Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 13, 2016

Nagomi-ya, MMA Santai Corner

Okeh, kite skip dulu dengan entry pasal trip to Jepang yang masih lagi status draft.  Hikhikhik.

Aku dengan Pijo teruja sungguh dengan Jepun.  Maybe sebab Jepun negara pertama yang kitorang mengembara kan.  Pengembara tu...  Perkataan tak nak kalah kan.  Kalau dulu restoran Jepun bukan pilihan la kalo nak makan-makan.  Sekarang tidak lagi.  Sebab tu kitorang teruja bila Ayam-ya bukak dekat foodcourt KLIA2.  Tapi kitorng lagi teruja bila Restoran Naritaya bukak cawangan pertama dia kat Malaysia.  Kat Nilai plak tu.  Keterujaan tersebut membuak-buak sebab kitorang try ramen dorang dulu.  Pergh wei, tolong r percaya aku cakap, sedap gile kot ramen die.  Masa tu takde orang sangat so borak panjang dengan Chef Restoran Pokok Pisang, Asri yang kebetulan masak kat situ.  Orang Malaysia plak tu.  So memang banyak la nak borak kan.  Amin, kitorng punye tourist guide yang banyak tanya brother Asri tu.  Aku dengan Pijo just celah-celah je.   

Pasal Naritaya tu nanti-nanti je aku cerita.  Ni nak cerita pasal Nagomi-ya.  Nagomi-ya ni ala-ala joint venture antara Chef Takuya Seki dari Restoran Naritaya, Asakusa dengan Chef Khalid dari Restoran Pokok Pisang kat Ibaraki yang memang dah lama menetap kat Jepun.  So ko faham tak ketulinan masakan Jepun yang dorang masak kat Nagomi-ya ni.  

Ok jap, sebelum aku share menu dorang ni meh aku share sikit pasal chef-chef Nagomi-ya.

Chef Takuya Seki ni nama Islam die Thariq Seki.  Haah wei, Alhamdulillah Seki-san ni convert kepada Islam.  Baru lagi.  Kalau tak silap aku tahun lepas masa Dr Zakir Naik datang berdakwah kat Jepun.  Sempat borak dengan dia semalam, dia cakap orang Malaysia baik.  Kalau ada rezeki dia nak cari jodoh orang Malaysia.  Ala-ala nak settle down kat Malaysia gitu.  Semalam aku sempat usha dia bukak puasa dengan kurma.  Aku terus melantak dengan gelojohnya.  Malu sesaat.  Ngeeeee~~~~

Chef Khalid pulak memang orang Negeri Sembilan.  Aku dapat syak die mesti dah lama menetap di Jepun.  Sebab cara die bounce tanda hormat orang Jepun tu tak kekok langsung.  Macam dah sebati dah.  Die communicate dengan Seki-san pon dalam bahasa Jepun.

Ok jom kite tengok menu dia.

Menu no. 1 tu ko refer kat gambar belah kiri.  Yang belah kanan tu adalah menu no. 2.  Kara-age ni ala-ala ayam goreng la.  Tapi bukan ayam goreng.  Sama tapi bukan dia. Haaaaa gitu.  Nihon curry atau japanese curry yang die buat adalah kari ayam dan kentang.  Kalo korang pernah makan kari kat kedai makan Aladdin kat Kawaguchiko, sedap gile kan?  Haaaaaaaaa, lebih kurang dengan nihon curry dorang ni.  Pergh kan?  Memang pergh gile weiiiii.

Ni portion die yang pijo order.  Memang kenyang sangat-sangat

Cucuk pinggang die... cucuk pinggang die... xgeli pon ko kan....

Eh, die yang mintak nak bergambar dengan kitorang ey... kitorang on jew... hewhewhew

Lepas Pijo tunjuk gambar ni baru die ingat kitorang.  Maybe sebab ade Amin. Hehehehe.  Eh, tapi korang datang la kat foodcourt ni.  Try menu die ni.  Kalau korang pernah gi Jepun mesti korang dapat rasa yang makanan dorang masak ni memang sebijik sejibon rasa kat Jepun.  Kalau korang dalam plan nak g Jepun, why not korang try dulu kat sini.  Ambil aura Jepun tu.  In shaa Allah memang puas hati dan berbaloi-baloi.  Kalau gi sana, kem salam kat Khalid dengan Seki-san ey.

2 comments:

best amazon products said...

best sound bars

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)