Trimester Pertama
Excited. Memang excited. Sebab ibu dan ayah betul-betul ready untuk conceive. Officiallynya ibu stop ambil pil perancang pada 17/10/13. Since awal bulan Januari plan nak pergi holiday ke KK, ibu decide nak buat UPT on 31/12/13. Tapi ibu cepatkan sebab Ibu dapat rasakan yang adik ada dengan ibu. Ibu rasa cepat penat, ibu rasa badan ibu lain dan ibu rasa sakit kat perut bila ibu carry kakak Dieya. Alhamdulillah UPT yang ibu buat on 22/12/13 positive. Kalau ikut lastday period, adik dah 5minggu dah. Breast ibu dah start sensitive sejak 5minggu lagi. Ramai yang tegur muka ibu lesu dan tidak bermaya. Ibu takda loya-loya, sama macam time kakak Dieya dulu. Tapi ibu selalu sangat pening. Pening sampai muntah-muntah. Kesian ayah kene layan ibu dan layan kakak Dieya. Tapi ayah memang seorang yang bertanggungjawab. Adik kena contohi ayah tau.
Trimester Kedua.
Ibu dah rasa adik gerak-gerak seawal 13minggu tau. Tapi doctor Anita cakap tu maybe pergerakan usus je. Tapi bulan ke5, memang ibu rasa adik gerak makin kuat dan makin aktif. Dan adik memang aktif pon. Kadang-kadang Doctor Anita pon 'mengeluh' masa scan adik. Scan untuk 5bulan, doctor cakap adik In shaa Allah boboy. Ibu dan ayah excited sangat. Sepasang kan. Scan 6bulan doctor Anita double confirm, dan makin terjojol keboboyan adik. Hehehehe. 6bulan setengah Ibu dah rasa pergerakan adik dari luar. Ayah pon dah rasa. Excited ayah sebab first time rasa. Masa kakak Dieya dulu, ayah tak pernah rasa sebab kakak Dieya taknak geng dengan ayah. Susu pon dah start keluar masa 6bulan. Ibu kene bersihkan setiap kali mandi. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ibu tahu kilang dan saluran susu ibu ni 'bekerja'. Ada satu malam tu memang banyak sangat susu keluar. Ibu sedar masa susu tu dah kering pon kat tangan. Barang dah start beli sikit-sikit. Kakak Dieya sporting betul kalau beli barang adik. Tak jeles pun even tak belikan untuk kakak Dieya sekali. Kakak Dieya suka kiss perut ibu. Kakak DIeya cakap, Dieya kiss adik. Mintak-mintak nanti Kakak Dieya tolong ibu dan ayah jaga adik kan. Total berat ibu naik setakat trimester kedua ni 8kg dah.
Trimester Ketiga
ramai tak sangka ibu dah 7bulan sebab perut ibu kecil sikit. Tapi yang penting berat adik sihat, in shaa Allah. Ibu dah start rasa brixton hicks. Kesian ayah, ibu selalu kejutkan malam-malam mintak gosok-gosok perut ibu. Adik pon macam kakak Dieya dulu. Ayah gosok je in shaa Allah akan hilang rasa sakit tu. Doctor dapat detect ukur lilit kepala adik kecil sikit dan development progress tak macam anggota yang lain. Tapi doctor cakap tak perlu risau sangat sebab maybe kepala adik jenis kecil sikit. Doctor sarankan ibu minum susu maternal dan makan iron. Maybe adik tak cukup iron walaupun ibu tak pernah miss makan obimin, dan mungkin jugak cara pengambilan obimin tu salah. Doctor cakap semua jenis iron tablet kene ambil masa perut kosong, samada 1 jam sebelum makan tau pon 2jam selepas makan. Dan bersulamkan dengan vitamin C. Vitamin C yang paling senang adalah twister orange. Start dari itu, ibu dah bekalkan adik obimin plus dan obical sama macam kakak Dieya dulu. Tambah dengan iron tablet yang doctor bagi. Semoga adik sihat walfiat. Ibu dan ayah decided nak buat 4d scan. Alhamdulillah sangat development adik positif dan selari. Mungkin aritu angle doctor scan tak betul kot. Wallahualam... Injap jantung adik bekerja dengan baik, jantung pun pam dengan baik. Blood flow, sel darah merah, sel darah putih pon baik. Pundi kencing pon berfungsi dengan baik. Siap dah ada air kencing tu dalam pundi kencing adik. Alhamdulillah semua pon berfungsi dengan baik. Minggu ke 38 ibu dah start dapat mc dari doctor sampai la bersalin. Serius ibu, ayah dan kakak betul-betul tak sabar nak jumpa adik. Nanti ibu sambung entry untuk detik-detik kelahiran adik ok...
No comments:
Post a Comment