Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 28, 2015

Suke la tu....

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Hye Dila!!!

Wednesday, August 19, 2015

Aktiviti Di Hujung Minggu

Aku memang dah lama bercita-cita nak berjunior masterchef dengan Dieya.  Macam nak buat weekly masak-masak aktiviti gitu kan.  Tapi malasnye la haih nak start kan.  Eh bukan malas.  Tapi malas la jugak kot...

Last-last aku kuatkan semangat agar lebih jitu dan padu.  Maka berjadilah aktiviti membuat jelly dengan Dieya.  Haah, jelly semata.  Ngehngehngeh


 Siap berapron bagai Dieya.  Tapi apron cover dada je.


Ni first time sebenarnya aku bagi Dieya bermain dengan dapur dan api gini.  Tu kejap-kejap "Ibu, too hot.  I can not tahan".  Gelenyar mung




 Hambek!  Memang pantang dioffer kan.  Dieya impress sangat dengan jelly ni.  
Tadi macam water, now dah tak water dah.  Now dia tu adalah keluar dari fridge.  Canne aku nak explain.  Tak kan aku nak explain, molekul, atom, zarah bagai.
Aku pon cakap la sebab air bile dah sejuk akan jadi keras ataupun jadi beku macam ais tu.
Pastu Dieya reply, "ooooo patutla kita kena pakai jacket masa main snow nanti ey ibu.  sebab nanti kita keras".
"Bukan keras, nanti kita beku"
"Tapi tadi Ibu cakap keras tu beku"
Hoh, anak... tolong jangan macam-macam sangat susah ibu nak explain.  Tapi aku iakan aja.  Lalalalal~~~  



Ni words search yang dah lama sebenarnya aku buat tapi baru berkesempatan nak main.  Tapi yang ni Dieya macam tak berminat sangat la.  Dieya lagi excited nak main dengan highlighter tu.  Habes kuku Dieya warnakan.  Nak kena aku buat sama-sama.


  


Ni aktiviti untuk Aidan.  Masukkan objek tersebut ke dalam kotak.  Tapi bukan masukkan dah ni, ni campakkan ke dalam kotak ni namanya.  Dan macam biasa, time-time gini pon Dieya nak sibuk sekali.  Aku layankan aje.  Bonding time dorang adik-beradik pon kan.

Friday, August 14, 2015

Susu Basi!!! EMO!!!!!!!!

Semalam aku emo.  Sangat emo.  Aku rasa kalo letak aku sebelah singa tengah lapar pon aku rasa singa tu lagi tabik spring kat aku.  Ok, macam takde kaitan.  Abaikan aje...

Aidan demam dan batuk-batuk macam batuk kering yang bunyi kong-kong-kong tu.  Sedih sangat bila dengar Aidan batuk.  Rasa kering sangat tekak dia.  Plannya memang aku nak halfday nak bawak Aidan g jumpa paed.  Sebab kat department aku ada sambutan hari raya pagi tu.  Aku plan macam nak melantak dulu.  Beb, 20hinggit kot bayar.  Muhahahhaha.  Eh eh aku ikhlas tau 20hinggit tu.  Jangan ko nak viralkan pulak.  Ferahsang~~~

Akan tetapi!!!! Ha.... emo bermula dari sini.  Sila get ready dengan keemoan aku ni...

Aku dah hantar Dieya.  Bila nak hantar Aidan sekali baru perasan EBM tertinggal kat rumah!!!!  GILER!!!!!!  Semenyih sekarang even dalam 30minit dah boleh sampai but still la kan.  30minit g, 30minit balik.  Called Pijo, marah-marah Pijo seposen, eh ke seringgit aku marah Pijo semalam?  Ngeeeeeeee~~~  Kebiasaanya Pijo yang bawak masuk semua benda dalam kereta.  Tugas aku letak semua benda tersebut depan pintu.  Tapi tak tahu la kemana semalam aku tak letak coolman kat depan pintu.  Padahal aku denagn Pijo ada je kat dapur sebelum keluar rumah semalam.  Tapi dua-dua tak perasaan kewujudan coolman masih lagi di situ.  Dah, ko takyah gi school arini Aidan, kite terus g KPJ.  Sekali enset plak takder bateri.  Tidak la menjadi satu masalah besar sebenarnya tapi aku mana tahu jalan nak gi KPJ wei!!  Aku memerlukan  kemajuan teknologi terkini untuk membawa aku ke tempat yang betul tanpa sesat.  Dah 1 kerja aku patah balik ke Semenyih.  Aidan pulak time tu dah merengek nak tido.  Now, korang imagine, aku sambil drive sambil tepuk Aidan kat belakang.  Pergh!!! Memang seorang ibu yang multitasking sungguh la haih...

Amek powerbank, baju Aidan dengan diaper terus gerak gi KPJ.  Aidan tak mandi pon sebab aku taknak kejutkan dia.  Dah elok-elok tidur dalam carseat tu, aku malas nak spoilkan mood aku lagi dah.  Sampai KPJ, tunggu GL jap. Walaupun aku dah called PM Care mase otw nak g kerja tadi, aku tak faham kenapa dia tak email terus ke KPJ macam yang aku mintak.  Haih...  memang it was not my day semalam...

Tapi semuanya hilang lepas Dr Asmunni cakap paru-paru Aidan clear, tekak clear, pernafasan clear.  Batuk kong-kong-kong tu Dr Asmunni cakap batuk yang sebelum batuk berkahak.  Dia explain ayat yang senonoh la sikit kan tapi isi penting dia macam tu la kan.  Aidan memberi kerjasama yang terbaik masa Dr Asmunni check semalam.  Langsung tak nanges.  Nurse angkat nak timbang pon tak nanges.  Dr Asmunni check tekak letak batang ape ntah tu, semuanya Aidan pass tanpa nanges.  Benda biasa je kan.  Tapi knowing Aidan tu macam susah sikit dengan stranger kan.  Masa tunggu turn nak masuk bilik doctor aku dah tak tahan sangat nak gi toilet.  Aku pass Aidan kat registration counter tu terus gi toilet tak pusing-pusing dah.  Tengok-tengok lepas tu elok je lentok kat bahu kakak.  Hamboi Aidan...  Pandai ko behave kat kakak cantik kan....

Malam dah nak tidur baru aku bukak coolman nak basuh storage bottle tadi.  The moment aku bukak, aku nanges.  Beriye nanges.  Aku kecik hati masa tu.  Faham tak aku bersusah payah pump setiap hari nak bagi yang terbaik untuk Aidan, tapi hari ni aku bazirkan 16oz macam tu je.  Aku keep berdoa agar Allah tak tarik balik nikmat yang aku dapat masa tu.  Nikmat dapat susukan Aidan.  Dan hari ni aku masih lagi berdoa...


Now aku rasa korang faham kenapa aku emo kan.  Banyak wei... 16oz....huhuhuhu.  Memang menjadi pengajaran kat aku...

Tuesday, August 11, 2015

Casting

Haah wei...  Aku gi casting Ahad lepas.  Casting untuk Huggies Pull-pant.  First time.  Seronok.  Gain new experience.  Idokla mengharap sangat sebab aku sedar diri la jugak kan.  Tapi kalau dapat, boleh la aku masuk dalam tabung #pijoclankejepun.  Hashtag ko.   Heheheh.  Tapi masa isi form tu aku tengok list semuanya dah la tinggi lebih dari aku pastu thirt saiz M plak tu.  Aku saiz L.  Ngeeeeeeee~~~

Jiran aku Iza ni die lecturer mass comm kat UTAR.  Ni project exstudent die.  Iza personally forward kat aku.  AKu memang suka kot bende lagho gini.  Hahahaha.  Requirement die Malay mummy who has a child 2years or below and able to speak english comfortably.  Tu je.  Lagila buat aku 'waaaaaaaaa we should try this!!!!!'

Mula-mula amek profile picture.  Gambar muka saja.  Siot r, jerawat baru je naik pagi tu tepi hidung.  Pastu amek full body picture.  Then video plak.  Muka saja, turn to the right, tengok camera, turn to the left, tengok camera.  Next, video full body.  Pusing buat 1round.  Last sekali kenalkan diri.

Next tu, dia ada tanya a few soalan dan aku nak kene jawab la kan.  Soalan dia :
1) Apa ko rase mase first time pegang anak ko sendiri
2) Ape halangan ko terpaksa tempuhi mase nak breastfeed anak ko
3) Ape pengalaman ko pakai pull pant diaper
4) Apa yang anak ko buat yang ko rase die dalam keadaan selesa
5) Ape best moment yang ko ade dengan anak ko

Simple questions.  Tapi sebab aku langsung tak prepare pape confirm-confirm la aku cuak gak kan.  Nervous wei....  Dah la aku takde pengalaman pakai pull pant diaper.  Memang aku goreng je soalan tu.  Hangit pon hangit la kan.   

Dah tu je casting dia.  Shoot dia Khamis ni.  Storyline dia macam mak-mak ni lepak kat mamak then ada macam sesi testimonial la.  Tapi kan sebelum amek gambar tu dia tanya boleh bukak tudung tak.  Memang tak la kan... 

Dah tu alang-alang kat Damansara mestila singgah Ikea kan.  Gila lama tak gi Ikea.  Ada la kot 9bulan kot.  


Macam tu je aku pakai gi casting.  Dengan selipar jepun aku tu je.  Ko rase dorang nak aku?  Muhahahhahha