Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 14, 2014

Grill Rumah

Awal-awal dulu aku dengan Pijo setuju dengan grill yang petak-petak empat segi biasa tu.  Sebab bagi kitorang grill tu kan gunakan untuk tujuan keselamatan, so macam tak sesuai kalau nak buat yang bunga-bunga ke, yang kerawang-kerawang ke.  Memang cantik yang bunga-bunga tu tapi hidup di kota yang penuh tipu muslihat ni (Semenyih je kot, kota kejadahnya kan), macam tak praktikal sangat kan.  Bagi kitorang la. Tapi pelan-pelan, plan kitorang tu berubah dari kotak-kotak biasa kepada yang ada bentuk sikit.  Macam biasa, google image la jadi tempat rujukan.  Dah macam Generasi V atau Visual Generation dah, generasi yang bergantung kepada alam maya.  Muda remaja gitu kan.


Aku ada survey kat 1 contractor cina, Madam Ooi kat area Equine ni.    Bagusnya Madam Ooi ni marketing skill dia memang bagus.  Customer services dia memang terbaik.  Kitorang tak bawak ukuran pon masa pergi kedai dia sebab masa tu kunci belum dapat.  Tapi Pijo punya ideal, bawak je S&P, kat belakang tu ada layout rumah.  Walaupun tanpa ukuran tapi dorang ni kan dah biasa buat kerja, so at least drawing tu sedikit sebanyak membantu la kan.  Dia ingat pernah buat dekat Pelangi Semenyih 2 jugak.  Gigih la check dalam system nak cari ukuran.  Dia ada bagi 4 quotations.  Yang aku nak tu RM3,400.  Grill saja.  Kalau nak yard door tambah RM150.  Kalau nak ankle frame tambah RM300.  Kalau nak handle lock tambah RM150 setiap satu.  Haih...  Tepuk dahi jugak la tengok harga dia nih.

Lagi 1 kedai yang kitorang survey kat Semenyih sendiri.  Kedai ni kawan Pijo yang recommend.  Dia cakap Pelangi Semenyih 2 punya orang ramai ambil dengan kedai nih.  Kedai ni owner Melayu, nama Azman. Mula-mula Azman cakap design yang aku nak tu susah sikit.  Banyak kerja.  Kena potong satu-satu. Maknanya cost pon bertambah la dia cakap. Sebijik sejibon macam Madam Ooi cakap.  Sekali Azman quote RM2,400 complete 1 rumah, dengan tambahan accessories yang kalau kat Madam Ooi mencecah RM4,000.  Pergh!!!!!!!!  Jauh gila beza kan.  Dekat Azman ni, yard door tambah RM50, ankle frame tambah RM150 kalau tak silap, handle lock tambah RM50 untuk 1unit.  Aku tengok Pijo, Pijo tengok aku, kitorang dah sep dah kat bawak meja.  Ermmmmmm, agak menarik ini harga kan.  Aku dengan Pijo discuss melalui mata je, dan instinct dari hati ke hati je.  Terus kitorang setuju wei.  Tiada sebarang transaksi dilakukan dikala ini.  Hal ini kerana Azman cakap tunggu siap pasang, kamu puas hati baru bayar.  Kitorang macam serius?  Tak payah bayar deposit langsung?  Memang tak payah wei.  Maybe Azman ni buat kerja jujur, so perniagaan dia terpelihara.  Sebab tu dia berani tak ambil deposit.


 Inilah design pilihan hati.




Betulla kawan aku cakap.  Pasang grill ni nampak serabut plak kan.  Kalau takde grill tu saujana mata memandang.  Tapi demi keselamatan kan.  Kalau kat kampung tu selamba je takda grill, Alhamdulillah macam takda hal pon.


Kitorang pilih ankle frame.  Supaya kalau ada bingkai cermin yang tak lurus tu boleh la cover sikit kan.  Ada jugak kitorang ambil ciri keselamatan yang lain.  Tapi tak perlu la kot share kat sini.  Nanti dah jadi tak selamat plak kan.


Aku rasa ni family business kot.  Sebab 2 orang dari 3 orang yang datang pasang ni adik Azman tu. Alhamdulillah kitorang puas hati dengan service diorang.  Murah, workmanship ok, pasang pon cepat, memang aku recommend.


Ha, situ tempatnya aku dengan Dieya.  Kesian tak?  aku suruh Dieya buat muka sedih.  Sedih sangat la tu, tapi ada peace.  Tapi kejap je kitorang kat dalam tu.  Kuat sangat bunyi drill dengan ketuk-ketuk.  Dieya dah menyorok bawah ketiak aku dah sambil tutup telinga.  Better kitorang lepak dalam kereta je.  Aku round-round kawasan Rafflesia.  Renovation tengah naik dengan jayanya.  Confident sikit la kitorang nak masuk next month.  Taknak la jadi orang pertama kalau boleh kan.

Contractor : Irra Bakti Enterprise
PIC : Azman (0166342926)

10 comments:

Anonymous said...

slm..menarik..sy pun nk masuk mah area ps 2 ni jgk..blh x nk dptkan no tel en azman ni..sbb skrg mmg tgh survey nk reno mah..cantik grill awk..

Anonymous said...

hehehe..teruja..xpasan awk dh ltk no en azman..thanks..slmt berjiran ye kita nnti

MoHd. hIdZwaN said...

kitorang pon nak masuk ps2 ni target ujung taun ni..skang tgh recce contractor utk buat semua skali (plaster ceiling, grill, tinted wiring bla3).

'sln said...

Plaster ceiling, tinted denagn wiring kitorng buat dengan Tik Ann Renovation. Kichen cabinet pon... Nanti2 kalo ade masa sy up kan entry pasal Tik Ann nih ey. Tapi bile ntah nak ade mase tu. Heheheheh

✿。♥ sEnDuK NuYuL ♥。✿ said...

dear..ade nombo contact lain x? sbb try call x dpt2 nombo tu

'sln said...

Eh sori baru perasan komen awak ni... sy contact azman memang gune nombor tu aje...ngeeeee~~~~

shahhaslinda said...

Banyak nya belanja kalau nak masuk rumah baru ya.. Apapun tq utk perkongsian ini..

'sln said...

Memang banyak... lagi-lagi bende yang kecik2... sile bertabah tau... hujuhuhu

Anonymous said...

As salam.. bole taw x price yg azman quote tue cat biase or powder coating? Tq.. anny

Ein said...

Awk.. Nak tanya. Grill yg awk pasang ni sampai ke hari ni tahan x catnya? Ketahanan kekal lg sampai ke arini?