Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 17, 2014

Halfway dah...

Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 5bulan.  Maknanya jika diizinkan lagi 5bulan aku akan menyumbang kepada peningkatan statistik umat Islam kat Malaysia.

Pregnant kali ni tak sama dengan masa Dieya dulu.  Masa Dieya dulu aku gagah perkasa.  Pernah muntah sekali je. Tu pon sebab perut dah penuh buka puasa hari terakhir kat Terengganu, lepas tu terus balik Dungun. Sampai Dungun, tak sempat salam, tak sempat toleh kiri kanan pon terus aku gi toilet dan buang segala benda aku makan tadi.  Dah esoknya raya aku tak berani nak makan apa-apa dah.  Faham tak sejenis kerugian di situ?  Duhhhhhh.  Tapi mengandungkan si adik ni aku teramat selalu pening.  Pening yang extreme sampai muntah.  Doctor cakap darah aku tinggi.  Masa tu aku macam, serius?! Seawal first trimester?  Masa Dieya dulu memang aku ada darah tinggi tapi dah hujung-hujung.  Sebab tu jugak la aku selalu pening-pening.  Kesian Pijo, selalu sangat aku bedrest dalam bilik, tapi dia handle Dieya sorang-sorang.  Pernah jugak urine aku kotor, ade protein +2.  Terkedu aku masa tu.  Dah la aku gi klinik dengan Dieya je.  Nak call Pijo, bateri aku dah habis masa tu.  Sedih tau... punca aku gi klinik sebab perut aku selalu sangat keras dan sakit.  Nak kata brixton hicks mcm terlalu awal.  Rupanya doctor cakap urine aku kotor.  Buah pinggang kan sebelah rahim.  So senang la terjangkit.  So aku minum air masak bergelen-gelen wei.  Sampai aku tak larat nak gi toilet.  Tapi alhamdulillah check up 5bulan semuanya kembali normal. Darah aku normal, urine aku normal.  Syukur alhamdulillah.  Doctor O&G aku doctor Anitarita cakap maybe urine yang aku ambil tu urine yang awal.  Seeloknya urine yang sepatutnya tengah-tengah ke hujung. Darah aku pon cantik je bacaannya.  Alhamdulillah syukur sangat.  Doctor cakap maybe sebab aku terlalu penat.

Sepanjang check up kat KPMC Kajang ni ade a few things jugak yang aku baru tahu.  Contohnya, nak minum nescaffe sekali sehari tu tak de hal pon.  Sebab bukan lepas tu kita tak minum air lain nak flush out pon kan.  Pastu obimin kan ade iron.  Kalau pening-pening takyah amek obimin dulu sebab iron tu boleh peningkan kita.  Lagi masa makan obimin kena sama.  Kalo semalam makan malam, hari ni pon kena makan malam jugak.  Sebab kandungan dalam obimin tu tahan untuk 24jam.

Setakat 5bulan ni berat aku dah 5kg naik.  Berat aku naik dengan cemerlangnya.  Tapi pelan-pelan akan turun balik.  Pastu naik balik, tapi turun balik.  Pah ceroh tang malang r gitu.  Masa Dieya dulu pun aku naik 13kg je.  Aku tak lalu makan sangat.  Makan je mesti tak habis.  Kalo habis pon makanan tu memang sikit je.  Kalau nak tengok aku makan banyak sila la bawak aku gi mamak. In shaa Allah abis sepinggan mee goreng mamak takde sayur, takde tauhu.  Tapi masa balik kampung memang aku pulun makan sampai penuh betul-betul penuh.  Sampai mengah gile.  Boleh plak makan banyak kalo kat kampung.  Susu dah mula keluar kalo picit-picit.  Excited betul aku.  Hahahah.  Kena make sure selalu bersihkan daki-daki kat situ dah.  Aku berharap rezeki susu adik dimurahkan.  Aku nak sangat menyusu sampai 2tahun seperti yang disarankan oleh agama kan.  Masa Dieya dulu, aku sempat menyusu setahun je.  Sebab aku amek pil perancang Jasmine.  Pil tu kacau hormon susu aku.  Maybe dengan orang lain dia ok je tapi dengan aku hormon susu yang terencat.  Ralat gak la sebenarnya.  Kali ni aku ada discuss dengan Pijo taknak amek apa-apa sepanjang 2tahun tu.  Pandai-pandai la nak hidup kan.  Heheheheh

Tapi yang paling best masa check up 5bulan adalah




Alhamdulillah, in shaa Allah sepasang.  Doctor advise jangan beli pape dulu.  Next month kena double confirm balik.  Aku dengan Pijo memang tak kesah lelaki ke perempuan asalkan sihat walafiat.  Tapi kalo diberi kesempatan buat pilihan, kami pilih lelaki.  Supaya adik boleh protect Dieya dan adik-adik yang lain kan.  Supaya kalau jadi pape kat aku dan Pijo, adik boleh jadi wali.  Haaaaaa, kedepan tak aku nih?  Aktif yang amat si adik.  Memang seawal  check up sebulan memang nampak adik bergerak dengan jayanya.   Sebenarnya aku dapat rasa pergerakan dalam perut aku seawal 13minggu tapi doctor cakap tu mungkin pergerakan usus aku je.  Tapi sebelum ni takda plak aku rasa.  Tapi aku percaya jela, dah nama pun doctor kan.  Mesti la lagi tahu kan.  Ni sekarang memang dapat rasa pergerakan adik yang sangat aktif.  Dah la aku jadi selalu nak terkencing je.  Masa check up doctor macam nak kena amek masa yang agak lama nak scan sebab memang bergerak tanpa henti.  Masa buat 4d scan pon, baru nak snap dah gerak lagi.  Alhamdulillah adik aktif macam kakak Dieya.

Apa yang aku harapkan aku diberi nikmat untuk beranak secara normal.  Sebab aku plan nak pantang sendiri.  Taknak susahkn ami dan pa since dorang pon tak berapa sihat sangat kan.  Lagipun aku nak rasa normal sebab Dieya aku beranak secara czer. Aku nak rasa dua-dua kalau diberi kesempatan.  Sebab ada kawan aku selalu yang amat merendah-rendahkan orang yang terpaksa bersalin secara czer ni.  Maybe die lupa yang even beranak secara czer tapi rahim tetap digunakan, cuma sakit yang ditanggung berbeza.  Ada pro and cons la kan secara normal dan czer.  Kalo diberi kesempatan normal, sekurang-kurangnya aku boleh menilai sendiri bukan dari bacaan atau pon cerite pengalaman orang lain.  Maknenya sendiri experience sendiri nilai.  Doctor cakap uri aku kat atas.  Uri ni memang melekat kat dinding rahim kot aritu dia cakap.  Kalau kat atas, memang kat atas.  Sekurang-kurangnya aku ada harapan nak normal kan. Doakan aku ye...  terima kasih sangat....  

No comments: