Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 6, 2015

Homeschooling

Ni antara aktiviti yang aku buat dengan Dieya kat rumah.  Tak suka la sangat Dieya asyik ngadap ipad la, tv la, usik adik la.

Aktiviti 1 : Built the model





Maafkan Dieya yang menyeksi inih.  Masa ni Dieya kene chicken pox.  Ni home model ni material die adalah foam.  Pastu ada nombor setiap joint tu,  Just mintak Dieya matchkan nombor-nombor tersebut maka terbinalah rumah tersebut.


Aktivit 2 : Small world play / imaginative play
Ni memang Dieya buat 100% kecuali surat khabar tu.  Aku bagi idea why not kite buat jalan raya.  So animal boleh jalan atas jalan raya tu.  Tak be la animal merayau-rayau tak tentu hala sangat.  Korang nampak tak jalan raya?  Surat khabar tu la jalan raya la tuh.  Kreatif tak aku?  Hehehehe


Gelas hijau tu Dieya cakap bukit Broga.  Broga jela yang ko tahu kan.  Atas Bukit Broga ada dragon.  Yang putih tu sebenarnye itik tapi mulut dia ntah kemana ntah.  Yang biru tu pond.  So maknenye itik tengah berenang-renang dalam pond.  Haaaaaaa yang bestnye, yang warna putih, biru, kuning tu ape kalau korang tahu?  Dieya cakap tu KLCC.  Okeh, mase ni aku agak kagum.  Die perasan KLCC ade 2 puncak. 


 Yang Dieya pegang tu lollypop.  Gigih semorang beratur nak makan lollypop.


Siap ada panda tak tahan tu.  Tak yah g Zoo Negara bayar mahal-mahal.  Nak tengok panda.  Kat Semenyih pon boleh tengok.


Gambar ni tak ikut turutan tau.  Sebab malas dah aku nak susun-susun.  Dieya buat traffic light.

 
 Ada kangaroo kau.  






The best part Dieya reka cerita yang kadang-kadang tak logik pon sebenarnya.  Tapi layankan aje la.  Namapon imaginative play kan.  Mainan ni pon boleh improvekan vocab Dieya.  Improvekan susunan ayat. 




Cutton bud itu adalah rumput.  Sorry adik, ibu terpaksa korbankan cutton bud awak. 


Aktiviti 3 : Main guli


Ni nak suruh Dieya fokus sebenarnye.  Tapi main atas karpet aje sebab geseran yang berlaku antara guli dan karpet mampu membataskan pergerakan guli tersebut.  Pergh, saintis rupanya aku nih!


Aktiviti 4 : Colour the stick





Menarik tak Frozen colouring set tu?  Aku ada jual tau.  Nanti usha AWESOME KIDS STORE  kat facebook dan instagram k.  Lepas warna-warna ni aku lekatkan velcro kat stick tu.  So Dieya boleh buat joint buat huruf dan shape.  Tapi mana ntah gambar output yang Dieya buat ntah.


Aktiviti 5 : Homework
Shhhhhhhh princess tengah buat homework.  Feeling-feeling cantik la tuh budak nih.  Sampai sekarang Dieya memang dengan sendiri ambil buku nak buat homework dia cakap.  Memang aku sengaja letak 3 buku atas meja Dieya.  Bila-bila Dieya rasa nak buat, Dieya just grab je buku atas meja tu. 


Aktivit 6 : Swimming




Aktiviti jarang pon sebenarnya.  Tunggu adik besar sikit la kot.  Kesian Dieya kalau main sorang-sorang.  Ni pon aku ajak Qeisya dengan Qays join sekali..


Aktiviti 7 : Numbered bowling


Dieya dah kenal no 1-10.  So masa ni nak kenalkan Dieya nombor 11-20 plak.  Oleh sebab itu meh la kite berbowling.  Setiap pin ade nombor.


Ni adalah scoreboard.  Owh again, Dieya seksi sebab chicken pox ye.


Setiap kali pin jatuh aku mintak Dieya susun balik.  Aku mandur.  Mandur mana boleh buat kerja.  






Pin yang jatuh aku mintak Dieya tanda guna playdoh kat scoreboard.  Sebut nombor kuat-kuat.  Alhamdulillah sekarang Dieya dah kenal nombor. 


Aktiviti 8 : Words puzzle








Yang ni aku pun ada jual.  Dieya suka words puzzle ni.  Tu perasan tak Dieya main dalam kereta.  Kalau balik kampung ke memang aku akan bawak words puzzle ni.  Biar je kat depan tv atau mana-mana tempat yang Dieya senang nampak.  Nanti Dieya akan sendiri susun puzzle ni.  Aku pernah jugak bawa puzzle ni masa pergi holiday.  Sebab aku perasan Dieya kalau dengan puzzle ni dia macam leka sikit.  So at least diam la sikit Dieya dan adik boleh tidur dan yang penting kami boleh rehat.  Hahahahah.  Wei, bilik hotel besar mana la sangat kan.  Kalau Dieya bercakap memang Aidan akan terjaga dan kitorang memang tak leh manja-manja.  Eh? Lalalalalala


Aktiviti 9 : Pun puzzle jugak.
 


Pon aku jual jugak.  Owh aku bukan promote barang aku jual tau.  Tapi logik la kan, dan nama jual educational toy kan.  Beli la satu untuk anak sendiri.  Beli ok.  Tak boleh amek je, nanti lecturer aku marah.  Ni buku sebenarnya dan wooden sebenarnya.  So puzzle die tebal la kan tapi in shaa Allah selamat untuk kanak-kanak. Yang ni memang bantu Dieya untuk fokus.  Sebab Dieya kena pandai tengok padanan warna untuk completekan puzzle nih.

Aktiviti 10 : Cikgu-cikgu


Masa ni Dieya tembam lagi kan.  Sekarang dah remaja sangat muka pon.  Kurus wei.  Huhuhu.  Masa ni Dieya jadi cikgu.  Aku jadi student.  Aku kena teka apa Dieya tulis kat whiteboard tuh.  Wei, mencabar wei nak teka! Dengan S terbaliknya, denagn J macam 7.  Tapi aku tak betulkan dulu.  Sebab aku nak built Dieya punya confident dulu.  Tu kat board ada huruf A, C, D dengan K.  Setiap kaki K tak bersambung plak tu.  Ko mampu?  Hehehehe

Dah tu je dulu 10 aktiviti Dieya kat rumah.  Dieya sememangnya banyak belajar kat school sebenarnya.  Aku hanya support je kat rumah.  Yang penting bonding time dengan Dieya.  Aku garang wei kat rumah.  So time-time macam ni la aku rasa kena ada untuk tackle balik Dieya.