Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 10, 2014

Amanah



Ape yang nak sentap sangat dengan status aku ni?  Siyes aku tak faham... Puas aku pikir sepanjang perjalanan nak gi office pagini sampai aku lambat sampai office arini.  (Kukuh tak alasan aku? Heheheheh).  Cube baca dulu link yang aku shared tu, then baru bace status tu, then baru la boleh relate.  Ni tak, cepat sangat nak judge.  Status tu terlalu general.  Takde tuju kat sape-sape pon.  Maybe care aku nak interpret rasa rimas aku orang tanye bile nak tambah anak terlalu outspoken.  Dah aku belum ready, tengok aku dh ready ni, ha kan dah mengandung Alhamdulillah.  Orang nampak luaran kite je which is secara logiknya takkan la kite nak cerite ke nak tunjuk ke bende-bende yang buruk pasal kite kan.... 

Aku takde pon cakap kalau beranak ramai-ramai, rapat-rapat anak tu jadi tak kualiti.  Salah tu!  Setiap anak tu berbeza dan ada kualiti tersendiri.  Kite yang bentuk kan anak dengan izinNya.  Kuasa Allah semuanya.  Aku cakap kat sini aku tunjukkan kekurangan aku yang takut tak mampu nak jaga amanah kalau aku beranak rapat.  Jaga amanah kat sini very subjective tau.     Bagi didikan yang sempurna pon jaga amanah, sediakan makan pakai yang cukup pon jaga amanah, tak marah-marah tanpa sebab pon jaga amanah.  Cuba tengok dari perpektif yang berbeza sikit boleh tak....

Kalo rase beranak rapat-rapat ko boleh handle so alhamdulillah la....  Handle dari segi fizikal dan mental ey maksud aku.  So hipotesis yang aku buat tu tak ngam la dengan bahan uji kaji.  So eksperimen aku tu fail la. So xperlu la nak sentap.  Aku tak mampu, terus terang aku cakap.  Aku kurang sabar.  Aku taknak marah-marah Dieya dan Pijo tanpa sebab.  Sekarang ni pon aku selalu marah-marah dorang sebab aku penat.  Pastu mula la menyesal, mintak maaf dengan Pijo janji taknak buat lagi, tapi 2 3 hari marah lagi.     

Jangan la sensitif sangat....  Biasenye yang sensitif ni negative thinker.  Aku cakap biasenye ye bukan semuanya.  Orang lain manjang salah ko sorang jela betul.  Nape ko rase ko betul?  Sebab takde orang nak tegur ko.  Nape takde orang nak tegur ko?  Sebab kalo orang tegur ko, ko akan sentap, orang tu akan kene balik.  So hidup ko manjang nak orang puji.  Ikhlas ke orang puji tu?  Mungkin sebilangan ade yang tak ikhlas, semata-mata nak jaga hati ko yang senang sentap.  Ha nampak tak permainan kat situ?  Pujian tu laro, boleh melalaikan...  Bahaya....  Iman kene kuat.  Iman aku tak kuat, aku mengaku tu.

Tapi, pape pon aku mintak maaf kepada siapa yang terasa.  Status tu sangat general dan memang tunjuk kelemahan aku yang banyak kekurangan ni.  Aku percaya semua parents nak yang terbaik untuk anak- anak dan takde sorang pon mengabaikan anak dengan sengaja.

No comments: