Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 14, 2015

Susu Basi!!! EMO!!!!!!!!

Semalam aku emo.  Sangat emo.  Aku rasa kalo letak aku sebelah singa tengah lapar pon aku rasa singa tu lagi tabik spring kat aku.  Ok, macam takde kaitan.  Abaikan aje...

Aidan demam dan batuk-batuk macam batuk kering yang bunyi kong-kong-kong tu.  Sedih sangat bila dengar Aidan batuk.  Rasa kering sangat tekak dia.  Plannya memang aku nak halfday nak bawak Aidan g jumpa paed.  Sebab kat department aku ada sambutan hari raya pagi tu.  Aku plan macam nak melantak dulu.  Beb, 20hinggit kot bayar.  Muhahahhaha.  Eh eh aku ikhlas tau 20hinggit tu.  Jangan ko nak viralkan pulak.  Ferahsang~~~

Akan tetapi!!!! Ha.... emo bermula dari sini.  Sila get ready dengan keemoan aku ni...

Aku dah hantar Dieya.  Bila nak hantar Aidan sekali baru perasan EBM tertinggal kat rumah!!!!  GILER!!!!!!  Semenyih sekarang even dalam 30minit dah boleh sampai but still la kan.  30minit g, 30minit balik.  Called Pijo, marah-marah Pijo seposen, eh ke seringgit aku marah Pijo semalam?  Ngeeeeeeee~~~  Kebiasaanya Pijo yang bawak masuk semua benda dalam kereta.  Tugas aku letak semua benda tersebut depan pintu.  Tapi tak tahu la kemana semalam aku tak letak coolman kat depan pintu.  Padahal aku denagn Pijo ada je kat dapur sebelum keluar rumah semalam.  Tapi dua-dua tak perasaan kewujudan coolman masih lagi di situ.  Dah, ko takyah gi school arini Aidan, kite terus g KPJ.  Sekali enset plak takder bateri.  Tidak la menjadi satu masalah besar sebenarnya tapi aku mana tahu jalan nak gi KPJ wei!!  Aku memerlukan  kemajuan teknologi terkini untuk membawa aku ke tempat yang betul tanpa sesat.  Dah 1 kerja aku patah balik ke Semenyih.  Aidan pulak time tu dah merengek nak tido.  Now, korang imagine, aku sambil drive sambil tepuk Aidan kat belakang.  Pergh!!! Memang seorang ibu yang multitasking sungguh la haih...

Amek powerbank, baju Aidan dengan diaper terus gerak gi KPJ.  Aidan tak mandi pon sebab aku taknak kejutkan dia.  Dah elok-elok tidur dalam carseat tu, aku malas nak spoilkan mood aku lagi dah.  Sampai KPJ, tunggu GL jap. Walaupun aku dah called PM Care mase otw nak g kerja tadi, aku tak faham kenapa dia tak email terus ke KPJ macam yang aku mintak.  Haih...  memang it was not my day semalam...

Tapi semuanya hilang lepas Dr Asmunni cakap paru-paru Aidan clear, tekak clear, pernafasan clear.  Batuk kong-kong-kong tu Dr Asmunni cakap batuk yang sebelum batuk berkahak.  Dia explain ayat yang senonoh la sikit kan tapi isi penting dia macam tu la kan.  Aidan memberi kerjasama yang terbaik masa Dr Asmunni check semalam.  Langsung tak nanges.  Nurse angkat nak timbang pon tak nanges.  Dr Asmunni check tekak letak batang ape ntah tu, semuanya Aidan pass tanpa nanges.  Benda biasa je kan.  Tapi knowing Aidan tu macam susah sikit dengan stranger kan.  Masa tunggu turn nak masuk bilik doctor aku dah tak tahan sangat nak gi toilet.  Aku pass Aidan kat registration counter tu terus gi toilet tak pusing-pusing dah.  Tengok-tengok lepas tu elok je lentok kat bahu kakak.  Hamboi Aidan...  Pandai ko behave kat kakak cantik kan....

Malam dah nak tidur baru aku bukak coolman nak basuh storage bottle tadi.  The moment aku bukak, aku nanges.  Beriye nanges.  Aku kecik hati masa tu.  Faham tak aku bersusah payah pump setiap hari nak bagi yang terbaik untuk Aidan, tapi hari ni aku bazirkan 16oz macam tu je.  Aku keep berdoa agar Allah tak tarik balik nikmat yang aku dapat masa tu.  Nikmat dapat susukan Aidan.  Dan hari ni aku masih lagi berdoa...


Now aku rasa korang faham kenapa aku emo kan.  Banyak wei... 16oz....huhuhuhu.  Memang menjadi pengajaran kat aku...

No comments: