Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 5, 2015

Nomad

Dapat je kunci dari Siam, secara rasminya kami dah boleh pindah.  Dan-dan tu jugak weekend gi basuh rumah.


Gate rumah aku ni memang sedia ada 'autogate'.  Tapi 'autogate' ke dalam.  Kena la mintak tolong anak dara cinonet nih tahan belah sana, aku tahan belah sini.  Takpe, jangan risau, gate besar.  Pijo lalu jauh dari Dieya pon.








Dieya la yang paling sibuk masa ni.  Semua benda nak buat.  Dah tarik air keluar, die bukak balik paip air.  Dah kene tarik lagi sekali.










Last sekali suruh Dieya basuh palang tangga,  Bagi besen ada air 1, bagi kain 1.  Ha, basuh la ko tangga sampai berkilat.  Aku buat keje senang aje.  Tugas aku basuh tingkap aje.  Untung wei pregnant nih.  Mengguna kesempatan betul.  Kalau ikutkan aku nak hire orang je basuh.  Senang kan.  Tapi Pijo nak basuh sendiri jugak.  Ala-ala bonding time gitu.  Layan kan aje....


Berkelah di rumah baru.  Berhati-hati tau makan tak bagi jatuh.  Kata baru lepas basuh rumah.  Sayang ok....  


Sepanjang proses pindah ni kitorang tak sewa lori pon.  Angkut segala benda dengan Exora semata.  Kitorang tak bawak barang besar pon macam peti sejuk, mesin basuh segala.  Sebab nak bagi sewa fully furnish kan.  Sekali angkat kasi penuh terus.  Selagi boleh sumbat, sumbat kan aja.  Pernah kitorng singgah TM kat Cyberjaya dengan penuh barang tu kan, guard tanya nak menjual ke kat dalam?  Tergelak kitorng.  



Semua sekali 7trip penuh barang.  Takde la kasi setel 7trip sekaligus kan.  Seminggu 1 trip aje.  Dan kasi setel terus barang yang bawak tu.  Susun siap-siap.  Yang kena pasang, pasang siap-siap.



 Aku bawak baju Aidan untuk dibasuh.  Sidai, next week datang lagi dah boleh lipat dah.  Dah boleh susun cantik-cantik dalam bilik.


Pinggang pon basuh siap-siap.  Next week dah kering boleh susun dalam kitchen cabinet dah.






Tugas Pijo assemble perabot, hang apa yang patut.  Kufi tu Fiza yang bagi.  Cantik kan.  Mekaseh kesayangan.






 Stor pon kasi setel terus.  Susun elok-elok.  Aku taknak main sumbat je.  Nanti pening kepala aku nanti nak ambil barang.  Rak yang bertingkek-tingkek tu aku susun ikut jenis barang.  


Bilik Dieya masih kosong lagi time nih,  Advantage susun terus ni by the time totally pindah, at least sebahagian prosess unpack dah setel kan  Boleh la rehat sikit.  Mak sarat noks time nih.  


Kitorang totally pindah on 12 June 2014.  Gigih tak aku ingat?  Eleh, google aje sebab first night aku kat sini masa world cup kick-off.  Malam tu panas yang rabbi.  Memang tak leh tido.  Aku dengan pregnantnye double panas ok.  Pagi-pagi buta aku boleh gi mandi.  Pijo pon mandi.  Dieya tak pernah-pernah terjaga masa tidur, boleh terjaga mintak air.  2kali plak tu.  Esoknye kitorang terus gi kedai beli aircon.  Tanye dulu boleh pasang arini tak since hari Jumaat kan masa terhad kan.  Bila kedai cakap boleh pasang baru proceed dengan model aircon dengan harga.

Sebenarnya kitorang kene halau dengan penyewa kitorang.  Hehehehe.  Owh ni penyewa lain.  Bukan penyewa yang aku cerita kat entry yang ni.  Siot je tak jadi pindah tapi tak cakap.  Aku tak marah tau kalau tak jadi pindah tapi at least inform la kan.  Pijo dah panas terus up iklan dekat mudah.  Sejam lepas tu bertalu-talu orang call tanya melarat sampai 2 hari lepas tu.  Gila hot Equine nih,  Tapi nak jadi rezeki si dia nih.  Dorang laki bini sewa  bilik selama nih.  Bini baru je beranak, then nak la proper rumah untuk anak ni kan.  Seriusnya dia ni sampai terus nak bank in deposit.  Aku plak yang cuak, suruh datang tengok ruah dulu.  Kitorang pon nak la kenal dulu tenant siapa kan.  Dah la tak sabar-sabar nak masuk rumah.  Bini dengan anak yang baru je dilahirkan still kat hospital.  Dia nak kalau boleh anak tu balik terus ke rumah baru ni.  Kitorang faham je.  Dan kitorang memang pulun habis-habis angkat barang even dia offer letak je barang yang belum siap packing dalam 1 bilik.  Bila-bila nak ambil pon boleh.  Tapi idok la aku nak kacau dorang anak beranak kan.  So kami kasi setel terus.. Deposit pon kasi kurang sebulan sebab faham je ada anak ni financial agak tight la kan.  


Dah gini la pulak rupa rumah aku sebab main campak je.  Makan bulan jugak la aku nak setelkan unpack nih.    Sekarang rumah aku masih lagi kosong.  Sebab masuk rumah Rafflesia ni kan tak bawak ape-apa.  Semua tinggal kat Equine.  Takpe....  Pelan-pelan kayuh kan....

Wednesday, January 21, 2015

Dapur

Dapur bahagian yang kitorang macam excited sikit.  Nak kata pandai masak memang tak la, rajin apatah lagi kan.  Tapi ntah.  Rasa nak ada proper kitchen gitu.  Memandangkan rumah kat Equine nak masak macam tak selesa sangat kan.  Bayang la, masa aku tengah pregnantkan Dieya,  tak tahu la kenapa suka benor masak.  Pastu kejap-kejap basuh perut sebab panas.  Dekat ko perut dengan dapur.  Memang takde space dah.  Nak gerak pon kena dari tepi tau.

Pijo siap email a few contractors mintak quotation.  Ni layout dapur idaman kalbu, sketched by Pijo.  Basically kitorang just nak ubah kedudukan sinki aje mengadap tingkap :




Ni email dari Pijo.  Jom kite tengok cara contractor reply :

My name is Hafizzul and I would like to get a quotation for base kabinet for kitchen. Here I attached sketching of my kitchen in Pelangi Semenyih 2. The house is due for completion in 1 month time. I'm  looking to extend my kitchen in the future maybe in 4-5 years time, so right now I'm looking to just building a simple base cabinet for the time being. here are my requirements:

1) Base cabinet only, no wall/top cabinet. Melamine material white colour. black table top.

2) Im not planning to build a concrete table top because of future renovation, so yours should include for the table top, build in table top maybe, like IKEA for example

3) The base cabinet is L shape start from the window until the refrigerator (red line in pic)

4) The sink and tap water source to be moved opposite the window (green line in pic)

Hope to hear from you soon. 
Thanks

regards,

Ahmad Hafizzul


1) Unity Kitchen Sdn Bhd

Dear Hafizzul, 

Greetings from Unity Kitchen Sdn Bhd !

First of all, thank you on your email enquiry.  

We are pleased to enclose the followings for your kind consideration :

1) Quotation
2) 3D Design Drawing
3) Sink Promotion Catalogue

You are welcome to visit our Kajang / Puchong Showroom or direct contact our sales person EUGENE [017 - 733 2008] for site measurement (FOC) once your house is ready. He will assist you in finalizing the design and details according to the actual measurement then gives you an overall discount too.  

Alternatively, you may visit our Unity Kitchen's Fans Page for completed project photo or any latest promotion. For your information, as per up to-date our factory soonest installation schedule will be available from FIRST WEEK of June 2014 onwards.

Should you have any enquiry, please do not hesitate to contact us for more information. 

Hope to hear from you soon and have a nice day!  

Thanks & Regards,
UNITY KITCHEN_KAJANG BRANCH




Dapat email ni, meroyan kitorang.  Tengok drawing dorang tu buat kitorang makin tazabarrrrrr!!!!  Drawing tu exactly macam kitorang nak.  Tiap-tiap hari aku tengok drawing ni.  Pastu senyum sorang-sorang.  Imagine konon-konon tengah main masak-masak dengan Pijo. Hehehehe.  Quotation detail gila kan.  Complete. 




2) Zaldeco

Base cabinet 5ft x 10ft = 2800


Dah. tu aje.  Kalo ko bernafsu tak nak tanya lagi?  Kalau kitorang memang turn down terus.  Seketul tu je reply die.  Ye, aku faham, mungkin ko buzy, tapi ko faham tak first impression is always important.  Mencanak macam mana pon ko punye testimonial, tapi kalau gini la gaya layan potential customer, memang duuhhhhhh gila la kan.



3) Welco Kitchen Cabinet


Pon macam menarik.  Menarik sebab murah.  Memang kena cari yang murah je ni.  Sebab bajet nak guna dalam 4-5tahun je.


4) Intech Kitchen Sdn Bhd


Hi Mr Hafizzul,


Herewith the estimate price base on measurement given. Subject to site measurement.

Kitchen cabinet with melamine door and wood top

Base cabinet with wood top W:15.7ft = 2983.00

End panel small x 2 pcs = 120.00
Aluminium built in handle W:21.1ft = 126.60
Soft close hinges x 14 pcs = 56.00
Transportation and installation fee = 150.00
Total = 3435.60

If have any queries or interested can come over to our showroom at Bandar Teknologi Kajang to discuss further.

Thanks,
Jessica
0126670706


Sebelum mintak-mintak quotation bagai ni, Intech memang top of our list sebenarnye.  Banyak sangat blogger buat dengan dia ni dan semua memang recommend.  Sebab tu even dah dapat quotation by email kitorang still physically pergi kat showroom jugak.  Tapi macam lawak la jugak sebab benda yang sama macam die email nih tapi dengan harga yang lebih tinggi.  Ingat kalau face to face ni boleh la kawtim apa yang patut kan.  Kalau harga reduce boleh consider buat dengan Intech.   



5) IKEA
Nak dapat quotation dari IKEA better pergi during weekday.  Orang tak ramai, so promoter dia boleh la layan kita kan.  Sebelum pergi IKEA, Pijo memang dah guna IKEA planner untuk dapatkan quotation.  Again, saje je la kan nak physically pergi IKEA untuk dapatkan advise dari promoter dorang.  Tapi jadi mahal sebab campur cost penghantaran je dah 270.  Kos pasang lagi, 8% dari harga cost.  Macam nak kena dorang pasangkan sebab tak reti la pulak kan nak tebuk lubang ngam-ngam nak masukkan sinki.  Peralatannya lagi memang kitorang takde.


6) Tik Ann Renovation
Dipendekkan cerita, ding-dong-ding-dong-diskas-diskas, Siam letak harga 3k.


So, shortlisted antara Welco dengan Tikk Ann.  Harga lebih kurang.  Beza dalam 200 je.  Tapi sebab semua pon dah buat dengan Tikk Ann, so kitorng proceed je dengan Tikk Ann jugak.  Lagipon Welco just tarik je paip dari tempat asal ke tempat baru.  So makan space sikit kat situ.  Kalau Tikk Ann dia buat plumbing baru terus untuk sinki.


   Ni tempat sinki asal.


Memula Tikk Ann pindah macam ni je.  Sama macam Welco nak buat.  Tapi kitorang banyak cantik ko!  Quotation cakap buat baru kan.  So sila buat baru!!!


Sekejap sangat dah siap.  Kitorang pilih warna pada 21haribulan, 24haribulan tu dah siap dah.  Serius dalam masa 3hari tu ni hasil dia.  Terkejut giler kitorang.  Memang tak sangka secepat itu dorang siapkan kitchen cabinet.


Tadaaaaaaaaa!!!!!!  Dengan harapan rajin masak.  Lalalalalalla~~~~  Memang sengaja taknak buat wall unit.  Nak make it simple can gini aje.  Aku pon bukan hardcore pon masak.  Basic unit gini pon dah muat dah segala benda barang masak.  As for now la kan...  Nanti-nanti kendian  cerite.  Kata nak extend dapur.  Kata je la tapi sebab kata tak kena bayar kan?


Belum pape dah try serlahkan bakat terpendam dah.  Berdoa je aku masa ni tau.  Hehehehe




Hob and hood ni kitorang beli kat Subang SS15.  Kalau ikutkan aku nak beli dapur biasa yang macam kat rumah Equine dulu.  Pon boleh masak jugak kan.  Tapi Pijo beriya survey hob and hood ni.  Setiap hari gigih la Pijo sharekan link untuk menaikkan keterujaan aku.  Last-last Pijo jumpa 1 kedai kat Mudah.  Dia ada buat promotion RM1,050 untuk 2tungku.  Brand Rubine.  Aku macam biasa la mula-mula memang la taknak.  Tapi bila benda dah depan mata mula la menggelupur nak.  Tapi kitorang decide to upgrade kepada 3 tungku.  Pijo bajet aku ni masterchef kot tangan kiri dok kacau sambal bilis, tangan kanan goreng telur dadar, tungku kecik tu tunggu air gelegak nak celur kangkung.  Jadi nasi lemak.  Pergh!!!!  Total damage untuk 3 tungku ni RM1,250.  Apa yang best dapur ini adalah dia ada macam safety element gitu.  Katakan la air gelegak pastu tumpah dan terpadam api sekali, dia akan cut kan jugak aliran gas.  So dengan izin Allah tak kan berlakunya kebocoran gas.  Gitu la lebih kurang.  
  

Sinki ni barang pertama yang kitorang beli untuk rumah Rafflesia ni.  Rumah tak naik lagi sinki dah beli dulu.  Pastu tak agak-agak beli sinki gabak punya besar.  Senang nak kumpul seminggu terus kan.  Kitorang beli brand Tora masa dorang buat warehouse sale.  Aku tak pernah dengar pon brand Tora tapi since warranty ada 5tahun, macam not bad jugak la kan.  Tapi yang hampehnye ingat ke warehouse sale tu murah la kan sekali sama je dengan harga kat kedai kat luar.  Warehouse sale kejadahnya.  Huh!! 






Dieya pon sama excited masa tengok dapur nih.  Masa ni memang kitorang habiskan banyak masa kat dapur.  Macam serius excited gila. 

Ni rupa dapur setelah lebih kurang setengah tahun dah.  






Aku akan cuba untuk lap dapur dan table top setiap kali lepas masak.  Aku tak suka sangat letak barang atas table top.  Sebab dapur aku sememangnya kecik.  Kalau letak barang atas table top nanti nampak serabut sangat dapur.  So seme simpan dalam kabinet.  Keep it simple...

Tuesday, November 25, 2014

Kasih Dan Sayang Dan Kasih Dan Sayang Dan Kasih Dan Sayang

Tadi aku dengan Pijo bawak Aidan gi inject untuk 2bulan kat Klinik Jameaton, Equine Park.  Ha kan, jauh kan... Walaupun duduk Semenyih tapi jiwa tu masih kat Equine.  Tak... Bukan nyesal duduk Semenyih, tapi dah biasa dengan Equine, dah tahu luar dalam Equine, dah tahu baik budi di dara Equine nih.  Lagipon tak tahu kenapa percaya bebenor kami dengan Doctor Jameaton.  Tahu je klinik tu ramai orang so kadang-kadang terpaksa tunggu berjam-jam tapi still gi sana.

Tapi tadi Doctor Hairul yang on duty.  Pon aku suka dengan mamat ni.  Profesional betul.  Doc Hairul cucuk Aidan sikit pon Aidan tak nanges.  Biasanya masa Dieya dulu pon setiap kali cucuk, Dieya dibaringkan.  Masa first month injection Aidan pon.  Dan biasanya dorang memang nanges pon even 3saat kan.  Tapi tadi memang kitorang terkesima dan teruja sebab Aidan gerak bontot je sikit tanpa sebarang drama sebabak.  Doc Hairul suruh Pijo peluk Aidan kemas-kemas.  Peluk la macam mana pon tapi bontot bahagian dia.  Sapu ubat bius, tunggu dalam 5saat, inject.  Dah setel.  Kalo ko tengok macam lemah gemalai je die tekan stringe.  Aku siap tanya habes ke ubat masuk.  Heheehehe.  Sori doctor...  Bukan  meragui doc punya kerja.  Cuma macam tunggu gak Aidan nanges kan.  Doc Hairul cakap kalau nak kurangkan trauma anak, kene peluk kuat-kuat, erat-erat.  Baru anak rasa selamat.  Next time kalau anak nak kene injext dan doctor suruh baringkan, try la mintak untuk peluk ey.  Biar anak rasa kita ada masa dia perlukan kita.  Perlukan kat sini adalah time anak rasa sakit kene inject.

Lepas tu kitorang ditazkirah pasal parenting.  Apa faktor yang paling penting untuk at least kurangkan kekerapan anak sakit. Macam-macam kitoang tembak, breastfeed la, makan la, persekitaran la, hygiene semua bagai.  Tapi jawapannya adalah KASIH SAYANG. Like, serius?! Anak kot. Mestila sayang.  Tapi sayang tu subjektif.  Adakah kite selalu peluk selalu cium dikatakan sayang?  Adakah selalu marah mengajar dikatakan sayang?  Adakah belikan baju mahal-mahal dikatakan sayang? Adakah bagi vaksin banyak-banyak dikatakan sayang?  Doc Hairul cerita pengalaman dia dari menjadi seorang ayah yang garang kepada ayah yang penyayang.  Hasilnya anak dia dari kelas last naik ke kelas pertama.  Anak dia lebih mendengar kata.  Sebab bila kita jadi bestfriend anak, anak lebih hormat dan lebih percayakan kita.  Nak nakal-nakal pon rasa segan dengan 'bestfriend' die tu.  Dan yang penting jangan biarkan anak teresak-esak nangis sampai tertidur.  Sebab ingatan terakhit dia adalah mak dan ayah tak sayangkan dia.

Pesan Doctor hairul lagi, kalau kita nak anak masuk dengan kita, lagi penting kita yang kene masuk dalam dunia diorang.  Contoh kalau anak picky eater, join apa yang tengah dorang buat masa tu.  Contohnya anak dengan main kereta.  Berlakon konon-konon kereta kena tol.  Makan sebagai bayaran baru palang tol terangkat.  Contoh lain kalau anak tengah tengok Upin Ipin, berlakon la jadi Opah ke Kak Ros ke.  Takpela kalau tak kat meja makan pon.  Janji anak makan.  Sekadar 4suap dah memadai.  Puji anak kaw-kaw sebab makan 4suap.  Ulang la sampai sebulan pon.  Aku dah try kat Dieya memang terbaik.  Aritu Dieya nak main hide-and-seek.  Sebelum Dieya hide aku suapkan dulu.  Aku cakap kalau makan baru ada tenaga nak berlari sembunyi.  Dieya sembunyi pon belakang ayah je.  So kene la kira pelan-pelan dan berlakon tanya ayah mana sebab nak bagi Dieya masa kunyah habis dulu nasi.

Lagi 1 amalan Doctor Hairul, had kan anak bermain selama sejam sahaja dalam satu-satu masa.  Mula-mula memang ada drama la kan.  Lama-lama anak dia automatik main sejam then benti.  Main kolam pon lepas sejam automatik benti ajak balik.  Kalau tak pon, lepas sejam panggil anak rehat jap.  Bagi minum, bagi rilek jap dalam setengah jam ke, pastu lepas anak main balik selama sejam.  Kenapa sejam?  Sebab 1jam adalah tempoh maksima kanak-kanak boleh beragresif.  Kalau lebih sejam kemungkinan kanak-kanak selsema ke, demam ke adalah tinggi.  Kalau aku bawak Dieya gi softgym, dah bagi Dieya main sejam aku akan panggil main mainan yang tak perlu bergerak.  Macam main bead ke, kalau macam kidzooona main dalam playhouse dia tu ke.  Yang penting, main sama-sama.  Letak la kat tepi dulu henset tu.  Tu pesanan untuk diri sendiri jugak tu.  Heheheh

Semalam kitorang bawak Aidan jumpa ustaz.  Saja nak tegok-tengok kan Aidan.  Ustaz tu pesan masa matahari nak naik dan nak turun jangan bawa anak keluar.  Contohnya kalo dalam kol 12 kita nak keluar rumah pergi kenduri ke kan, lek-lek la dulu lepas zohor baru gerak.  Time magrib pon sama.  Maknenya Tengah- tengah malam nak bawak anak gi downtown takde hal.  Kalau anak menangis mata tengok atas atau mata pejam beriya taknak bukak, pegang labu betis anak dan bacala apa-apa yang tahu.  Paling-paling tidak pon azan.  Selawat dengan Al Fatihah jangan tinggal tau.

Friday, October 17, 2014

Konsert

Semalam (ok, dah tak jadi semalam dah.  Ahad lepas, 12/10/14) QDess Dieya ada organise konsert tahunan.  Since ni konsert pertama Dieya, konpem-konpemla aku excited. Dieya ada 2 performance plak tu.  Double excited! Aku dapat keluar plak tu tanpa rasa bersalah.  Triple excited!  Sangap wei dok rumah lama-lama...

Kena ada kat auditorium SJK (C) Chee Wen, Subang Jaya sebelum 3petang tapi ceremony tu start 4petang. Pape hal kasi charging dulu Dieya.  Bawak g makan, tapi Dieya tak makan pon.  Dieya makan aiskrim je.


Aku rasa seksi sangat bila Pijo pakai carrier macam ni.  Seksi tang mana aku pon tak tahu.  Tapi sejenis keseksian gitu.  Maybe nampak lovely daddy gitu dan itu adalah definisi seksi bagi aku. Huh?! Tak seksinya definisi seksi aku...


Macam comel je model kecik dengan kete kecik nih.  Lalalala~~~


Pape hal bagi Aidan kenyang dulu.  Sebenarnye kain tu mak sedara Pijo bagi souvenir dari Sabah.  In stead of buat baju kurung, since kain die lembut aku buat nursing cover.  Mintak kawan aku, Ina jahitkan.  Aku pernah tengok kat kedai Kasih Ibu Bangi, ada jual jugak brand Autumn. RM40 kalo tak silap aku.


Mula-mula musykil gak aku motif ko buat konsert jauh-jauh sampai Subang?  Sekali tengok auditorium die, mak ai!!!!!  Selesa gila kot...  padahal sekolah rendah tu punya auditorium tu.  Tengok backdrop je aku dah jakun belum tengok budak-budak perform lagi.  Belum tengok Dieya berYMCA lagi atas stage tu.  Tapi hakikatnya aku memang jakun banyak benda pon.  Muhahahaha


Konsert dimulakan dengan lagu Negaraku.  Penuh stage dengan student 3tahun sampai la 6tahun.  QDess Bandar Putra Permai ni ade 2cawangan.  Dieya 3tahun konpem-konpem kat hujung.  Sekali berdiri paling depan plak tu.  Lagi la terkinja-kinja aku excited.  Kalau dulu kitorang gigih sembunyi taknak Dieya nampak, takut Dieya taknak buat macam kat playschool dulu, kali ni memang kitorang sengaja lambai-lambai.  Dieya senyum je atas stage tapi tak lambai balik pon.  Tengah nyanyi lagu Negaraku kot... mane boleh gerak-gerak kan.  Ibu ko je sambil nyanyi sambil lambai-lambai.  Duhhhhh.  Lepas tu ade la award tu la award ni la tapi untuk student 6tahun la kan.  Yang bestnye long service award dapat gelang emas tu.  Gile!  Since QDess ni baru 5tahun so teacher yang dah 5tahun jela yang dapat kan


Konsert ni semperna graduasi student 6tahun sekali.  Eh jap, student ke ek term yang sesuai? Macam dah besar sangat.  Ke budak 6tahun?  Memang la budak kan, dan memang la student kan?  Isk complicated sangat haih...  student jela kot...  masa ni aku emosional sangat.  Seriusly aku nangis sebab one-kind-motherhood-feeling padahal anak aku takde pon atas tu pakai jubah.  Aku kan kuat drama..  comel sangat dorang pakai jubah pastu menari lagu 'Shalala'.  Kalau la time konvo aku dulu ade menari-menari macam ni konpem aku mintak partner dengan Pijo.  Biar la lain course pon.  Janji aku dapat menggatal dengab Pijo.  Miamiamia *gelakgatal*


First performance Dieya, The Rain Keep Falling On My Head, partner dengan Hayden.  Blur-blur la jugak.  Mana nak ingat step lagi, mana nak tengok ibu kat bawah lagi.  Aku ade rekod yang memang fokus kat Dieya la kan.  AKAN TETAPI!!! Ha kan besar tu tulisan tu...  Dieya terdelete sebelum aku dan Pijo tengok pon.  Ko agak-agak mengamuk tak aku?  Memang la akan dapat cd tapi still!!!  Beriye aku g kat depan, fokus kat Dieya.  Nampak segala pergekaran die in details sekali ko selamber delete.  Depan aku plak tu...








Cuba cari persamaan 4gambar ni.  Tangan Dieya kat atas kan? Lagi? Perasan tak Dieya masam je tak senyum?  Sebab Dieya tengah cari ayah dengan ibu.  Pijo kat tepi stage ambil gambar, aku kat tengah stage amek video.


Ha, dah nampak tu barula bersemangat berYMCA.  Nampak kitorang baru rasa confident kot Dieya ni.  Aku tengok Dieya enjoy sangat mase dua-dua performance tu.  Sebenarnye kitorang takde la harapkan Dieya perfectly ataupon nearly perfect buat persembahan.  3tahun kot, what do you expectkan.  Cukup la bagi kitorang Dieya berani berada di atas pentas.  Berani berada dihadapan orang ramai yang tidak dikenali.  Tu lagi penting.  Kekuatan dalaman lagi penting.  Tapi bila nampak Dieya enjoy dengan kawan-kawan die atas pentas, bonus bagi kitorang, rasa macam sebak, anak aku dah besar...  Dah boleh bawa diri.  Alhamdulillah...





Untuk reading award, Dieya dapat gangsa.  Gangsa ni untuk student yang berjaya complete kan reading book at least sampai book 8.  Dieya sekarang book 5.  Student 3tahun semua dapat gangsa.  Tapi ralatnya aku rasa sebab aku tak sempat nak luangkan masa untuk Dieya ulangkaji.  Kalau dulu memang setiap hari aku ulangkaji dengan Dieya.  Tapi sekarang, weekend jela.  Tapi, nanti 4tahun nanti memang aku akan cuba curi masa walaupun kejap untuk Dieya.  In shaa Allah, jika diizinkan Allah.




Dorang berdua saja dalam kelas 3tahun yang melayu.  Tapi dalam kelas selalu jugak teacher pisahkan dorang sebab Dieya selalu ajak Aleesha bercakap.  Isk Dieya, sebijik perangai ibu tau.  Suka bercakap dalam kelas.  Jangan amek perangai yang tak berfaedah tu boleh tak Dieya?  Ngeeeeee~~~~  Tapi advantagenye dorang cepat menguasai English.  Memang la tak totally fluent English tapi at least dah tahu buat ayat.  Bila kite speaking dorang reply in engliah jugak dan faham apa yang kita cakap.


Oh disinila Aidan sepanjang konsert.  Dikanggarookan oleh ayah.  Hanya bangun sekali je nak susu.  Terima kasih Aidan sebab faham keterujaan ayah dan ibu.  Hehehehe.




Meraikan 'keenjoyan' Dieya, kitorang decide dinner kat Laman Grill, Restoran Chef Zubir Masterchef.  Yang atas tu, Beef's Lover Pijo punye, cabonara tu aku punya.  Review aku, cabonara memang best, memang creamy gile tapi Pijo punye so-so aje.  Harge RM63 tapi sos bbq die rasa macam yang readymade yang jual kat market, yang dalam botol tu.  Ke sos bbq yang kat market tu die yang buat? Ntah, tapi macam better try benda lain la ey korang.

Thursday, September 18, 2014

Amin...

Sepanjang aku baca buku Ammar ni sebenarnya aku asyik la teringat kat seorang kakak kat office aku ni.  Dari awal kehamilan aku lagi dia selalu berdoa yang Aidan in shaa Allah menjadi seorang anak yang soleh dan bakal mendalami ilmu agama kat pondok.  Setiap kali die lafazkan setiap kali tu jugak aku aminkan dengan ikhlas.  Siape taknak anak yang soleh dan solehah yang boleh dijadilan bekal dikemudian hari kan.  Tapi apa yang aku sedih dan berasa ralat, akak ni mungkin dah berenti berdoa untuk Aidan sebab akak ni dah tak tegur aku dah berbulan-bulan dah.  Tanpa aku tahu kenapa dan apa salah aku.  Macam penuh kebencian tau dia kat aku.  Aku pernah cuba untuk pulihkan keadaan pada hari kedua dia tak tegur aku tapi aku terima respon yang negatif.  Lepas ni aku dah tak try dah.  Bukan sebab aku ego.  Tapi sebab aku hormat keputusan akak ni.  Maybe die belum ready nak maafkan kesalahan aku walaupun sumpah aku tak tahu apa salah aku sebenarnya sampai selisih pun dia taknak.  Apa ntah lagi nak berbalas pandangan kan.  Tapi aku tak pernah lupakan akak ni.  Sebab banyak yang aku belajar pasal kehidupan dan agama dengan dia.  Setiap hari aku berdoa semoga keadaan kembali seperti sedia kala sebab betapa ruginya aku tak dapat 'mencuri' ilmu yang ada pada dia.  Secara zahirnya akak ni tahu aku macamana.  Dulu die selalu puji aku nak2 pasal rumah tangga dan keluarga, dan betapa positifnya aku dalam banyak perkara dan aku tahu setiap pujian dia adalah ikhlas.  Sebab tu aku berharap dalam kebencian die terhadap aku, masih ada sedikit positif dalam diri aku yang dia masih ingat dan mengaburi negative yang dia sangkakan ada dalam diri aku nih.  Memang ada negatif aku ni dan sekali lagi betapa aku harapkan aku tahu apa salah aku terhadap dia.  Cuma apa yang aku nak dia tahu sedikit pon takde rasa kurang senang aku kat dia.  Sepanjang berbulan-bulan ni pon xde pon aku cuba timbulkan kemarahan dia dengan sengaja walaupun aku tahu dia selalu 'bercakap' mengenai aku.  Walaupun aku tahu apa yang aku buat dan cakap serba tak kena pada dia.  Macam mana aku tahu?  Aku berpegang kepada kalau kita tahu kita benar, biar kebenaran tu datang sendiri kat kita.  Setiap kali kebenaran tu datang kat aku, aku hanya mampu tersenyum dan memaafkan setiap satu apa yang dia cakap kat aku.  Sebab ilmu yang dia pernah kongsi dengan aku jauh lagi tinggi darjatnya dari kebencian dia kat aku.  Apa yang aku harapkan sekali lagi adalah keadaan pulih seperti dulu.  Walaupun aku faham tak kan sepenuhmya tapi sekurang-kurang aku boleh bertukar salam dengan dia sebelum masing-masing terlambat.  Kita tak mungkin tahu apa yang bakal kita hadapi esok kan.  Wallahualam...

Tuesday, September 2, 2014

Day 7 Of Life




DZAIRIL AIDAN BAIHAQI
AHMAD HAFIZZUL

haah, tahu-tahu...  panjang kan?  Dah biasa dah orang cakap panjangnya nama since Dieya dulu pon.  Hehehehe.  Takpe-takpe, nanti time dorang exam dah pakai scanner dah.  Dah takde manual dah.  Kalau manual pon, jangan risau cikgu mesti tunggu dorang abis tulis nama baru start exam.

Kitorang memang jenis cari nama awal-awal pregnancy lagi.  Masa Dieya dulu memang beriye sikit untuk nama babygirl.  Sama la kali ni pon, tak tahu lagi boy ke girl tapi lebih instinct tu kuat cakap boy kan.  Kalau discuss beriye nih name boy macam nak beranak esok, pastu mula la, lor.... girl ke boy pon belum tahu lagi.  

Dzairil tu sebenarnye inspired dari watak Daryl dalam The Walking Dead.  Dia tak la ensem bebenor tapi karakter die tu sokmo buat aku jatuh cinta.  So Daryl dimelayukam jadi Dairil.  Okla, takpe la Dairil pon asal DAB.  Tapi Pijo plak ntah nape ntah tiba-tiba tak suka Dairil.  Kalo Dzairil ok.  Ermmm.... ok la Dzairil pon not bad kan...

Aidan tu maksud die kecerdasan.  Baihaqi tu adalah salah satu nama imam (Imam Baihaqi) masa zaman rasulullah.  Combine punye combine nak jadikan DAB, jadi la Dzairil Aidan Baihaqi.

Semoga anak ibu dan ayah, Aidan menjadi anak yang soleh.  Anak yang berguna kepada agama.  Anak yang dirahmati.  Anak yang diberkati.  Amin...