Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 28, 2014

Potty Training

Sebelum aku start potty trainingkan Dieya, aku ada baca blog-blog orang lain juga.  Ambil panduan dan pengalaman.  Sekurang-kurangnya bagi aku get ready kan.  Tapi get ready apanya buat aku makin takda kekuatan nak start kan.  Tapi kalau tak start sekarang bila lagi kan.

First day. 08/02/14.  Lagi sebulan Dieya nak masuk 3tahun.  Alas yang warna hitam tu aku punya tu.  Pastu Adeline dengan Jasmine guna untuk alas tilam dorang.  Sekarang anak aku pulak yang guna.  Elok lagi wei walaupun dah berbelas tahun dah umur Dieya.  Kawan Pa ada kedai buat kusyen kereta.  Pa mintak tolong dia buatkan khas untuk aku.  Boleh?  Hahahahahah.  Kenapa, aku taknak cakap.  Malu.  Muhahahahhaa.


Mula-mula aku tanya Dieya setiap 5minit.  Pastu aku bosan sebab asyik tanya je.  Kalau aku bosan aku rasa Dieya lagi bosan kan.  Pastu aku up 10minit plak.  Pon bosan.  Up lagi setiap 15minit.  Pon bosan jugak.  Hehehehehe.  Last-last setiap 30minit aku tanya.  Hari pertama la ni kan.  Last-last minit ke 25 tu Dieya cakap nak peepee dan terus peepee.  Cakap tu dah bagus dah tapi masalahnya masa tu peepee dah betul-betul nak keluar.


Memang segala aktiviti Dieya atas alas hitam ni.  Ni baju kedua untuk hari pertama.  Tak sempat cakap nak peepee dah peepee dulu.  Takpe Yaya, jangan marah.  Anak tengah belajar kan.  Kitorang yang nak Dieya potty training, so aku dengan Pijo memang kena cekal dan nekad.


Dan baju ketiga, hari pertama.  Kebetulan Ayong ada kat rumah aku minggu ni.  Ayong pon mainkan peranan jugak.  Dieya ni kalau ummi dia ada dia macam lupakan aku sikit.  Aku takda hal sebab anak aku anak Ayong juga kan.  Tapi yang kesian kat Ayong tengah makan pon kena basuh tangan sebab Dieya nak peepee.  Dieya nak Ayong yang basuhkan peepee dia.  Dah 1 hal plak kan.  Lepas peepee baru boleh sambung makan.  Ko ingat tu Dieya, ummi buat apa saja kat ko tau.  Jangan sesekali lupakan ummi bila ko dah senang esok bila tau.  Aku sekeh kepala ko nanti.  Huh!  Ibu garang ni....

Sepanjang tempoh potty training ni, aku dapat kerjasama dari sekolah Dieya.  Dorang pon tak pakaikan Dieya diaper sekolah.  Pakai masa nak tidur je.  Kitorang pon sama.  Takda kekuatan lagi nak diaper free Dieya terus secara mendadak kan.  Pelan-pelan kayuh.  Walaupun kat rumah tak pakai diaper tapi nak keluar ke nak pergi jalan-jalan ke masih lagi pakaikan.


Kena denda sebab terpeepee.  Dah la ter pastu kena denda plak tu kan.  Kena kurung kat beranda tapi aku sempat amik gambar lagi tu.  Dieya nangis kuat tau tapi aku terpaksa cekalkan hati.  Kejap je pon dalam 5minit kot.  Sebab terpeepee tu adalah leka tengok Upin Ipin kat Ipad.  Sayang nak tinggal Upin Ipin tu.  Aku terus 'buang' Ipad.  Takde la buang betul pon.  Letak je Ipad dekat dengan tong sampah.  Banyak kali Dieya tengok Ipad kat tong sampah tapi sentuh pon tak berani.  Bagus disiplin kena ada kat situ kan.  Kalau ummi tanya mana Ipad, Dieya memang cakap ibu buang sebab Dieya peepee atas chair.  Tahu salah sendiri tahu akibatnya,  Walaupun baru 3tahun tapi bermanja atas batasnya.  Kejadian buang Ipad tu 2kali berlaku dan semuanya sebab sayang nak tinggal Upin Ipin. Sebab tu aku tak suka dah Dieya tengok Upin Ipin.  Kesian si kembar tu, dorang tak bersalah pon dalam hal ni kan.

Pernah sekali tu Dieya nak poopoo tapi macam tak keluar.  Then Pijo nak mandikan Dieya terus kan.  Baru je nak mandi, tiba-tiba Dieya jerit, poopoo nak datang!!! Poopoo nak datang!!!  Nasib sempat Dieya letak balik atas toilet bowl tu kan.  Owh kitorang takde beli yang fancy-fancy pon toilet bowl Dieya.  Memang beli yang paling murah.


Tak perlu kot aku rasa yang fancy-fancy tu.  Sebab takut nanti cerewet plak Dieya taknak guna toilet bowl selain dari kat rumah.  Sebab kat rumah cantik, kat public toilet contohnya tak cantik.  Satu hal plak nak mengajar bab tu kan.  Haah, tahu toilet bowl Dieya tu terbalik.  Memang sengaja.  Sebab Pijo cakap lubang kat depan tu lagi besar dari kat belakang.  So kalau terbalikkan at least poopoo Dieya konpem takkan terkena benda alah pink tu.  Masa first day Dieya tak pakai diaper kat school, Dieya terpeepee tau.  Pastu kena marah dengan teacher dia.  Aku tak rasa la Dieya kena marah kan, tapi maybe perkataan 'marah' je yang Dieya tahu guna kan.  Dan esoknya Dieya tak peepee sepanjang waktu sekolah tu.  Dari lepas mandi kat rumah sampai la pukul 1130pagi.  Aku pakaikan lagi diaper masa tu.  Tapi setiap hari memang kering tau.  Rupa-rupanya Dieya tahan kencing sebab taknak kena marah dengan teacher lagi.  Keluar kelas mesti muka dah macam apa.  Teacher tanya kenapa, Dieya cakap sakit kat perut.  Dah ko tahan kencing memang la rasa senak kat perut tu kan.  Aku plak dengan kanchiongnya bawa Dieya pergi klinik.  Alhamdulillah takda pape pon sebenarnya.

Setiap kali balik sekolah memang aku alas tempat duduk Dieya dengan changing mat.  Kalau Dieya peepee pon at least atas changing mat kan.  Nak dijadikan cerita 1 hari tu aku terbawa naik changing mat atas rumah.  Ye, esoknye Dieya terpeepee atas seat kereta.  Memang nak marah, dan aku memang marah pon Dieya.  Tapi marah sikit je sebab ok faham anak aku masih lagi belajar.  

Lama-lama Dieya dah ok dah.  Setiap kali pergi jalan masih lagi pakai diaper tapi sampai balik mesti kering.  Yang kelakarnya, pernah gak beberapa kali Dieya nak peepee tapi taknak peepee dalam diaper.  Maybe sebab dah terbiasa peepee dalam toilet kan.  Tapi sebab tak tahan sangat aku akan paksa Dieya cangkung dan peepee.  Tapi berdiaper la kan.  Kadang-kadang aku peluk Dieya dan aku suruh Dieya peepee.  Dieya akan diam kejap, lepas tu cakap 'dah' sambil senyum malu.





Ni gambar Dieya minggu lepas.  Umur nak masuk 3tahun 3bulan.  Akhirnya kitorang berani diaper free kan Dieya kalau nak pergi jalan-jalan.  Tidur malam belum lagi.  Sebab kadang-kadang berisi jugak diaper Dieya.  Tapi lebih banyak malam yang kering la kan.  Kami rasa Dieya belum ready untuk totally diaper free.  Kalau nak pergi jalan tu perkara terakhir buat sebelum keluar rumah adalah suruh Dieya peepee.  Dan perkara pertama buat selepas sampai rumah adalah suruh Dieya peepee.  Kalau duration pergi jalan tu lama, in between kitorang akan bawa Dieya pergi diaper.  Kita mak bapak ni kena rajin, kena nekad dan kena percaya dengan anak kita sendiri.  Kalau mak je yang rajin dan nekad bapaknya tak better takyah dulu la kot.  Kalau bapaknya nekad maknye tak pon takyah dulu juga kot.  Sebab benda ni perlukan moral support dan kerjasama.  Kadang-kadang aku tengah buat kerja, Pijo yang handle Dieya peepee dan poopoo.  Terima kasih betul aku kat Pijo sebab kadang-kadang aku malas nak bawak Dieya pergi toilet nak-nak kalau Dieya nak poopoo.  Ngeeeeeeeee~~~~~

No comments: