Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 28, 2015

Weekend project laki bini

Ni la bahayanya kalau join group deko-deko kat FB nih.  Tangan tak berapa nak bedung sangat.  Bajet pon selalu je kering tapi ada hati jugak kan.  Maka, project deko mendeko hanya buat apa yang terdaya sahaja.


Mangsa



Anak pemangsa.

STEP 1 : Buat line start dari tengah guna timbang air.  Pastu membawa ke atas dan ke bawah.



STEP 2 : Buat line dari atas ke bawah plak.  Pon sama start dari tengah bawa ke kiri dan ke kanan.  Mula-mula aku buat satu-satu.  Tapi bila dah boleh follow rentak die, hambek 5line terus dalam 1 masa.



STEP 3 : Sementara nak siapkan 1 belah tu, belah lagi 1 dah boleh bentukkan brick dah.



Dalam pada nak buat line tu, dah boleh dah pangkah siap-siap line yang nak buang.  So dalam 1 masa buat 2 kerja kan.  Cepat la sikit



Setel buang line yang taknak



Step 4 : Cat la plak



Step 5 : Lepas kering dah boleh bukak semua tape dah.



Puas hati sangat dengan hasil ni.  Aku up kan gambar dalam page Deko rumahku syurgaku.  Ramai cakap macam wallpaper sebab line same.  Gile wei berpinar gak la mata kot.  Tapi aku tak tahu kenapa, esoknya gambar aku tu kene delete dengan admin.  Sampa sekarang aku musykil lagi.  Tapi lantak la kan.  Hehehehe


Ni cat yang aku guna.  Sekeping lebih dinding tu guna dalam 1.5liter.  1liter RM30.  Brick yang aku buat tu panjang 6.5cm, lebar 22cm.  Size tape dalam 1.5cm 








No comments: