Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 19, 2015

Aktiviti Di Hujung Minggu

Aku memang dah lama bercita-cita nak berjunior masterchef dengan Dieya.  Macam nak buat weekly masak-masak aktiviti gitu kan.  Tapi malasnye la haih nak start kan.  Eh bukan malas.  Tapi malas la jugak kot...

Last-last aku kuatkan semangat agar lebih jitu dan padu.  Maka berjadilah aktiviti membuat jelly dengan Dieya.  Haah, jelly semata.  Ngehngehngeh


 Siap berapron bagai Dieya.  Tapi apron cover dada je.


Ni first time sebenarnya aku bagi Dieya bermain dengan dapur dan api gini.  Tu kejap-kejap "Ibu, too hot.  I can not tahan".  Gelenyar mung




 Hambek!  Memang pantang dioffer kan.  Dieya impress sangat dengan jelly ni.  
Tadi macam water, now dah tak water dah.  Now dia tu adalah keluar dari fridge.  Canne aku nak explain.  Tak kan aku nak explain, molekul, atom, zarah bagai.
Aku pon cakap la sebab air bile dah sejuk akan jadi keras ataupun jadi beku macam ais tu.
Pastu Dieya reply, "ooooo patutla kita kena pakai jacket masa main snow nanti ey ibu.  sebab nanti kita keras".
"Bukan keras, nanti kita beku"
"Tapi tadi Ibu cakap keras tu beku"
Hoh, anak... tolong jangan macam-macam sangat susah ibu nak explain.  Tapi aku iakan aja.  Lalalalal~~~  



Ni words search yang dah lama sebenarnya aku buat tapi baru berkesempatan nak main.  Tapi yang ni Dieya macam tak berminat sangat la.  Dieya lagi excited nak main dengan highlighter tu.  Habes kuku Dieya warnakan.  Nak kena aku buat sama-sama.


  


Ni aktiviti untuk Aidan.  Masukkan objek tersebut ke dalam kotak.  Tapi bukan masukkan dah ni, ni campakkan ke dalam kotak ni namanya.  Dan macam biasa, time-time gini pon Dieya nak sibuk sekali.  Aku layankan aje.  Bonding time dorang adik-beradik pon kan.

No comments: