Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 21, 2016

Rutin Kehidupan

Minggu lepas 3orang member aku tanya pasal Dieya.  Apa yang aku buat untuk Dieya.  Bagi aku, aku dengan Pijo percaya, anak first ni kite mould kan sebaik mungkin supaya dia boleh bantu adik-adik yang lain.  Dalam kes Dieya ni boleh bantu adik.  Ha lah, adik la baru sorang.  Nanti ada rezeki nanti baru la adik-adik.   Heheheh.

Rutin sebagai seorang Dieya yang diva ni agak pack la kot.  Pagi-pagi gi kindergarden.  Cina punya tadika.  Sampai ke petang aku balik kerja baru amik Dieya kat rumah makcik.  Rumah makcik tu ala-ala transit la.  Tadika tutup kol 6, aku sampai dalam kol 615.  Dalam 15minit je Dieya kat rumah makcik.  Tapi aku cuba untuk kurangkan minit Dieya kat rumah makcik.  Rumah makcik ramai abang2.  Dieya kadang2 pernah cakap die tak selesa.  Sebab tu kol 530 sharp aku kene gerak balik dah.  Nak tunggu kerja habis memang tak la kan....

Biasanya aku balik rumah dulu,  parking keta dulu pastu baru terkedek2 jalan kali amek Aidan.  Biasanya akan singgah kan playground.  Kalau tak pon main depan rumah sambil makan aiskrim sambil ibu bertukar informasi sesama jiran.  Pergh, ilmiah sangat bertukar informasi kan....

Pukul 7 masuk rumah then dinner.  Lepak-lepak kat bawah jap, dalam kol 730 naik atas dan mandi sebab kol 8 dh start mengaji sampai la kul 9.

Sampai rumah kol 9, rehat2 jap, pastu terus baca buku.  Aku gilir-gilir peter and jane dengan bacalah anakku.  Bacalah anakku dieya dah khatam.  So aku proceed dengan buku bacaan yang lain.  Kadanh-kadang buat buku aktiviti tu sampai pukul 10.  Light off tp tidonye tak jugak.  Lantak ko la kan.  Janji lights off. 

Hari ahad Dieya ada taekwondo dr kol 1030-1130.  Tu je pon aktiviti Dieya.  Kadang-kadang aku tanye gak Dirya penat tak.  Tapi Dieya cakap 'tak... Dieya kan strong...' 

Plan aku untuk Dieya:
1) main gitar.  Kat taman aku ada retis tau. Gitu.... Tapi artis zaman aku tak de lagi la kot.  Hassan dari Babylon.  Aku ingat nak mintak die ajarkan Dieya.  Umur 6 tahun abg Hassan cakap cun dah kalo nak start.  
2) speech and drama class kat kidzgem.  Tapi first payment die seribu lebih utk registration and fee utk 3bulan.  Nantila bila2 ada rezeki dapat bonus
3) nanti standard 1, Dieya sekolah kat sekolah cina, transit dan transport dengan tadika sekarang.  Senang aidan kat situ jugak. Aku amek aekali arung je.
4) tak plan nak masukkan dieya kat sekolah agama.  Sebab aku rasa penat sangat semek tu nanti dari awal pagi sampai lewat petang belajar nonstop.  Aku rasa kualitinya takde kat situ.  Better Dieya belajar tuisyen agama yang sejam sehari contohnye dengan harapan input tu masuk terus daripada sekolah agama yang formal yang maybe by the time kelas start dieya dah lemau dan susah nak fokus.  Sia-sia je nanti.  Badan pon penat

Ramai je kawan-kawan aku terkejut masa aku cakap taknak sekolahkan agama but hey! Aku mak dieya kot, pijo ayah dieya kot... Konpem-konpem kami nak yang terbaik untuk anak-anak dunia dan akhirat.  Idok la aku pentingkan dunia sangat sebab kite kan Islam.  Saham akhirat pon penting.  Kan.