Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 15, 2012

It was

Tak sangka kawan yang aku pernah rapat dulu sanggup betraykan aku. Lagi aku sedih bila diorang melibatkan orang lain. Orang yang tak ada masalah ngan aku.

Tak payah la nak jadi mak jemah sangat kot. Nak tahu pasal aku just tanya aku sendiri. Aku boleh story from A to Z kot. Ko nak tahu cerita yang betulkan? So, go to the resources la bai. Yang ko put extra effort tanya orang lain ape celop wei? Tu dah kira jaga tepi kain orang dah tu. end up ko dah circulatekan news yang langsung takde kebenarannya. Pergh, fitnah tu!

Since dulu kita pernah rapat, so ko mesti tahu canne perangai aku kan. Semua orang pon aku tegur. Tak kira lelaki ke pompuan ke. As long as orang tu tak ada masalah ngan aku, memang aku akan berkawan pon. Tapi tak tahu macam mana ko boleh interpratekan benda tu in bad view. Padahal bukan aku tak buat benda sama dengan orang lain pon.

Dah-dah la tu... Tak ke mana pon hasrat korang tu. End up aku akan tahu juga. Tu la pentingnya kalau kita ikhlas berkawan. Orang lain tak sanggup dengar benda yang tak betul dan end of the day diorang akan story kat kita pon.

Memang aku slow-slow jauhkan diri dengan diorang sebab macam tak boleh nak in sangat. In fact, aku join gym pon sebab dorang. Aku taknak serabutkan kepala dengan benda-benda tak pasti ni. Orang ni macam ni la, orang tu macam tu la. haish, rimas la nak jaga tepi kain orang lain nih. Banyak benda lagi aku boleh buat kot.




- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, April 24, 2012

Sepatutnye....




Tahu tak kenapa budak ini meroyan? Budak ini meroyan kerana hari ini sepatutnye jadi hari yang best tapi last-last macam tak best! Huh!!!!

Reason :
1) ayahdieya balik lambat. In fact sekarang dah kol 2035 still belom balik. Time ni la die nak busy bagai. Same je time birthday aku last month. Pukul 12 tengah malam baru balik. Ye, aku tahu die bekerja bukan sengaje.....

2) kene tukar bateri viva sendiri. Eh, bukan tukar sendiri. Tapi kene survey-survey sendiri. Selama ni semuanya ayahdieya yang buat kan.

Tadi survey a few tempat gak la. Paling mahal rm220 brand yokohama. Trade in bateri lame rm10, so payable amount should be rm210. Oh ye, kepada kaum-kaum hawa di luar sane, bateri lama kereta korang tu boleh ditradein tau. Even rm10 pon tapi still duit kan...



Viva sedang dibedah. Kedai ni pon yokohama tapi rm170. Terus on since ayahdieya cakap ok. Yang penting maintenance free sebab dry sel.



Kesian Dieya tertido. Penat main la tu kot. Dieya dah macam taknak sangat duduk dalam carseat. Maybe rasa rimas sebab dah besar kan. Ah, takde-takde ibu paksa gak dieya dok dalam carseat.

A few things yang perlu dihiglightkan bile tukar bateri. Dari pemerhatian aku la :

1) survey dulu. Jangan sebab tak tahu sangat pasal kereta, gi setempat terus on.

2)Muka & suara kene confident. sebab dorang tengok pompuan mesti try untuk ding dong ding dongkan harga

3) better amek dry sel. So maintenance free. Dulu aku pernah, bateri asal, ayahdieya tertumpahkan sikir je pon air bateri atas bateri tu, a few days after dah tak function dah.

4) setiap bateri mesti ada waranti walaupun setahun

5) tak boleh matikan enjin mase tukar bateri

6) sila pastikan salah satu tingkap atau pintu tak tutup. Sebab bila bateri ditukar automatik akan terlock sendiri. So, kalo nak senang belah driver la kan.

Bulan ni viva tukar bateri ngan service. Persona pon service. Moskito pon service. Haih, nasib dapat bonus....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Rindu...

Emo aku bile dengar lagu Disaat Aku Menyintaimu dan Lagu...

Sebab aku tengah rindu. sangat rindu. Tapi rindu kat sape aku xtahu...

Rindula.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 18, 2012

Kembar lain bulan

Dieya dah dapat adik lelaki. Alhamdulillah.. 2 orang plak tu. Sorang bulan 3 sorang bulan 4.

Meh nak share sikit pengalaman aku teman orang nak beranak

01/04/12
08:04 :: boboy kol cakap ade kat hospital putrajaya. Waterbag adek ipar, B dah pecah kat umah.

Tapi HPJ full. Then HPJ check HKL ade tempat. Tendang gi HKL. At 1st dorang nak g serdang. Tapi serdang xde dalam list HPJ. Rupa2nya setiap hospital ade hospital backup list sendiri. Kalo full, refer kat hospital A, full lagi hospital B. HKL adalah top of the list dan serdang out of the list. Tapi after consult ngan doctor, dan diadvisekan oleh pa ngan aku (hehehe, nak jugak). Then HKL, please be nice ye...

10:16 :: B naek ambulans, boboy follow dengan kereta. Kitorang tengah bermamak. Hehehehe. Ni no ni no ni no!!!!

Kitrong sampai B ade blakang kaunter. Just duduk je. Xbuat pape dan xde orang buat pape pon kat B. Keluar g beli roti, B still kat situ. Keluar g basuh poopoo dieya pun B still kat situ. Isk, tak faham aku kenape tak diberikan tempat yang selesa. Just duduk atas kerusi plastik tu. Kesian betul aku tengok... Tapi once in the while doctor memang ade la check kot. Buat VE. B cakap ade doctor buat VE sebab nak paksa bukaan cepat dan ia adalah sakit. Huhuhuhu. Dalam pade tunggu tu ade sorang preggy pitam dalam toilet. Cuak aku tengok. Doctor goncang2 badan pon tak sedar2. Waaaa. Cuak. Aku cakap kat B jngn tengok. B dalam kaunter, aku luar kaunter. Nice....huh!

Oh, iklan jap. Cashier kat mart langsung tak berkaliber untuk menjadi seorang yang bekerja. Status pekerja tu macam tak in la dengan die tuh. Aku beli mempelam. Dalam botol dah xde kuah rojak. Aku tanye elok2, "adek (siap adek ok, padahal aku rase macam sebaye je. Tapi sebab dah ade anak, so sila sedar diri ye yaya) kuah rojak ade lagi?" "Xde" sambil bace magazine, langsung tak tengok. "dah ni ape?" aku tunjuk la botol besar atas peti. Senyum je ko! Pergh!!!!! Dah la time bayar die bagi plastik je suruh aku masuk kan sendiri. Alasan, sebab melekit! 2 kali pergh. Aku pon sound r, aku beli dengan ko kot. Ke ko yang beli ngan aku? Xde adek dah. Orang macam ni xboleh bagi muka. Lagi tak bertamadun nanti jadinye.




Dieya peek-a-boo ibu. Sejuk sikit ati ibu... Mase kitorg lepak2 kat luar ni ade la sorang indian pregnant lady ni, die duduk sambil tunggu hasben die dalam mart tu. Mase bangun tu kain batik die basah lencun sebab air ketuban kot. Kat tempat duduk die pon ade air ketuban gak. Tapi die rilek je...aku plak yang cuak. Dan geli. Hehehehehe

14:24 :: baru la B boleh naek wad. Tu pon 3rd class. Tapi aku naek lambat sikit sebab......




budak ni poopoo! Waaaaaaa!!! Kurang gemar la dieya poopoo kat public canggini.... Walaupun kami berkampung di wad bersalin tapi takde pon nursing room. Toilet plak macam tak convenience langsung. Tapi yang paling horror boleh la plak sabun dieya jatuh dalam lubang jamban tu. Aku memang xkan amek la kan. Tapi bile pikir dieya poopoo dan kene basuh dengan sabun, aku dengan pasrah dan redha...... Xyah la sambungkan. Tibe2 aku rase geli plak. Tapi jangan risau. Memang clear ok. Xde pape dalam tu. CONFIRM!!!

Naik atas 3rd class ward, B dah tukar baju. Tapi still xdapat katil. Dorang tengah arrangekan kedudukan. Aku plak yang panas. Dah tadi ko kate ade kosong ape celop tok? Bile aku tanye nurse dan doctor, jawapan die 'tengah arrange katil ni'. B buat CTG pon tumpang katil orang.

Tapi kan, aku x boleh la dok situ lame2...mase mula2 masuk waiting room kat 3rd class ward tu ade baby x pakai baju. Separuh badan terdedah sebab bedung longgar kot. At first aku ingat ke patung (serius ok, aku ingat ke patung) pastu aku tengok amoi pakai seluar ketat tengah ternganga tidur. Nurse cakap, 'mak budak ni' aku tanye kenape tak pakaikan budak ni baju. Bile beranak nih? nurse tu cakap "semalam baru beranak. Mak die yg tak pakaikan baju" ok, pengsan!!! Amoi tu pakai seluar ketat ok, padahal semalam baru beranak. Ok, pengsan lagi!!! Then masuk sorang lagi baby tengah nangis. Uweeeek uweeeekk! Pakai 'spek' maknenye budak tu ade kuning sebab kene jemur kan. Then nurse tu biar je baby nanges2. Last2 the poor baby tu benti nanges sendiri sebab dh penat kot. Nak je aku peluk baby tu tenangkan jap. Tapi takut la plak kalo ade pape nanti kan. Terus aku peluk dieya kuat2. Kiss dieya banyak2. Tak sanggup ibu nak buat macam tu sayang....

16:34 :: bukaan still 2cm. Then kitorng decide balik dulu. Umi dan abah B dah on the way. So tenang la sikit hati nak tinggalkan dorang kan. Kalo ade pape at least umi ngan abah ade. Kuat la sikit dorang kan. Time ni B still tak dapat katil. Duduk je la kat bilik menunggu tu

17:50 :: boboy message cakap dapat bilik 1st class. Alhamdulillah...lega sangat2

23:21 :: received message dari boboy. B dah on the way ke labor room.
Yang ni lagi horror dan menyakitkan hati. Nurse kat wad check, baru 3cm. Check lagi, 3cm lagi. Check lagi, 3cm lagi. Last2 dorang decided bawak je B turun g labor room. Bile nurse kat bawah buat VE, rupa2nya dah 9cm dah!!! Gile ke ape 3 cm ngan 9cm xleh beza. Jauh tu beza.haih....

03:56 :: received message from boboy. Alhamdulillah dah bergelar papa pada jam 0255. Berat baby naufal 2.6kg. Tapi baby naufal kene monitor sebab kekurangam oksigen. Memang la kan. 1 hari B tahan sakit dalam kedudukan duduk tak diberi tempat yang selesa. Tambahan lagi nurse kat ward xreti beza 3cm ngan 9cm. Anyway, Congrats buddy!! Dah ade anak dah ko kan. Macam tak percaye adik aku dah ade anak dah.




Naufal Zaiyani bin Zulheiry Fahmie

Last month pon aku dapat sorang laki anak sedara lelaki belah pijo. Yang lewat seminggu. Heheheheh. Tak kesah la kan. Janji selamat semuanya...

Ahmad Naqiuddin bin Ahmad Nasrul Hafiz

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, April 7, 2012

Happy birthday abang...

Happy 27th birthday abang...
Percaye la, sayang cintakan abang dunia akhirat...
















- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 29, 2012

Lagu by bedroom sanctuary

Hariku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku
Fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku
Berikanku hanya satu hanya satu lagu
Hariku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku
Fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Divaku
Alangkan indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku
Berikanku hanya satu hanya satu lagu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku
Berikanlah hanya satu hanya satu lagu


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 27, 2012

Two & seven

Haih....entry untuk dieya asyek tertanggoh je.dah sebulan dh kot. Gigih ni nak siapkan ni. Tapi semakin gigih aku nak siapkan semakin takde idea. Hipothesis yang langsung xder kaitan. Heheheh

21 march 1985, ami berjaya keluarkan aku dengan smoothnye (ok, aku reka je) pada pukul 1.10pagi. Mase tu kalo tak silap aku pa blom balik lg dr tengok bola Negeri Sembilan lawan Terengganu. Giler tak aku masih ingat ape yang berlaku mase aku umur tak sampai 24 jam. Ok, tak faham ngan lawak aku ey? Lantak la. Hahajajaja

Sejak aku blajar kat Dungun, everytime 21 March kol 1.10 pagi aku akan sembahyang hajat dan sujud syukor sebagai tanda berterima kasih aku kepada Pencipta sebab bagi aku peluang untuk terus hidup. Tapi, tahun ni aku terrrrrrmiss. Biasela dah ade suami ni kan.... Eh? Ok, tak payah faham. Lalalalalalal~~~~

Tapi, yang bestnye, member2 opis buat so called pot luck on that day which is dengan perasannye aku declare my birthday party. Hehehehe




Alamak! Senget. Nanti2 la betolkan. Hehehehe. Carrot Cake ni homemade by kak yan. Mekaseh kak yan. Cake ni memang superb gile. Kak yan pon ade belikan nasi lemak sorang satu. Untuk besday-yang-tak-berapa-nak-girl ni dapat nasi kerabu. Oh, jatuh chenta!!!!




Fruit tart by dilla. Mekaseh jugak dilla! Gile jeles aku ngan kaum yang pandai dok kat dapur ni. Aku dok kat dapor pon kurang gemar, canne la nk pandai masak bagai kan...




Buah sponsored by naja ngan kak mai. Siap ade buah kundang ok! Mekaseh korang!




Sila abaikan muka aku yang senget itu ye. Mekaseh korang! Korang memang rock!!!!!!

Tapi kan...last2 tu aku sedeh... Dapat message dari ayahdieya cakap balik lambat. Pasrah je aku. tapi mmg lambat pon. Almost kol12 tngah malam kot. Pastu aku merajuk. Umur dh masuk 27 tahun pon nak merajuk hal2 remeh ni kan. Burok perangai kan? Hihihihihiuh

Tapi esoknye ayahdieya balik awal. Aku lepak dalam bilik ngan dieya. Aku dengar je bunyi2 plastik kat luar. Dah tersenyum sorang2 dah aku time tu. Kontrol2. Jangan spoilkan mood ayahdieya untuk buat surprise ok.hahahahahahah

Tibe2 'happy besday to you, happy besday to you, happy besday to ibu, happy besday to u...'. Walaupun aku dah agak tapi aku still excited.hehehehe




Ayahdieya cakap mmg die dah rancang nak buat macam ni semalam. Tapi sebab comitment keje die xboleh nak buat pape. Abang.....nyesalnye merajuk semalam. Sori sangat2....huhuhuhuhu. Tengkiu otokecho!!! Tiokucuk really love you.....

Nak share sket kajian dato' dr fadzilah kamsah untuk bulan kelahiran Mac :

1) berpesonaliti menarik & menawan : serius?!!

2) mudah didampingi : memang pon. Nak2 yang ensem. Eh?

3) sangat pemalu & pemendam rasa : macam langsung tak kene je

4) sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan & alam persekitaran : tengok gak la subject ape kan. Paling sensitif kalo pasal anak. Oh, sifat keibuan terlalu menebal nih

5) suka pada kedamaian : teramat sangat!

6) sangat peka pada orang lain : ye ke...?

7) sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain : maybe sebab aku suke bercakap kot

8) tidak cepat marah & sangat amanah : oh, saye cepat panas ye dato'

9) tahu membalas & mengenang budi : malu ai tau dato'....

10) pemerhatian & penilaian yang sangat tajam : dah name pon orang economy....

11) kecenderungan untuk berdendam jika tidak terkawal : kadang2 aku akan buat balik ape yang orang tu buat kat aku. Aku amalkan konsep ala2 what u give u get back bebeh...

12) suka berangan2 : 24jam pon aku boleh

13) suka melancong : memang suke pon tapi kewangan selalu sangat tidak mengizinkan

14) sangat manja & suka diberi perhation yang sangat tinggi : INDEED!!!!!!!

15) kelam kabut dalam memilih pasangan : sebab tu form 1 dah sibuk nak berkapel. Tapi Alhamdulillah kekal sampai sekarang

16) suka dengan hiasan rumahtangga : suka suka suka! Tapi tak kreatif pon

17) punya bakat seni dalam bidang muzik : LOL!!!tak boleh blah!

18) jangan terlalu mengikut selera & perasaan : i tengah belajar ke arah tu la sekarang ni dato'....