Semalam ada potential tenant datang tengok rumah Equine. Ntah nape la aku boleh macam nervous dah. Lawak-lawak...
Dorang ni nak kahwin bulan 6. Kitorang plak in shaa Allah nak move out bulan 6. Macam ngam-ngam gitu. Yang si lelaki tu officemate member Pijo sebenarnye. Dia datang bawak bakal isteri dia sekali. Kitorang baru first time jumpa tapi boleh gelak-gelak sakan plak. Maybe minah ni style die macam aku sikit. Banyak cakap, friendly gitu. Yang lawaknya kitorang boleh lepak dalam masterbedroom, dia korek rahsia rumahtangga kitorang. Gila maharajalawak mega kan. Dorang baru kenal akhir tahun lepas. So minah ni macam takut-takut manja gitu nak kahwin. Aku share jela apa yang boleh share. Siap tanya macam mana aku uruskan kewangan keluarga. Ko memang lawak wei walaupun aku tak tahu nama ko siapa. Heheheh. Si lelaki ni cool je sebijik macam Pijo. Ala-ala good good gitu.
Masa nak discuss pasal deposit tu pon lawak. Mula-mula aku dengan Pijo discuss nak ikut normal practise, 2+1 deposit campur sekali dengan sewa bulan pertama. Tapi, tiba-tiba macam kesian sebab macam banyak sangat dorang nak kena keluarkan duit. So setuju kurangkan deposit sebulan. Bukan underestimate dorang tapi aku dengan Pijo dah lalui benda yang sama time nak kahwin dulu. Betapa ikat perutnya kitorang sebab banyak nak pakai duit masa kahwin, banyak nak pakai duit masa nak mula hidup bersama. Kitorang bukan orang senang, semua belanja kahwin memang pakai duit sendiri. Masa awal-awal dulu selalu aku tukar coin kat kedai runcit. Kononnye terlalu banyak coin padahal takda duit nak makan pon. Memang hidup kitorang mula dari kosong. Tapi alhamdulillah sekarang dah ok.
Petang tadi Pijo cakap dorang setuju nak sewa rumah kitorang. Alhamdulillah rezeki. Aku dengan Pijo setuju pon turunkan lagi sewa bulanan. Walaupun tahu je dorang nak sewa dalam 4-5 bulan je, tapi takpela. Anggap je kitorang tolong dorang dalam proses nak bina hidup baru, alam rumahtangga, dan dorang tolong jaga rumah kitorang walaupun dalam tempoh singkat. Kitorang percaya, mudahkan urusan orang lain, in shaa Allah urusan kita pon dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment