Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 5, 2015

Nomad

Dapat je kunci dari Siam, secara rasminya kami dah boleh pindah.  Dan-dan tu jugak weekend gi basuh rumah.


Gate rumah aku ni memang sedia ada 'autogate'.  Tapi 'autogate' ke dalam.  Kena la mintak tolong anak dara cinonet nih tahan belah sana, aku tahan belah sini.  Takpe, jangan risau, gate besar.  Pijo lalu jauh dari Dieya pon.








Dieya la yang paling sibuk masa ni.  Semua benda nak buat.  Dah tarik air keluar, die bukak balik paip air.  Dah kene tarik lagi sekali.










Last sekali suruh Dieya basuh palang tangga,  Bagi besen ada air 1, bagi kain 1.  Ha, basuh la ko tangga sampai berkilat.  Aku buat keje senang aje.  Tugas aku basuh tingkap aje.  Untung wei pregnant nih.  Mengguna kesempatan betul.  Kalau ikutkan aku nak hire orang je basuh.  Senang kan.  Tapi Pijo nak basuh sendiri jugak.  Ala-ala bonding time gitu.  Layan kan aje....


Berkelah di rumah baru.  Berhati-hati tau makan tak bagi jatuh.  Kata baru lepas basuh rumah.  Sayang ok....  


Sepanjang proses pindah ni kitorang tak sewa lori pon.  Angkut segala benda dengan Exora semata.  Kitorang tak bawak barang besar pon macam peti sejuk, mesin basuh segala.  Sebab nak bagi sewa fully furnish kan.  Sekali angkat kasi penuh terus.  Selagi boleh sumbat, sumbat kan aja.  Pernah kitorng singgah TM kat Cyberjaya dengan penuh barang tu kan, guard tanya nak menjual ke kat dalam?  Tergelak kitorng.  



Semua sekali 7trip penuh barang.  Takde la kasi setel 7trip sekaligus kan.  Seminggu 1 trip aje.  Dan kasi setel terus barang yang bawak tu.  Susun siap-siap.  Yang kena pasang, pasang siap-siap.



 Aku bawak baju Aidan untuk dibasuh.  Sidai, next week datang lagi dah boleh lipat dah.  Dah boleh susun cantik-cantik dalam bilik.


Pinggang pon basuh siap-siap.  Next week dah kering boleh susun dalam kitchen cabinet dah.






Tugas Pijo assemble perabot, hang apa yang patut.  Kufi tu Fiza yang bagi.  Cantik kan.  Mekaseh kesayangan.






 Stor pon kasi setel terus.  Susun elok-elok.  Aku taknak main sumbat je.  Nanti pening kepala aku nanti nak ambil barang.  Rak yang bertingkek-tingkek tu aku susun ikut jenis barang.  


Bilik Dieya masih kosong lagi time nih,  Advantage susun terus ni by the time totally pindah, at least sebahagian prosess unpack dah setel kan  Boleh la rehat sikit.  Mak sarat noks time nih.  


Kitorang totally pindah on 12 June 2014.  Gigih tak aku ingat?  Eleh, google aje sebab first night aku kat sini masa world cup kick-off.  Malam tu panas yang rabbi.  Memang tak leh tido.  Aku dengan pregnantnye double panas ok.  Pagi-pagi buta aku boleh gi mandi.  Pijo pon mandi.  Dieya tak pernah-pernah terjaga masa tidur, boleh terjaga mintak air.  2kali plak tu.  Esoknye kitorang terus gi kedai beli aircon.  Tanye dulu boleh pasang arini tak since hari Jumaat kan masa terhad kan.  Bila kedai cakap boleh pasang baru proceed dengan model aircon dengan harga.

Sebenarnya kitorang kene halau dengan penyewa kitorang.  Hehehehe.  Owh ni penyewa lain.  Bukan penyewa yang aku cerita kat entry yang ni.  Siot je tak jadi pindah tapi tak cakap.  Aku tak marah tau kalau tak jadi pindah tapi at least inform la kan.  Pijo dah panas terus up iklan dekat mudah.  Sejam lepas tu bertalu-talu orang call tanya melarat sampai 2 hari lepas tu.  Gila hot Equine nih,  Tapi nak jadi rezeki si dia nih.  Dorang laki bini sewa  bilik selama nih.  Bini baru je beranak, then nak la proper rumah untuk anak ni kan.  Seriusnya dia ni sampai terus nak bank in deposit.  Aku plak yang cuak, suruh datang tengok ruah dulu.  Kitorang pon nak la kenal dulu tenant siapa kan.  Dah la tak sabar-sabar nak masuk rumah.  Bini dengan anak yang baru je dilahirkan still kat hospital.  Dia nak kalau boleh anak tu balik terus ke rumah baru ni.  Kitorang faham je.  Dan kitorang memang pulun habis-habis angkat barang even dia offer letak je barang yang belum siap packing dalam 1 bilik.  Bila-bila nak ambil pon boleh.  Tapi idok la aku nak kacau dorang anak beranak kan.  So kami kasi setel terus.. Deposit pon kasi kurang sebulan sebab faham je ada anak ni financial agak tight la kan.  


Dah gini la pulak rupa rumah aku sebab main campak je.  Makan bulan jugak la aku nak setelkan unpack nih.    Sekarang rumah aku masih lagi kosong.  Sebab masuk rumah Rafflesia ni kan tak bawak ape-apa.  Semua tinggal kat Equine.  Takpe....  Pelan-pelan kayuh kan....

No comments: