Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 1, 2014

Melawat Tapak Pembinaan

04/05/14 (Hari ke3)
Gigih ni dari Terengganu direct g Semenyih nk tengok progress umah.  Macam rendah plak plaster ceiling tu kan.  Pijo dah susah hati dah takut kipas boleh sentuh gitu je.  Pastu 'bibir' plaster ceiling tu nampak tak lebar sangat kan?  Macam nanti letak downlight dengan T5 tak nampak cacat ke ek?


Pijo try to ratakan tanah guna pasir pantai Teluk Lipat.  Ala-ala, sejauh mana pon kita merantau, jangan la sesekali lupa asal usul.  Ye, aku poyo.  Hehehe


05/05/14 (Hari ke4)
Datang lagi sebab nak cakap kat Siam pasal kipas dengan 'bibir' plaster ceiling tu.  Tapi takde plak nampak tak lebar.  Tula... cepat sangat melatah kan?  Tahu la dorang buat kerja.  Ye dak?  Tp bukan apa, kalo tak berkenan better cakap sekarang dari bila dah betul-betul siap nanti kan.  Kipas pun nasib memang tak leh sentuh.  Tapi hampir-hampir gak la dalam sejengkal lebih je.




Bilik solat dengan dapur dah pasang rangka dah.  Aku doa je kayu yang pegang kipas tu tak mudah reput.  Tapi memang macam tu ey pemegang kipas ey?


Bab ni aku macam down sket awal-awal sebab aku ingat nak buat eyeled curtain.  Ala-ala wall to wall kan.  Tapi ade space plak ke dinding tu pastu die buat lubang.  Memang sesuai untuk railing biasa la maknanya.  Tapi Pijo berjaya convincekan aku rumah akan nampak lebih besar dari segi ilusi optik la kan kalau curtain jatuh dari dalam plaster ceiling.


08/05/15 (Hari ke7)
Siam mintak payment sikit.  Instead of transfer, aku nak physically jumpa sebab aku nak resit on the spot.  Benda beriban kot, memang nak kena hati-hati sikit kan.


Alang-alang dah datang bawa lampu sekali.  Pekerja tak datang hari ni sebab dah takda apa boleh buat dah.  Kena tunggu air masuk baru boleh proceed.  Tapi ni dah hantar lampu, mohon kerja macam biasa ye.



Copper untuk aircond dah pasang.  1 dalam master bedroom, 1 lagi kat hall.  Pergh, remuk hati tengok dorang hack gini kan.  Setakat 7hari ni dah 70% kot dah setel.


10/05/14 (Hari ke9)
Pergi hantar semua lampu dan kipas.  So dorang boleh pasang semua sekaligus hari ni.


Lompat manja-manja dah boleh sentuh.  Kalau lampu living hall Pijo memang boleh sentuh dah sebab ada lampu.  Tapi kalau tak tutup bim lagi nampak kecik rumah.  Takpela rendah sikit tapi dari segi ilusi optik rumah nampak besar.  Ye, ayat sedapkan hati.


  



Sebelum balik, semua kipas kat bawah dah settle.  Comel betul aku tengok babyfan kat dapur. Macam ko memang sebuah baby.  Sebuah la kan? 


Atas dah ready nak pasang downlight.  Kalau settle semua ni tinggal toilet bawah je lagi.  Bila boleh buat tu bergantung kepada bila air masuk.  Haih la air....


13/05/14 (hari ke12)
First sekali air takda lagi.  Pah ceroh tang malang la minggu ni, minggu ni.  Hari ni ada orang datang tengok rumah aku.  Potential customer Tik Ann.  Rumah dorang 1 row dengan aku.  Tapi bajet dorang besar.  Nak extend terus.


Grill dah pasang.  Tapi tak buat dengan Tik Ann ni.  Ni entry penuh pasal grill.


Ni kat hall.


Ni dalam master bedroom.  Tempat track lighting tu nak buat walk in wardrobe bila ada rezeki.  Bila ada rezeki tu bila aku tak tahu. Heheheh.


Bilik dieya.  Aritu dieya cakap nak jadi pilot.  Aritu la tak tahu la sekarang dah tukar ke belum kan.  So sebagai parents yang supportive, kitorang belilah lampu helikopter ni.  Semoga impian Dieya menjadi kenyataan. Wah gitu....  Eh, Amin.....


Aku panggil lampu binasakti.  Ni dekat entrance.  Aku boleh sentuh lampu tu, apatah lagi Pijo kan.  Tu progress setakat separuh hari.


18/05/14 (Hari ke17)
Beriye taknak pergi tengok rumah minggu ni sebab memang dah tahu takde progress sebab takde air kan.  Sekali samapi rumah meter dah ade!!! Tapi row lain row aku belum lagi.  Tapi air dah ada. Pijo sambung la getah sementara tu.  Dan yang penting inform Siam, so Siam boleh sambung buat keje. Ko selalu cakap takde air takleh wak keje sangat kan. Ha dah ada air ni aku nak tengok berape lama boeh siap.


21/05/14 (Hari ke20)
Siam cakap table top yang kitorang nak tu takde stock plak.  Kebetulan Pijo cuti, so Pijo dengan Dieya je gi jumpa Siam pilih warna baru.  Gigih Pijo whatsapp gambar update pasal rumah


Aritu cakap piping tu tanam.  Ni macam tak tanam je ni.  Siam cakap nanti cover dengan kabinet so tak nampak pon piping tu. Ah, takde, ko quote aku tanam dan aku bayar rm250 kot untuk tanam dan alih sinki. Kalo setakat buat luar macam ni aku pon boleh buat sendiri.  Kononnye la pandai kan.


Oh yeay, akhirnya meter air dah pasang.  Defect pon dah betulkan.  Sekarang tinggal second inspection dengan dapatkan third set of key je lagi.


Tempat laundry dah ada progress.  Good good!


24/05/14 (Hari ke 23)
Hamaigad!!!!!!! Terkejut kitorang.  Dieya pon terkejut.  Rabu aritu takde pape lagi, datang Sabtu dah settle dah.  Tinggal pasang paip je lagi.  Dan piping ditanam! Yihhaaaaa.  Hari ni kitorang banyak habiskan masa kat dapur sebab excited gile.  Hehehe


Finishing.  Jujur gak indon ni die cakap Siam suruh touch up mana yang perlu je.  Tapi dia rasa nanti tak cantik sebab cat pon bukan dari brand yang sama kan.  So dia willing cat balik 1 rumah.  Aku cakap, ha cat 1 rumah tau, jangan dengar cakap boss kau.  Hahahah.  Tapi betul jugak apa die cakap, nanti cat bercapuk-capuk la kan.


31/05/14 (Hari ke 30)
Alhamdulillah genap sebulan penyerahan kunci berlaku dan bayaran akhir dibuat.   Nanti bila rajin aku buat entry lain cerita apa yang aku dah buat k.  Dan Bermula la rutin baru bagi kami anak beranak....

1 comment:

cetot said...

sis lampu kapal terbang bilik dhiya tu beli kat mana ek? comelnyeee