Ya, ya, ya. Memang la panjang kan sebab aku nak cerita secara details ni. Sebab kitorang memang buat reseach berdasarkan blog-blog orang lain sebelum datang sini. So, aku harap, aku dapat tolong siapa-siapa yang nak g KK jugak. Tempat jauh wei, memang la kene fully utilisekan semua aspek. Baru la berbaloi-baloi datang jauh-jauh, bayar mahal-mahal kan.
Last day kat KK. Flight malam. Memang sengaja ambil flight malam, sekurang-kurangnya ada masa beberapa jam lagi nak berakitiviti sebelum balik semenanjung. Aktiviti terakhir kitorang kat KK adalah tadaaaaaaaa
Tengok wayang kat Centre point. Jauh kitorang tengok wayang kan. Cerita apa ntah aku dah lupa. Sebab aku tak tengok sangat pon. Sebab character cerita tu pelik-pelik. Aku takut la kan sebab aku tengah pregnant kot. Memang la tak percaya sangat tapi tak salah kot kalau kita ambil langkah berjaga-jaga. Most of the time aku tak tengok pon cerita tu. Kalau aku rasa tak selesa dengan cerita tu aku gi toilet.
Gigih aku ambil gambar toilet dia. Heheheh. Aku nak cakap yang dah la takda wayar kan, pastu kepala paip dia yang jenis tekan-tekan tu. Macam kelakar kan. Nasib bersih.
Memang betul-betul 'Fun Square' wei. Arked dalam ni, karaoke pon ada, pool pon ada. Nak pergi ke wayang tu kena lalu semua benda-benda tu. Aku rasa macam tak sesuai sangat bawak Dieya masuk dalam ni. Sebab aktiviti dalam ni macam betul-betul untuk anak muda mudi yang nak have fun. Eh eh, nampak tak Dieya setia bawa monyet dia tu.
Haih, nape la benda ni comel sangat? Comel gila. Dah la banyak pilihan. Rambang mata aku pilih untuk Dieya. Pijo memang takyah pilih la kan. Kipas susah mati sangat dengan Arsenal tu.
Asal petang je hujan. So kitorang tersangkut lagi dalam mall ni. Lepak McD dulu sementara Dieya dah mula nak buat perangai nak susu. Hoh, gambar ni la Pijo kutuk aku sebab aku beriye selfie. Dia kata macam budak-budak je nak selfie bagai. Eh ello, ai masih budak ok.... You nak tua, you tua sesorang. Ai totap jiwa remaja gitu. Mampus aku kutuk suami sendiri. Muahhahahah. Lollypop tu memang bekal sepanjang trip ni. Kononnya taknak bagi Dieya buat perangai sangat. Dieya sangat jarang makan jajan. So harapan kitornag dengan lollypop boleh distract dia dari buat perangai. Pernah kitorang umpan Dieya potong rambut dengan sweet je dan berjaya potong rambut tanpa gerak-gerak
Sempat lagi kitorang berseafood malam tu. Takde la malam sangat pon, dah sebab sana cepat gelap kan. Semestinya la yang dengan Pasar Filipin tu. Pergh, 3 malam in a row makan seafood memang heaven. Masa tu hujan rintik-rintik dah. Tapi terpaksa redah je sebab takut lambat. Sepanjang masa aku berdoa agar Dieya tak demam. Dan agar adik dalam kandungan sihat walfiat. Lepas ambil bag dekat hotel terpaksa lagi redah hujan ey, bukan rintik-rintik dah sebab nak cari teksi nak pergi airport. Dekat hotel D'Borneo tu teksi susah sikit. Memang terpaksa menapak dalam hujan. MasyaAllah masa ni memang aku terpaksa lari-lari sikit. Dengan hujannya, dengan backpack dengan nonwoven bag yang beranak tunye. Dieya, Pijo dukung je terus sebab nak kena gerak dengan cepat. Dieya pon lentuk je atas bahu Pijo. Sedih tau masa tu. Sedih sebab Dieya terpaksa 'main' hujan.
Sampai airport, perkara pertama aku buat adalah mandikan Dieya. Mandi sambil pesan Dieya kena kuat. Tak boleh demam-demam. Nanti nak datang sini lagi, nak naik aeroplane lagi. Tapikan aku tak cakap kat Pijo pon aku nangis masa mandikan Dieya tu. Aku taknak Pijo serba salah. Nanti dia taknak bawak aku jalan-jalan lagi dah, Rugi-rugi....
Trip kali ni memang best. Sangat best. In shaa Allah ada rezeki adik besar sikit nak datang lagi. Untuk island hopping saja. Tapi taknak tidur kat pulau, nak stay kat KK sebab nak makan seafood. Muhahahahha. Aku rasa sebab tu la kot dengan izinnya anak dalam kandungan ni in shaa Allah lelaki...
No comments:
Post a Comment