Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 12, 2014

Kota Kinabalu Trip - Day 3

Sepatutnya hari la aku nak bersunbathing bagai.  Tapi takpa.  Next time ada rezeki boleh datang lagi.  Pujuk hati la ko sampai sudah kan....


Breakfast dulu pape hal pon.  Tapi breakfast dorang ni dah ada nasi goreng-goreng.  Aku mintak nasi goreng ayam.  Nasi goreng ayam yang biasa aku makan ada seketul ayam la kan.  Tapi ayam dorang dah potong kecik-kecik goreng sekali dengan nasi.  Erk.....  tu dah macam nasi goreng cina dah kan.  Lantak la kan, janji perut aku kenyang.  Kat sini aku tertinggal balm favourite aku, balm akar.  Memang aku bawak gi mana-mana je sebab aku kan migrain kan.  Bila aku datang balik balm tu dah takde dah.  Sedih aku.  Kalau sapa-sapa jumpa roger aku ey.  Yang kat rumah tinggal sikit je lagi.  Balm ni Ayong yang belikan, sekarang dak takde stock dah sebab kastam tahan.  Ni produk dari Indon kalo tak silap.  Huhuhu.  Awal-awal cerita dah sedih dah kan.  Apa kena la dengan aku ni emo semacam je lately.

Lepas tu menapak ke Sunday Market.  Crowded.  Berpeluh-peluh aku.  Tapi best gak la.  At least aku dapat tengok la budaya kat tempat orang kan.  Apa keunikan barang-barang tradisional dorang, makanan ke kan.  Tapi kitorang cari kuih cincin dengan amplang je kat sini.  Kuih cincin aku beli brand cahaya apa ntah nama dia.  Kawan aku cakap brand ni sedap.  Haaaaaaaa, pandai tak aku.  Tempat orang pon boleh bawak diri.  Ok takde kaitan. Aku tahu.  Hehehehehe




Tak tahu nak belikan apa kat Dieya.  Mainan ada je tapi macam kat Semenanjung pon boleh dapat.  Macam yang orang jual kat pasar malam tu kan.  Ni je la kot yang takde kat Semenanjung.  Ke ada sebenarnya? Tapi monyet ni ada tulis 'Sabah'.  Boleh la boleh la...  Dari takde kan.

Dalam Sunday market tu celah mana ntah tiba-tiba macam ada kawasan yang tak crowded.  Kecik je kawasan tu.  Kat situ ada 1 kedai je jual yang kering-kering ni.  Ikan kering, udang kering.  Murah gila kat kedai ni compare dengan kedai-kedai yang kat luar sana.  Compare dengan kedai kat pasar besar pon, sini lagi murah.  Kat pasar Filipin pon, sini lagi murah.  Ke aku tak jumpe kedai murah kat Pasar Filipin tu? Ntah. Nasib Pijo rajin nak tanya-tanya harga sebelum ni.  Ni jumpa yang murah terus borong untuk mak dengan ami dengan sapa-sapa yang kirim.  Tapi aku dah tak ingat dah harga.  Muhahahaha


Anakanda tengah roger bonda kot-kot nak tambah order.




Motif ko nak posing mulut senget macam tu kan.  Budak ni memang tau.  Geram aku!  




Makin besar makin banyak plak akal nak posing.  Tapi takpe, memang ibu dan ayah suka Dieya cergas dan cerdas macam ni.  Walaupun kadang-kadang penat nak layan, tapi kamu memang penglipur lara ayah dan ibu.  Ha, entry lepas aku ada cakap kan signature posing Dieya kat KK adalah jumping.  Bukti untuk yang keberapa kali ntah.




Yang aku ni plak macam tu jela gaya posingnye.  Gila oldskool zaman tok kaduk.  Kan aku posing ala-ala Kim Kadarshian kan ada plak terpana dan terkesima dengan kebolehan aku.  Payah-payah....  Time ni nak cari lunch sebenarnya.  Teringin sangat nak makan nasi ayam tapi tak berani nak cakap Pijo.  Bukan takut Pijo marah, tapi takut Pijo rasa serba salah tak dapat cari nasi ayam.  Kata bini kesayangan tengah mengandung kan.  Ye dak?  Pijo bawak gi foodcourt Centre point.  Tiba-tiba tanpa disangka-sangka Pijo pilih meja yang dekat dengan kedai nasi ayam.  Ko faham tak perasaan aku masa tu?  Memang terloncat-loncat, terpekik-pekik aku kat situ.  Ok, takyah bayang sebab aku tak buat pon macam tu sebenarnya. Buruk beno kalau aku buat macam tu kan.  Nak balik tu sekian hal pulak kitorang tak boleh keluar sebab hujan selebat-lebatnya.  Dah reda sikit jalan sikit masuk mall lain nak berteduh.  Pastu reda sikit sambung jalan lagi.


Sebab dah tak pergi island hopping kan, masa banyak rehat kat hotel.  Takpe-takpe, quality time dengan family tu penting.  Tak kisah la ada aktiviti ke tak kan.  Ayat sedapkan hati lagi, ye aku tahu.  Petang tu sekali lagi cubaan bersunset dijalankan.  Keluar awal sikit boleh la jalan-jalan kan.  Pasar besar tu macam standart pasar biasa je.  Tapi kalo pasar Filipin tu macam best sikit la.  Ada jual banyak kraftangan. Kitorang kurang sikit kalo beli barang-barang yang boleh semakkan rumah ni.  Rumah kecik wei, memang tak sesuai pon.  Kalo semakkan almari baju, aku suka.  Ada sebuah kedai kat pasar Filipin tu kan, kedai dia kan bahagian tepi, penuh dinding dia gantung tshirt.  Kalau ko nak, ko just cakap design nombor berapa dan saiz apa.  Murah giler wei.  Tshirt warna putih harga RM8 kalau tak silap aku.  Kalau yang berwarna dalam RM14 sehelai.  Design dia pon ada yang takda kat tempat lain.












Glemer betul ikan-ikan kat nih.  Rata-rata aku tengok ramai amek gambar kat sini.  Dah macam port wajib amek gambar dah.  Aku pon teruja tengok ikan-ikan nih.  Teruja apa aku pon tak tahu.  Hehehehe. Kitorang punya aim masa ni sebenarnya nak tengok sunset since semalam tak dapat tengok kan.  Pijo cakap macam takde sunset jugak sebab dah hujan renyai-renyai dah.  Tapi nak sedapkan hati pergi la jugak.






Ni jeti ape ntah nama dia.  Tapi jeti ni digunakan oleh orang tempatan yang guna laluan air.  For free je tau. Tapi kalau kita orang luar ni nak guna nak gi Kampung Atas Air ke kan kena la bayar sikit kot.


Bawak bekal kuih cincin dengan limau ni kononnya nak makan masa tengok sunset nanti.  Nak tengok sunset tapi nak makan jugak.


Haaaaa......  Ni memang aku memang macam ni la.  Duduk situ bukan buat apa pon kan.  So, ayuhlah kita menjalinkan ukhwah sesama Islam.  Sarha ni Islam.  Aku dah tanya tapi kaum apa aku tak tahu.  Macam-macam aku tanya soalan pasal budaya kat sana.  Dia cakap kaum dia memang semua Islam, tapi aku tak pernah dengar kaum dia ni.  Dia tunggu bot dari pukul 3petang, masa ni dah kol 5 petang kot.  Sarha cakap bot satu-satunya laluan dia nak balik rumah.  Rumah dia di sebalik pulau depan jeti ni.  Gila la gigih kan nak cari rezeki.  Dia ada hati juga nak jejak Semenanjung tapi dia tahu macam susah nak capai sebab dia orang susah.  Pastu macam takut nak ke Semamnjung.  Sedih plak aku dengar cerita dia.








Dieya nak bagi Sarha limau.  Tapi malu-malu nak bagi.  Last-last suruh ayah teman.  Tu ayah teman sampai kat situ je.  Pelan-pelan Dieya melangkah kat Sarha.  Bangga betul dengan Dieya masa ni.  Niat tu ada walaupun tak berapa confident.  Takpe sayang, pelan-pelan kayuh k.  Tapi hidup ni memang kena confident tau supaya kita tidak ditindas.  Tapi ingat, confident yang berisi tau, bukan confident yang main taram je tau.






Dapat la juga Sarha 2biji limau dari Dieya.  Aku doakan Sarha dapat capai semua impian dia.  Dan aku berharap Sarha selalu ingat ada budak permpuan pernah bagi dia limau kat jeti ni.  Supaya Sarha tahu, orang Semenanjung baik-baik.  Ye dak?  Kita 1Malaysi what....  Heheheh






Balik kat bulatan ikan Merlin balik since bayang-bayang sunset pon takde.  Pasrah jela kan.  Cuba tengok gambar aku dengan Dieya yang atas tu.  Konon-konon monyet peluk dia la tu.  Macam-macam...












Dah Dieya dah tak takut dah masa ni.  Sebelum tu teragak-agak gak nak ambil gambar dengan ikan batu. Motif takut tidakla aku ketahui.  Aku cuba buat nampak Dieya macam racing dengan ikan.  Jadi kan? jadi kan?  Kesian Dieya mangsa gedik aku.  Kalau aku yang buat memang esoknya masuk dalam Malaysia Kini la wei, 'Seorang jelitawan meroyan di bulatan ikan merlin'.  Parah....  




Malam tu try seafood kat Bulatan Ikan Merlin ni plak.  Pergh udang galah tu kan.  Dalam RM200 gak sekor tu.  Erk, takpela, tak mengidam pon.  Lagipon semalam dah makan udang galah.  Tapi yang murah punya la. Ok la kan sekadar merasa kan.  Kat sini kita boleh pilih nak masak macam mana seafood tu.  Tapi macam tak kena sangat dengan selera aku la masakan dia.  Mungkin sebab perbezaan GMT kot kan.  Ok, tak logik.  Tapi aku lagi prefer kat Pasar Filipin lagi.  Walaupun 1 jenis masakan je, walaupun crowded tapi memang best gile.  Owh, kat sini macam mahal sikit dari Pasar Filipin.


Malam tu kitorang pergi Pasar Malam Sinsuran lagi sekali.  Aim kitorang kali ni nak cari non-woven bag. Haah wei, beranak jugak akhirnya beg kitorang.  Padahal baju memang sengaja tak bawak banyak tu.  Aku belilah gelang mutiara-la-sangat untuk Dieya.  Tapi aku lupa anak aku ni rambut je panjang macam gegirl, tapi keganasan agak ketara.  Dan naik hotel je terus putus.  Huhuhuhuh.


Beranak jugak akhirnya luggage kitorang.  Padahal baju Pijo dengan aku memang tak banyak pon bawak.  Baju dengan diaper Dieya memang aku bawak ngam-ngam je.  Takde spare langsung.  Beg warna oren tu ala-ala travel bag Dieya.  Kalau gi mana-mana memang kitroang bawa beg tu sebab berisi botol susu Dieya, air mineral dengan diaper Dieya.  Most of the time memang aku yang kena galas sebab tak tahu la kenapa Dieya taknak berjalan sangat.  Asyek nak berdukung je.  Kalau ringan takpe jugak kan.  Kesian dah kat Pijo.  Maybe Dieya penat kot kan.  Sepanjang trip ni memang aku kasar sangat.  Padahal early pregnancy tu.  Tapi aku selalu cakap dengan adik sambil gosok-gosok perut, yang adik ni anak yang kuat, anak yang baik, anak yang tak kan nyusahkan ibu dan ayah.  Aku mintak Pijo cakap sekali.  Alhamdulillah semuanya ok.  Nanti adik dah besar sikit kita datang sini ok sayang.  In shaa Allah. 

No comments: