kering tapi ada hati jugak kan.  Maka, project deko mendeko hanya buat apa yang terdaya sahaja.


Mangsa



Anak pemangsa.

STEP 1 : Buat line start dari tengah guna timbang air.  Pastu membawa ke atas dan ke bawah.



STEP 2 : Buat line dari atas ke bawah plak.  Pon sama start dari tengah bawa ke kiri dan ke kanan.  Mula-mula aku buat satu-satu.  Tapi bila dah boleh follow rentak die, hambek 5line terus dalam 1 masa.



STEP 3 : Sementara nak siapkan 1 belah tu, belah lagi 1 dah boleh bentukkan brick dah.



Dalam pada nak buat line tu, dah boleh dah pangkah siap-siap line yang nak buang.  So dalam 1 masa buat 2 kerja kan.  Cepat la sikit



Setel buang line yang taknak



Step 4 : Cat la plak



Step 5 : Lepas kering dah boleh bukak semua tape dah.



Puas hati sangat dengan hasil ni.  Aku up kan gambar dalam page Deko rumahku syurgaku.  Ramai cakap macam wallpaper sebab line same.  Gile wei berpinar gak la mata kot.  Tapi aku tak tahu kenapa, esoknya gambar aku tu kene delete dengan admin.  Sampa sekarang aku musykil lagi.  Tapi lantak la kan.  Hehehehe


Ni cat yang aku guna.  Sekeping lebih dinding tu guna dalam 1.5liter.  1liter RM30.  Brick yang aku buat tu panjang 6.5cm, lebar 22cm.  Size tape dalam 1.5cm 








Monday, September 7, 2015

Aktiviti di hujung minggu

Aktiviti Dieya - Running Snail kot name die.  Beli kat Mr DIY dan harga tak sampai pon RM3.  Waaaaa very cheap-cheap one...  Ai is like most one...










Dieya buat sendiri berpandukan gambar kat plastik tu aje.  Aku diam je tak tolong pape pon.  Lagipon tak banyak part pon.  Tu macam aku rasa Dieya boleh buat sendiri.


Bab tiup-tiup belon memang fail Dieya nih.  Kembang-kembang hidung dah aku tengok.  








Excited betol Dieya dengan Running Sanil dia nih.  Eh tapi belon yang berwarna merah tersebut riwayat hidupnya hanya beberapa minit.  Pastu tukar warna dah.  Pastu tukar lagi.  1 hari brape kali dah tukar kot.  Layankan jela...  Benda memang ada kan.


Dieya cakap snail die tu same denagn snail dalam Spongebob.  Mata pon same.  Kuyu tak bertenaga je aku tengok.  Tak cukup makan nih...


Aktiviti Aidan - Post-it. 

















Aku dah nak buat lama dah aktiviti ni.  Tapi rumah aku takde cermin wei.  Serius ni.  Dah setahun duduk the only cermin ada dalam rumah aku, dalam toilet kat atas je.  Ni dalam bilik sembahyang baru je tampal 2layer.  Tinggi muat-muat Aidan je.  So aktiviti very senang one.  Kalau omputih cakap budak main dengan cermin tu adalah one of the Montessori activity kan.  Kalau orang tua-tua kita cakap tak elok budak main cermin.  Nanti malam mengingau.  Seme bende pon nanti budak mengingau kan.  Heheheh.  Mana yang perlu ikut aku ikut.  Mana yang aku rasa macam erk, memang aku tak ikut.  Post-it tu still kat situ.  Nanti, bila-bila Aidan masuk bilik bawah, dengan sendiri Aidan akan duduk dan main.  Layan sornag-sorang pon jadi


Ni kerja Dieya la nih ngenak adik die.  Hehehe.  Gigih Aidan nak  cabut tag atas muka dia tu.  Tapi nak cabut yang kat reflection.

 
Oh yes....  You know Dieya,...  Ada je akal dia kan.  Ni nak jadi tiger nih.  Class ko tiger misai biru.  Die ke misai tu?

Friday, August 28, 2015

Suke la tu....

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Wednesday, August 19, 2015

Aktiviti Di Hujung Minggu

Aku memang dah lama bercita-cita nak berjunior masterchef dengan Dieya.  Macam nak buat weekly masak-masak aktiviti gitu kan.  Tapi malasnye la haih nak start kan.  Eh bukan malas.  Tapi malas la jugak kot...

Last-last aku kuatkan semangat agar lebih jitu dan padu.  Maka berjadilah aktiviti membuat jelly dengan Dieya.  Haah, jelly semata.  Ngehngehngeh


 Siap berapron bagai Dieya.  Tapi apron cover dada je.


Ni first time sebenarnya aku bagi Dieya bermain dengan dapur dan api gini.  Tu kejap-kejap "Ibu, too hot.  I can not tahan".  Gelenyar mung




 Hambek!  Memang pantang dioffer kan.  Dieya impress sangat dengan jelly ni.  
Tadi macam water, now dah tak water dah.  Now dia tu adalah keluar dari fridge.  Canne aku nak explain.  Tak kan aku nak explain, molekul, atom, zarah bagai.
Aku pon cakap la sebab air bile dah sejuk akan jadi keras ataupun jadi beku macam ais tu.
Pastu Dieya reply, "ooooo patutla kita kena pakai jacket masa main snow nanti ey ibu.  sebab nanti kita keras".
"Bukan keras, nanti kita beku"
"Tapi tadi Ibu cakap keras tu beku"
Hoh, anak... tolong jangan macam-macam sangat susah ibu nak explain.  Tapi aku iakan aja.  Lalalalal~~~  



Ni words search yang dah lama sebenarnya aku buat tapi baru berkesempatan nak main.  Tapi yang ni Dieya macam tak berminat sangat la.  Dieya lagi excited nak main dengan highlighter tu.  Habes kuku Dieya warnakan.  Nak kena aku buat sama-sama.


  


Ni aktiviti untuk Aidan.  Masukkan objek tersebut ke dalam kotak.  Tapi bukan masukkan dah ni, ni campakkan ke dalam kotak ni namanya.  Dan macam biasa, time-time gini pon Dieya nak sibuk sekali.  Aku layankan aje.  Bonding time dorang adik-beradik pon kan.

Friday, August 14, 2015

Susu Basi!!! EMO!!!!!!!!

Semalam aku emo.  Sangat emo.  Aku rasa kalo letak aku sebelah singa tengah lapar pon aku rasa singa tu lagi tabik spring kat aku.  Ok, macam takde kaitan.  Abaikan aje...

Aidan demam dan batuk-batuk macam batuk kering yang bunyi kong-kong-kong tu.  Sedih sangat bila dengar Aidan batuk.  Rasa kering sangat tekak dia.  Plannya memang aku nak halfday nak bawak Aidan g jumpa paed.  Sebab kat department aku ada sambutan hari raya pagi tu.  Aku plan macam nak melantak dulu.  Beb, 20hinggit kot bayar.  Muhahahhaha.  Eh eh aku ikhlas tau 20hinggit tu.  Jangan ko nak viralkan pulak.  Ferahsang~~~

Akan tetapi!!!! Ha.... emo bermula dari sini.  Sila get ready dengan keemoan aku ni...

Aku dah hantar Dieya.  Bila nak hantar Aidan sekali baru perasan EBM tertinggal kat rumah!!!!  GILER!!!!!!  Semenyih sekarang even dalam 30minit dah boleh sampai but still la kan.  30minit g, 30minit balik.  Called Pijo, marah-marah Pijo seposen, eh ke seringgit aku marah Pijo semalam?  Ngeeeeeeee~~~  Kebiasaanya Pijo yang bawak masuk semua benda dalam kereta.  Tugas aku letak semua benda tersebut depan pintu.  Tapi tak tahu la kemana semalam aku tak letak coolman kat depan pintu.  Padahal aku denagn Pijo ada je kat dapur sebelum keluar rumah semalam.  Tapi dua-dua tak perasaan kewujudan coolman masih lagi di situ.  Dah, ko takyah gi school arini Aidan, kite terus g KPJ.  Sekali enset plak takder bateri.  Tidak la menjadi satu masalah besar sebenarnya tapi aku mana tahu jalan nak gi KPJ wei!!  Aku memerlukan  kemajuan teknologi terkini untuk membawa aku ke tempat yang betul tanpa sesat.  Dah 1 kerja aku patah balik ke Semenyih.  Aidan pulak time tu dah merengek nak tido.  Now, korang imagine, aku sambil drive sambil tepuk Aidan kat belakang.  Pergh!!! Memang seorang ibu yang multitasking sungguh la haih...

Amek powerbank, baju Aidan dengan diaper terus gerak gi KPJ.  Aidan tak mandi pon sebab aku taknak kejutkan dia.  Dah elok-elok tidur dalam carseat tu, aku malas nak spoilkan mood aku lagi dah.  Sampai KPJ, tunggu GL jap. Walaupun aku dah called PM Care mase otw nak g kerja tadi, aku tak faham kenapa dia tak email terus ke KPJ macam yang aku mintak.  Haih...  memang it was not my day semalam...

Tapi semuanya hilang lepas Dr Asmunni cakap paru-paru Aidan clear, tekak clear, pernafasan clear.  Batuk kong-kong-kong tu Dr Asmunni cakap batuk yang sebelum batuk berkahak.  Dia explain ayat yang senonoh la sikit kan tapi isi penting dia macam tu la kan.  Aidan memberi kerjasama yang terbaik masa Dr Asmunni check semalam.  Langsung tak nanges.  Nurse angkat nak timbang pon tak nanges.  Dr Asmunni check tekak letak batang ape ntah tu, semuanya Aidan pass tanpa nanges.  Benda biasa je kan.  Tapi knowing Aidan tu macam susah sikit dengan stranger kan.  Masa tunggu turn nak masuk bilik doctor aku dah tak tahan sangat nak gi toilet.  Aku pass Aidan kat registration counter tu terus gi toilet tak pusing-pusing dah.  Tengok-tengok lepas tu elok je lentok kat bahu kakak.  Hamboi Aidan...  Pandai ko behave kat kakak cantik kan....

Malam dah nak tidur baru aku bukak coolman nak basuh storage bottle tadi.  The moment aku bukak, aku nanges.  Beriye nanges.  Aku kecik hati masa tu.  Faham tak aku bersusah payah pump setiap hari nak bagi yang terbaik untuk Aidan, tapi hari ni aku bazirkan 16oz macam tu je.  Aku keep berdoa agar Allah tak tarik balik nikmat yang aku dapat masa tu.  Nikmat dapat susukan Aidan.  Dan hari ni aku masih lagi berdoa...


Now aku rasa korang faham kenapa aku emo kan.  Banyak wei... 16oz....huhuhuhu.  Memang menjadi pengajaran kat aku...

Tuesday, August 11, 2015

Casting

Haah wei...  Aku gi casting Ahad lepas.  Casting untuk Huggies Pull-pant.  First time.  Seronok.  Gain new experience.  Idokla mengharap sangat sebab aku sedar diri la jugak kan.  Tapi kalau dapat, boleh la aku masuk dalam tabung #pijoclankejepun.  Hashtag ko.   Heheheh.  Tapi masa isi form tu aku tengok list semuanya dah la tinggi lebih dari aku pastu thirt saiz M plak tu.  Aku saiz L.  Ngeeeeeeee~~~

Jiran aku Iza ni die lecturer mass comm kat UTAR.  Ni project exstudent die.  Iza personally forward kat aku.  AKu memang suka kot bende lagho gini.  Hahahaha.  Requirement die Malay mummy who has a child 2years or below and able to speak english comfortably.  Tu je.  Lagila buat aku 'waaaaaaaaa we should try this!!!!!'

Mula-mula amek profile picture.  Gambar muka saja.  Siot r, jerawat baru je naik pagi tu tepi hidung.  Pastu amek full body picture.  Then video plak.  Muka saja, turn to the right, tengok camera, turn to the left, tengok camera.  Next, video full body.  Pusing buat 1round.  Last sekali kenalkan diri.

Next tu, dia ada tanya a few soalan dan aku nak kene jawab la kan.  Soalan dia :
1) Apa ko rase mase first time pegang anak ko sendiri
2) Ape halangan ko terpaksa tempuhi mase nak breastfeed anak ko
3) Ape pengalaman ko pakai pull pant diaper
4) Apa yang anak ko buat yang ko rase die dalam keadaan selesa
5) Ape best moment yang ko ade dengan anak ko

Simple questions.  Tapi sebab aku langsung tak prepare pape confirm-confirm la aku cuak gak kan.  Nervous wei....  Dah la aku takde pengalaman pakai pull pant diaper.  Memang aku goreng je soalan tu.  Hangit pon hangit la kan.   

Dah tu je casting dia.  Shoot dia Khamis ni.  Storyline dia macam mak-mak ni lepak kat mamak then ada macam sesi testimonial la.  Tapi kan sebelum amek gambar tu dia tanya boleh bukak tudung tak.  Memang tak la kan... 

Dah tu alang-alang kat Damansara mestila singgah Ikea kan.  Gila lama tak gi Ikea.  Ada la kot 9bulan kot.  


Macam tu je aku pakai gi casting.  Dengan selipar jepun aku tu je.  Ko rase dorang nak aku?  Muhahahhahha

Monday, July 6, 2015

Homeschooling

Ni antara aktiviti yang aku buat dengan Dieya kat rumah.  Tak suka la sangat Dieya asyik ngadap ipad la, tv la, usik adik la.

Aktiviti 1 : Built the model





Maafkan Dieya yang menyeksi inih.  Masa ni Dieya kene chicken pox.  Ni home model ni material die adalah foam.  Pastu ada nombor setiap joint tu,  Just mintak Dieya matchkan nombor-nombor tersebut maka terbinalah rumah tersebut.


Aktivit 2 : Small world play / imaginative play
Ni memang Dieya buat 100% kecuali surat khabar tu.  Aku bagi idea why not kite buat jalan raya.  So animal boleh jalan atas jalan raya tu.  Tak be la animal merayau-rayau tak tentu hala sangat.  Korang nampak tak jalan raya?  Surat khabar tu la jalan raya la tuh.  Kreatif tak aku?  Hehehehe


Gelas hijau tu Dieya cakap bukit Broga.  Broga jela yang ko tahu kan.  Atas Bukit Broga ada dragon.  Yang putih tu sebenarnye itik tapi mulut dia ntah kemana ntah.  Yang biru tu pond.  So maknenye itik tengah berenang-renang dalam pond.  Haaaaaaa yang bestnye, yang warna putih, biru, kuning tu ape kalau korang tahu?  Dieya cakap tu KLCC.  Okeh, mase ni aku agak kagum.  Die perasan KLCC ade 2 puncak. 


 Yang Dieya pegang tu lollypop.  Gigih semorang beratur nak makan lollypop.


Siap ada panda tak tahan tu.  Tak yah g Zoo Negara bayar mahal-mahal.  Nak tengok panda.  Kat Semenyih pon boleh tengok.


Gambar ni tak ikut turutan tau.  Sebab malas dah aku nak susun-susun.  Dieya buat traffic light.

 
 Ada kangaroo kau.  






The best part Dieya reka cerita yang kadang-kadang tak logik pon sebenarnya.  Tapi layankan aje la.  Namapon imaginative play kan.  Mainan ni pon boleh improvekan vocab Dieya.  Improvekan susunan ayat. 




Cutton bud itu adalah rumput.  Sorry adik, ibu terpaksa korbankan cutton bud awak. 


Aktiviti 3 : Main guli


Ni nak suruh Dieya fokus sebenarnye.  Tapi main atas karpet aje sebab geseran yang berlaku antara guli dan karpet mampu membataskan pergerakan guli tersebut.  Pergh, saintis rupanya aku nih!


Aktiviti 4 : Colour the stick





Menarik tak Frozen colouring set tu?  Aku ada jual tau.  Nanti usha AWESOME KIDS STORE  kat facebook dan instagram k.  Lepas warna-warna ni aku lekatkan velcro kat stick tu.  So Dieya boleh buat joint buat huruf dan shape.  Tapi mana ntah gambar output yang Dieya buat ntah.


Aktiviti 5 : Homework
Shhhhhhhh princess tengah buat homework.  Feeling-feeling cantik la tuh budak nih.  Sampai sekarang Dieya memang dengan sendiri ambil buku nak buat homework dia cakap.  Memang aku sengaja letak 3 buku atas meja Dieya.  Bila-bila Dieya rasa nak buat, Dieya just grab je buku atas meja tu. 


Aktivit 6 : Swimming




Aktiviti jarang pon sebenarnya.  Tunggu adik besar sikit la kot.  Kesian Dieya kalau main sorang-sorang.  Ni pon aku ajak Qeisya dengan Qays join sekali..


Aktiviti 7 : Numbered bowling


Dieya dah kenal no 1-10.  So masa ni nak kenalkan Dieya nombor 11-20 plak.  Oleh sebab itu meh la kite berbowling.  Setiap pin ade nombor.


Ni adalah scoreboard.  Owh again, Dieya seksi sebab chicken pox ye.


Setiap kali pin jatuh aku mintak Dieya susun balik.  Aku mandur.  Mandur mana boleh buat kerja.  






Pin yang jatuh aku mintak Dieya tanda guna playdoh kat scoreboard.  Sebut nombor kuat-kuat.  Alhamdulillah sekarang Dieya dah kenal nombor. 


Aktiviti 8 : Words puzzle








Yang ni aku pun ada jual.  Dieya suka words puzzle ni.  Tu perasan tak Dieya main dalam kereta.  Kalau balik kampung ke memang aku akan bawak words puzzle ni.  Biar je kat depan tv atau mana-mana tempat yang Dieya senang nampak.  Nanti Dieya akan sendiri susun puzzle ni.  Aku pernah jugak bawa puzzle ni masa pergi holiday.  Sebab aku perasan Dieya kalau dengan puzzle ni dia macam leka sikit.  So at least diam la sikit Dieya dan adik boleh tidur dan yang penting kami boleh rehat.  Hahahahah.  Wei, bilik hotel besar mana la sangat kan.  Kalau Dieya bercakap memang Aidan akan terjaga dan kitorang memang tak leh manja-manja.  Eh? Lalalalalala


Aktiviti 9 : Pun puzzle jugak.
 


Pon aku jual jugak.  Owh aku bukan promote barang aku jual tau.  Tapi logik la kan, dan nama jual educational toy kan.  Beli la satu untuk anak sendiri.  Beli ok.  Tak boleh amek je, nanti lecturer aku marah.  Ni buku sebenarnya dan wooden sebenarnya.  So puzzle die tebal la kan tapi in shaa Allah selamat untuk kanak-kanak. Yang ni memang bantu Dieya untuk fokus.  Sebab Dieya kena pandai tengok padanan warna untuk completekan puzzle nih.

Aktiviti 10 : Cikgu-cikgu


Masa ni Dieya tembam lagi kan.  Sekarang dah remaja sangat muka pon.  Kurus wei.  Huhuhu.  Masa ni Dieya jadi cikgu.  Aku jadi student.  Aku kena teka apa Dieya tulis kat whiteboard tuh.  Wei, mencabar wei nak teka! Dengan S terbaliknya, denagn J macam 7.  Tapi aku tak betulkan dulu.  Sebab aku nak built Dieya punya confident dulu.  Tu kat board ada huruf A, C, D dengan K.  Setiap kaki K tak bersambung plak tu.  Ko mampu?  Hehehehe

Dah tu je dulu 10 aktiviti Dieya kat rumah.  Dieya sememangnya banyak belajar kat school sebenarnya.  Aku hanya support je kat rumah.  Yang penting bonding time dengan Dieya.  Aku garang wei kat rumah.  So time-time macam ni la aku rasa kena ada untuk tackle balik Dieya.