Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 26, 2015

Maternity Photoshot

Dah keluar dah si Aidan pon...
Dah nak start makan dah pon..
Kronik sungguh kebackdatedan aku nih.  Susahlah rumah takde interner nih.  Alasan kan.  Macam la ada internet ada masa nak update pon.  Booooooooooooo

Photolicious ada buat promotion RM50 untuk 30monit shoot.  Aku biasalahkan memang suka benda-benda macam ni.  Time Dieya dulu pon ada tapi buat sendiri je.  Tapi takde sekeping pon boleh share in public.  Hehehehhe.  Exclusive gilos...


30minit shooting tu ada la dalam 80 keping lebih.  Tapi tak semua gambar kena dengan tema aku nak ni.  Paling sedih bila mamat tu cakap tak pernah buat maternity shoot.  Tapi takpe, aku dah google siap-siap dan print.  At least ada guide la kan nak posing maam mana kan.  So ni antara posing yang ala-ala majalah mangga-berenang-bagus-untuk-kesihatan.


 Dieya malu-malu lagi masa mula-mula tu...


 Favourite pose ever!!!!!!!!


 Pijo tak suka pakai hat tu sebenarnya tapi kene paksa dengan mamat amek gambar tersebut.
















Dieya nak bawak balik payung tu siap.  Dah satu kerja nak kene cari payung tu.  Kalau tak, dok la berzikir dalam kereta mintak payung.  Dieya ni memang tau.  Memang tak leh janji pape.  Kalau tak selagi tak dapat selagi tu la berzikir.




Penyek Dieya di situ.  Dan menyerlah asset Pijo di situ.  Lalalalala..  That weekend sangat pack sebenarnya.  Sabtu ada photoshot ni, Ahad gi buat 4d scan Aidan.  Serius nervous nak buat 4d scan.  Sebab setiap kali pergi monthly check up mesti doctor update benda-benda yang kurang sedap didengari.  Contohnye kepala develop tak sama dengan development badan,  Tak ke seriau bunyi.  Memang la tak boleh bergantung kepada scanner tu aje kan sebab benda kat dalam memang kita tak tahu kan.  Tapi benda-benda macam ni  buat aku tak senang duduk la walaupun instinct aku kuat cakap baby aku sihat luar dalam.  In shaa A;;ah.  Setiap kali balik dari check up mesti aku menangis.  Sebab tu la aku giler berdebar mase nak masuk bilik doctor nak buat 4d scan.

Alhamdulillah...
Alhamdulillah sangat-sangat sebab report 4d scan sangat positif.  Injap jantung cukup dan berfungsi dengan sempurna.  Buah pinggang dah ada air kencing so maknanye pon berfungsi dengan sempurna.  Kuantiti darah merah seimbang dengan darah putih dan flow darah cantik.  Semua yang positif la dan membuatkan aku dan Pijo sangat lega.


Alhamdulillah sihat walafiat...  In shaa Allah... Amin...

Thursday, February 5, 2015

Nomad

Dapat je kunci dari Siam, secara rasminya kami dah boleh pindah.  Dan-dan tu jugak weekend gi basuh rumah.


Gate rumah aku ni memang sedia ada 'autogate'.  Tapi 'autogate' ke dalam.  Kena la mintak tolong anak dara cinonet nih tahan belah sana, aku tahan belah sini.  Takpe, jangan risau, gate besar.  Pijo lalu jauh dari Dieya pon.








Dieya la yang paling sibuk masa ni.  Semua benda nak buat.  Dah tarik air keluar, die bukak balik paip air.  Dah kene tarik lagi sekali.










Last sekali suruh Dieya basuh palang tangga,  Bagi besen ada air 1, bagi kain 1.  Ha, basuh la ko tangga sampai berkilat.  Aku buat keje senang aje.  Tugas aku basuh tingkap aje.  Untung wei pregnant nih.  Mengguna kesempatan betul.  Kalau ikutkan aku nak hire orang je basuh.  Senang kan.  Tapi Pijo nak basuh sendiri jugak.  Ala-ala bonding time gitu.  Layan kan aje....


Berkelah di rumah baru.  Berhati-hati tau makan tak bagi jatuh.  Kata baru lepas basuh rumah.  Sayang ok....  


Sepanjang proses pindah ni kitorang tak sewa lori pon.  Angkut segala benda dengan Exora semata.  Kitorang tak bawak barang besar pon macam peti sejuk, mesin basuh segala.  Sebab nak bagi sewa fully furnish kan.  Sekali angkat kasi penuh terus.  Selagi boleh sumbat, sumbat kan aja.  Pernah kitorng singgah TM kat Cyberjaya dengan penuh barang tu kan, guard tanya nak menjual ke kat dalam?  Tergelak kitorng.  



Semua sekali 7trip penuh barang.  Takde la kasi setel 7trip sekaligus kan.  Seminggu 1 trip aje.  Dan kasi setel terus barang yang bawak tu.  Susun siap-siap.  Yang kena pasang, pasang siap-siap.



 Aku bawak baju Aidan untuk dibasuh.  Sidai, next week datang lagi dah boleh lipat dah.  Dah boleh susun cantik-cantik dalam bilik.


Pinggang pon basuh siap-siap.  Next week dah kering boleh susun dalam kitchen cabinet dah.






Tugas Pijo assemble perabot, hang apa yang patut.  Kufi tu Fiza yang bagi.  Cantik kan.  Mekaseh kesayangan.






 Stor pon kasi setel terus.  Susun elok-elok.  Aku taknak main sumbat je.  Nanti pening kepala aku nanti nak ambil barang.  Rak yang bertingkek-tingkek tu aku susun ikut jenis barang.  


Bilik Dieya masih kosong lagi time nih,  Advantage susun terus ni by the time totally pindah, at least sebahagian prosess unpack dah setel kan  Boleh la rehat sikit.  Mak sarat noks time nih.  


Kitorang totally pindah on 12 June 2014.  Gigih tak aku ingat?  Eleh, google aje sebab first night aku kat sini masa world cup kick-off.  Malam tu panas yang rabbi.  Memang tak leh tido.  Aku dengan pregnantnye double panas ok.  Pagi-pagi buta aku boleh gi mandi.  Pijo pon mandi.  Dieya tak pernah-pernah terjaga masa tidur, boleh terjaga mintak air.  2kali plak tu.  Esoknye kitorang terus gi kedai beli aircon.  Tanye dulu boleh pasang arini tak since hari Jumaat kan masa terhad kan.  Bila kedai cakap boleh pasang baru proceed dengan model aircon dengan harga.

Sebenarnya kitorang kene halau dengan penyewa kitorang.  Hehehehe.  Owh ni penyewa lain.  Bukan penyewa yang aku cerita kat entry yang ni.  Siot je tak jadi pindah tapi tak cakap.  Aku tak marah tau kalau tak jadi pindah tapi at least inform la kan.  Pijo dah panas terus up iklan dekat mudah.  Sejam lepas tu bertalu-talu orang call tanya melarat sampai 2 hari lepas tu.  Gila hot Equine nih,  Tapi nak jadi rezeki si dia nih.  Dorang laki bini sewa  bilik selama nih.  Bini baru je beranak, then nak la proper rumah untuk anak ni kan.  Seriusnya dia ni sampai terus nak bank in deposit.  Aku plak yang cuak, suruh datang tengok ruah dulu.  Kitorang pon nak la kenal dulu tenant siapa kan.  Dah la tak sabar-sabar nak masuk rumah.  Bini dengan anak yang baru je dilahirkan still kat hospital.  Dia nak kalau boleh anak tu balik terus ke rumah baru ni.  Kitorang faham je.  Dan kitorang memang pulun habis-habis angkat barang even dia offer letak je barang yang belum siap packing dalam 1 bilik.  Bila-bila nak ambil pon boleh.  Tapi idok la aku nak kacau dorang anak beranak kan.  So kami kasi setel terus.. Deposit pon kasi kurang sebulan sebab faham je ada anak ni financial agak tight la kan.  


Dah gini la pulak rupa rumah aku sebab main campak je.  Makan bulan jugak la aku nak setelkan unpack nih.    Sekarang rumah aku masih lagi kosong.  Sebab masuk rumah Rafflesia ni kan tak bawak ape-apa.  Semua tinggal kat Equine.  Takpe....  Pelan-pelan kayuh kan....