Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 5, 2013

PRU13

Semangat aku nak balik kampung kali ni. Beriye nih nak ngundi. First time la katakan.... Masuk je kawasan Terengganu aku rase makin excited sebab macam meriah sangat semua parti berkempen. Macam-macam replika ade. Ade replika cincin la, orang dalam penjara la, wau bulan besar yang amat la. Kreatif gak dorang kan.






Aku ade lalu 2 flashmob. Seronok aku tengok dorang berdiri tepi jalan meminta sokongan.  Pijo tekan hon.  Saje suke-suke.  Saje memeriahkan suasana.  Tapi sedih sangat bile ade flashmob kat Ipoh tu yang menglibatkan insiden berdarah. Gile r obses! Please la... Jangan la obses sangat... Bertindak mengikut akal fikiran bukan dengan perasaan yang tidak berhala tuju. Masing-masing dah besar, dah boleh pikir baik buruk. Yang paling sedih aku tengok dalam video tu majoriti orang Melayu! Wei, korang ni memang takde keje laen ke wei? Kenapa nak malukan bangsa Melayu dan agama Islam sendiri. Sedih la korang nih....  Ha, mula la tu cakap aku tak faham erti perjuangan sebenar la ape la,  Kemon... perjuangan boleh je nak diadakan tapi biar kene dengan cara.  Cara yang tidak melibatkan negative energy.  Cara yang tidak membuatkan sesuatu kejadian itu menjadi lebih teruk.

Ha, macam tu jugak sepanjang tempoh berkempen. Macam-macam khabar angin atau maybe aku boleh kategorikan sebagai fitnah untuk sesetengah issue.  Bukan semua tau.  Bagi aku kite takde kat tempat kejadian. Kite tak tahu ape yang sebenarnye berlaku. Kalo betul2 berlaku pon kite tahu tak kenape bende tu berlaku dan apa kesinambungan bende tu berlaku. Sangat resmi dan normal memang hanya bende yang negative je orang pandang dan cepatnyela tersebar. Kalo bende positif tu buat2 tak pandang je wei. Serius! Aku selalu beta ape 'pemerhati tak bertauliah' berhujah tapi majoriti tak menjawab soalan. Tapi lebih kepada terus memburukan ape yang diorang againstkan. Tu la kalo terlalu obses. Ape yang kite dengar dalam radio ke tv ke, ape yang kite baca dalam paper, blog, facebook, tweeter tu seme hanya bahan bacaan untuk dinilai secara matang.  Bukan terus dinilai sebagai fakta. Melain kan ape yang kite lihat sendiri, then straight away we can call it as a fact.  Tu pon fact bagi kite dan mungkin bukan fact bagi orang lain yang mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri.  Baca dan research la banyak sikit sumber.  Sumber A maybe tengok dari perpesktif lain, sumber B dari perpektif lain plak dan maybe sumber C dari perspektif yang lebih relevan.  Tapi yang penting sebelum baca dan reseach tu kene make sure kite ni neutral supaya kite tak jadi bias untuk sebelah pihak je.  Dan, tak perlula burukan parti laen untuk nampakkan betapa bagus dan sucinya parti korang.  Kalo rasa parti korang dah gile baben bagus, just present ape point dan kekuatan korang. Dah, sampai situ aje.  Mengaibkan orang laen yang paling aku tak boleh terime.  Sape kite nak menghukum seseorang itu.  Ye dak?

Kol 815 aku turun dari rumah untuk mengundi, kol 845 aku dah sampai rumah dah. Selesai tanggungjawab aku sebagai Malaysian untuk 5tahun akan datang. Aku faham je sekarang memang issue panas adalah PRU13. Mane-mane je memang subject orang cakap adalah PRU13. Nak-nak arini, dakwat kekal yang tak kekal la, pengundi hantu la. Aku bace je segala newsfeed kat facebook. Memang kene tahu pon issue semasa supaya kite tahu ape yang orang lain diskaskan. Tapi jangan la percaya sangat dan terus melatah, komen segalanya negative. Dakwat kekal yang ramai buktikan tak kekal tu, ape masalah sebenarnya. Kalau tak kekal sekali pon boleh ke nak ngundi 2 kali. Ni kan baru 1st time implementasi dakwat kekal. Adat la tu ade kelemahan sikit sebanyak. Sebab tu adenya istilah try and error. Eh, beb, korang dulu pon beranak bukan terus boleh berlari kot... Kan ade step2 die, mengensot dulu, duduk, merangkak, bertatih, berjalan, baru berlari kan. Bagi la dorang ruang untuk bernafas dan memperbetulkan ape yang kurang.  Ade pulak yang gigih gune segala bagai kimikel untuk buktikan kesalahan dan keburukan orang laen.  Perlu ke segigih itu?  Haih....  Pasal pengundi hantu pon. Memang ade video semua bagai tapi aku tak tengok sendiri dengan bijik mata aku. So, aku tak percaya pon. Sekadar tengok sahaja.  Video 2minit tu tidak adil kalo kite nak judge untuk sepanjang 5 tahun nih.


Baju ni rare. Sebab tu aku beli. Wording pon mainkan peranan jugak. Peranan wording tu lebih kepada ikut trend bukan menggambarkan ape yang aku pangkah. Secara jujurnya aku buka pangkah parti tapi aku pangkah calon. Seminggu sebelum voting aku still tak tahu nak pangkah apa bukan  nak pangkah siapa. Tapi tibe-tibe terdetik kenape aku nak bias pada parti. Tak semestinya parti bagus tapi calon pon bagus. Ada je calon yang er.... ape masalah ko ni kan... so aku decide nak pangkah calon. Aku buat sedikit research untuk calon parlimen dan dun yang bakal aku pangkah. Walaupun aku tak bermastautin kat Terengganu tapi aku perlukan leader yang mampu dan berkaliber untuk membangunkan Terengganu kerana parents aku kat Terengganu. So aku rase bertanggungjawab untuk memilih leader yang aku rasa boleh memberi impak positif kepada parents aku secara langsung dan tak langsung.

Sekarang masih lagi dalam proses pengiraan undi. Kepada calon yang menang percaya la Tuan menang sebab rakyat percaya kepada Tuan. So, bertanggungjawab la kepada rakyat yang telah menaikkan Tuan. Berlaku la adil dan in shaa Allah kepercayaan tu akan terus kekal.

Kepada penyokong plak, bercakap la mengikut akal, bertindak la mengikut iman. Biarla nampak kurang cerdik jangan sampai nampak bodoh pian.

No comments: