Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 25, 2014

Kasih Dan Sayang Dan Kasih Dan Sayang Dan Kasih Dan Sayang

Tadi aku dengan Pijo bawak Aidan gi inject untuk 2bulan kat Klinik Jameaton, Equine Park.  Ha kan, jauh kan... Walaupun duduk Semenyih tapi jiwa tu masih kat Equine.  Tak... Bukan nyesal duduk Semenyih, tapi dah biasa dengan Equine, dah tahu luar dalam Equine, dah tahu baik budi di dara Equine nih.  Lagipon tak tahu kenapa percaya bebenor kami dengan Doctor Jameaton.  Tahu je klinik tu ramai orang so kadang-kadang terpaksa tunggu berjam-jam tapi still gi sana.

Tapi tadi Doctor Hairul yang on duty.  Pon aku suka dengan mamat ni.  Profesional betul.  Doc Hairul cucuk Aidan sikit pon Aidan tak nanges.  Biasanya masa Dieya dulu pon setiap kali cucuk, Dieya dibaringkan.  Masa first month injection Aidan pon.  Dan biasanya dorang memang nanges pon even 3saat kan.  Tapi tadi memang kitorang terkesima dan teruja sebab Aidan gerak bontot je sikit tanpa sebarang drama sebabak.  Doc Hairul suruh Pijo peluk Aidan kemas-kemas.  Peluk la macam mana pon tapi bontot bahagian dia.  Sapu ubat bius, tunggu dalam 5saat, inject.  Dah setel.  Kalo ko tengok macam lemah gemalai je die tekan stringe.  Aku siap tanya habes ke ubat masuk.  Heheehehe.  Sori doctor...  Bukan  meragui doc punya kerja.  Cuma macam tunggu gak Aidan nanges kan.  Doc Hairul cakap kalau nak kurangkan trauma anak, kene peluk kuat-kuat, erat-erat.  Baru anak rasa selamat.  Next time kalau anak nak kene injext dan doctor suruh baringkan, try la mintak untuk peluk ey.  Biar anak rasa kita ada masa dia perlukan kita.  Perlukan kat sini adalah time anak rasa sakit kene inject.

Lepas tu kitorang ditazkirah pasal parenting.  Apa faktor yang paling penting untuk at least kurangkan kekerapan anak sakit. Macam-macam kitoang tembak, breastfeed la, makan la, persekitaran la, hygiene semua bagai.  Tapi jawapannya adalah KASIH SAYANG. Like, serius?! Anak kot. Mestila sayang.  Tapi sayang tu subjektif.  Adakah kite selalu peluk selalu cium dikatakan sayang?  Adakah selalu marah mengajar dikatakan sayang?  Adakah belikan baju mahal-mahal dikatakan sayang? Adakah bagi vaksin banyak-banyak dikatakan sayang?  Doc Hairul cerita pengalaman dia dari menjadi seorang ayah yang garang kepada ayah yang penyayang.  Hasilnya anak dia dari kelas last naik ke kelas pertama.  Anak dia lebih mendengar kata.  Sebab bila kita jadi bestfriend anak, anak lebih hormat dan lebih percayakan kita.  Nak nakal-nakal pon rasa segan dengan 'bestfriend' die tu.  Dan yang penting jangan biarkan anak teresak-esak nangis sampai tertidur.  Sebab ingatan terakhit dia adalah mak dan ayah tak sayangkan dia.

Pesan Doctor hairul lagi, kalau kita nak anak masuk dengan kita, lagi penting kita yang kene masuk dalam dunia diorang.  Contoh kalau anak picky eater, join apa yang tengah dorang buat masa tu.  Contohnya anak dengan main kereta.  Berlakon konon-konon kereta kena tol.  Makan sebagai bayaran baru palang tol terangkat.  Contoh lain kalau anak tengah tengok Upin Ipin, berlakon la jadi Opah ke Kak Ros ke.  Takpela kalau tak kat meja makan pon.  Janji anak makan.  Sekadar 4suap dah memadai.  Puji anak kaw-kaw sebab makan 4suap.  Ulang la sampai sebulan pon.  Aku dah try kat Dieya memang terbaik.  Aritu Dieya nak main hide-and-seek.  Sebelum Dieya hide aku suapkan dulu.  Aku cakap kalau makan baru ada tenaga nak berlari sembunyi.  Dieya sembunyi pon belakang ayah je.  So kene la kira pelan-pelan dan berlakon tanya ayah mana sebab nak bagi Dieya masa kunyah habis dulu nasi.

Lagi 1 amalan Doctor Hairul, had kan anak bermain selama sejam sahaja dalam satu-satu masa.  Mula-mula memang ada drama la kan.  Lama-lama anak dia automatik main sejam then benti.  Main kolam pon lepas sejam automatik benti ajak balik.  Kalau tak pon, lepas sejam panggil anak rehat jap.  Bagi minum, bagi rilek jap dalam setengah jam ke, pastu lepas anak main balik selama sejam.  Kenapa sejam?  Sebab 1jam adalah tempoh maksima kanak-kanak boleh beragresif.  Kalau lebih sejam kemungkinan kanak-kanak selsema ke, demam ke adalah tinggi.  Kalau aku bawak Dieya gi softgym, dah bagi Dieya main sejam aku akan panggil main mainan yang tak perlu bergerak.  Macam main bead ke, kalau macam kidzooona main dalam playhouse dia tu ke.  Yang penting, main sama-sama.  Letak la kat tepi dulu henset tu.  Tu pesanan untuk diri sendiri jugak tu.  Heheheh

Semalam kitorang bawak Aidan jumpa ustaz.  Saja nak tegok-tengok kan Aidan.  Ustaz tu pesan masa matahari nak naik dan nak turun jangan bawa anak keluar.  Contohnya kalo dalam kol 12 kita nak keluar rumah pergi kenduri ke kan, lek-lek la dulu lepas zohor baru gerak.  Time magrib pon sama.  Maknenya Tengah- tengah malam nak bawak anak gi downtown takde hal.  Kalau anak menangis mata tengok atas atau mata pejam beriya taknak bukak, pegang labu betis anak dan bacala apa-apa yang tahu.  Paling-paling tidak pon azan.  Selawat dengan Al Fatihah jangan tinggal tau.

No comments: