Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 8, 2014

Sport Day

Menyeportdaynye dah lama sangat.  Tapi sebab dah berdraft so memang aku tepek jela gambar kan.  Sebelum sampai tu memang aku dah plan dengan Pijo kitorang kene buat berlakon macam drop je Dieya kat teacher sebab kena pergi kerja.  Banyak kali juga la kitorang ingatkan DIeya yang kitorang terpaksa pergi kerja, dan tak boleh stay.  Ada pengalaman kot dulu masa konsert Dieya dekat SBC, memang kaku kot Dieya, tengok je kitorang.  Mungkin malu ramai orang kot.  Macam mengharapkan kitorang tolong selamatkan dia.  Dan kitorang memang tak selamatkan dia pon.  Muhahahahah

Sampai tu aku je turun bawak Dieya masuk dewan, dan Teacher Suzy terus pegang tangan Dieya bawak masuk barisan.  Selamat part tu.  Hehehehe.  Aku cari tempat paling belakang tapi sebab dewan tu takde la besar mana sangat kan.  So tak la belakang sangat pon sebenarnya.




Ada sebab kenapa Dieya berselindung disebalik sepanduk tersebut.  Sebab ada clown!  Hahahah.  Anak aku ni memang sejenis yang takut dengan clown.  Gambar yang no.2 tu Dieya tengah usha clown la tu.  Bila sepanduk tu dah takleh cover pandangan mata dia dari clown, Dieya akan gerak kan sikit sepanduk tu supaya boleh cover balik.  Aku dengan Pijo kat belakang dah gelak-gelak dah tengok Dieya berusaha taknak nampak clown.  Ke taknak bagi clown nampak die?

Dieya macam cari-cari juga kitorang.  Gigih kitorang sembunyi disebalik enset la, disebalik camera la.  Punya la taknak spoilkan mood Dieya bersukan kan.


Ni keadaan dewan badminton dia dari tempat aku.  Macam tak semenggah sikit kan.  Ala, bayar pon 20hinggit je kot.  Ko nak taraf olimpik celah mana kan dengan 20hinggit kan.


Pertunjukan pembukaan dari budak umur 6tahun.  Aku kagum sangat dengan diorang.  Diorang perform memang ikut music semata-mata takda teacher yang guide pon.  Macam dorang faham bila music gini, gini kena buat.  Bila music gitu, gitu kene buat.  Aku dulu 6tahun tak faham sangat kot arahan.


Get ready untuk matching.  Kelas Dieya untuk umur 3tahun, yang paling muda la kan.  Ada sekelas je. Memang nampak perbezaan fizikal dan keserasian antara budak 3tahun, 4tahun, 5tahun dengan 6tahun. Kalau budak 3tahun tu macam duduk je dan ramai teacher kat situ.  Umur 5 tahun dah boleh tinggal terus. Dorang main sesama diorang, gelak-gelak, pergi situ pergi sini.  Masa ni Dieya dah nampak dah kitorang. Kitorang memang sengaja tunjuk muka dah.  Sebab taknak la dia rase semorang ayah semua ibu datang tapi ayah dengan ibu dia tak datang pon.  Sob sob






Mase ni kitorang macam terkedu jap.  Eh, Dieya yang kena pegang sepanduk?  Serius?  Ke sebab Dieya duduk depan tadi?  Tapi dorang ada rehearsal seminggu sebelum.  Mestila dorang buat apa yang dorang rehearse kan aritu kan.  Maknanya mungkin memang Dieya yang kena pegang sepanduk.  Sepanduk je pon kan, tapi aku punya bangga dengan Dieya tu macam dapat nombor 1 dalam periksa.  Hehehehe




Bangga wei, serius bangga!  Bangga dengan Dieya.  Bangga dengan kematangan Dieya.  Bangga dengan kepercayaan yang teacher bagi kat Dieya.  Memang la pegang sepanduk je pon kan, tapi knowing Dieya, student yang teacher Suzy dan Teacher Jessie cakap memang boleh diharapkan.  Alhamdulillah










Comel Dieya malu-malu nak lambai-lambai kat parents.  Cikgu Suzy still kene guide kalau tak memang Dieya takleh control bagi tegak je macam tu kan.


Sepanjang matching ni, aku tukang rekod, Pijo tukang amek gambar.  Aku rasa orang sebelah-sebelah kitorang ni mesti tahu Dieya ni first child kitorang.  Beriye die lain macam kan.  Kalau anak dak 3, 4 mesti dah macam rilek sikit kot kan.


Ni masa nyanyi lagu Negaraku












Warming up.  Gigih teacher pon berwarming up kat belakang.  Banyak lagu gak la dorang berpompom nih.  Ade This is for Africa siap.  Best!  Seronok tengok dorang follow principle kat depan sambil nyanyi-nyanyi.






Anak sape la tu orang dah pandang depan die masih terkial-kial nak pusing.  Heheheh.  Mase ni Pijo cakap dah boleh dah ni nak g dekat dengan Dieya.  Sekali Dieya tak perasan pon ayah ade betul-betul depan dia. Beriye ey ko Dieya kalau bab-bab menari nih.


Tengah plan strategi dengan Aleesha.  "Kita kena tunjukkan yang kita boleh tau Aleesha".  Gitu....








The only game untuk yang umur 3tahun.  Sebenarnye 1 umur 1 game je pon.  Macam ni hanyalah acara suka-suka nak bagi budak-budak happy, nak bagi parents kenal, nak bagi peluang parents nak berjumpa dengan teacher.












Dah habis turn bersukan terus amek trofi.  Terus amek gambar sekelas macam ni.  Terus boleh balik. Takyah tunggu pon sampai habis.  Ha kan betul tu macam saje-saje je sport day ni nak wujudkan dalam kalendar sekolah je.  Tapi tula, ko pon bayar RM20 je kot.  Ko nak lebih tang mana kan....


Muka bangga dapat trofi.  Dah patah dah pun trofi tu.  Sebab excited sangat sampai asyik nak pegang je. Tapi beliau berjaya diselamatkan oleh Pijo yang ensem.   Auuuuuuuummmmmm.  Eh, motif?  Heheheh


Ni la clown yang menghantui Dieya sepanjang sport day ni.  Tapikan clown ni memang tak friendly pon. Macam terpaksa jadi clown tau.  Dia takde pon terkinja-kinja tau.  Gitu la muka dia dari awal sampai abis. Dieya dapat gak balloon ni tapi ayah yang kena paksa ambil.  Nama Dieya nak ambil sendiri memang tak la kan.




Favourite teacher Dieya,  Teacher Suzy.  Ala... teacher Suzy dengan teacher Lin je pon yang ajar Dieya kan.



Ni la sepanduk yang Dieya bawak tadi.  Yang buat aku bangga gile tadi,  yang buat aku rasa nak nangis sebab rasa dah besar sangat dah anak aku nih.  Motherhood sangat kan....

In shaa Allah, kitorang tak bercadang pon nak pindahkan Dieya dari branch ni even dah pindah Semenyih. Lagi 1 faktor yang kitorang suka kat branch ni, masa makan, dorang kan duduk ramai-ramai macam ala-ala kantin gitu kan.  So kakak-kakak yang umur 5, 6 tahun ni ditugaskan jaga dan pantau adik-adik yang umur 3, 4 tahun nih.  Canne aku tahu?  Dieya selalu sebut nama Ho Cheng dengan Hon Yi.  Tapi dua-dua tu bukan classmate Dieya.  Bila aku tanya teacher Lin, then Teacher Lin cakap la yang Ho Cheng dengan Hon Yi ni memang suka berkawan dengan Dieya.  Dorang practisekan macam tu, at least budak belajar berdikari dan belajar berkawan dengan orang yang lagi besar kan.  Ntah la wei, maybe sebab aku suka kot Dieya kat sini.  So semua pon kau berkenan la kan.  Tapi ada je yang tak berkenannye, but hey! aku pon tak prefect kot jaga anak kan...  Tapi sebagai mak, aku berusaha menjadi yang terbaik.  Tu je bezanya...

Thursday, July 17, 2014

Happiness Of The Day - June 2013

03/06/14
- Fiza ajar prenatal exercise.  Nak start la malam ni.  Yeay!!!!!!!
- Dah bermessage-message dengan kakak yang jual Tanamera.  RM335/set.  Paling murah setakat ni.

04/06/14
- Rezeki-rezeki!!!!  Padil belanja Tony Romas kot wei!!!!!  Semoga murah rezeki ye padil.  Sayang ko.  Eh?  Hahahahaha

05/06/14
- Makan-makan kat halfmoon sempena farewell Padil dan birthday dorang-dorang ni.  Balik tu makan kek plak.  Kami happy tanpa negative energy.  Heheheheh.

09/06/14
- Eh eh, Pijo ajak gi Tewah usha langsir la...  I loike~~~~

10/06/14
- Waaaaaaaa!!!!!  Kak Maz pregnant la dah 7minggu.  Alhamdulillah.  Happy sangat ok!!!!
- Dah dapat dah jersey brazil.  Boleh pakai Jumaat ni.  Yihaaaaaaaa

16/06/14
- Agreement rumah dah settle.  Dan prosesnya amatla senang.

18/06/14
- 19kg turun wei ko ecah!!!!!  Aku memang tabik spring kat ko.  Bangga sangat!!!

19/06/14
- Alhamdulillah, HP loan aku lulus...  Welcoma back viva...

24/06/14
- Kenyangnye la makan kat banana leaf siap 4senduk nasi kot....  dan paling best sebab Dila belanja.  Hehehhe

25/06/14
- Esok kembalila kami kepada pengguna tegar Viva.  Yihhaaaaaa!!!!!  Aku memang suke Viva.
- Alhamdulillah ada transaksi untuk AKS

26/06/14
- Kak Mas belanja Nasi Beriani wei!!!!!!!!!  Heavy breakfast tapi ada aku kisah kan.  Hehehehe.  Eh, banyak bende yang menghappykan aku berkenaan makanan nih.  Memang dasar kan....
- And of course la sebab arini payday

Monday, June 16, 2014

3rd Birthday

Okey.... Kita tinggalkan hal rumah kejap.  Kita kembali kepada hutang yang lama-lama.  Dah lama sangat dah ni status draft entry ni, since 3 Mac kot.  Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menganggap ni adalah entry baru.


3 Mac 2014 jam 1738 genap Dieya 3tahun.  Alhamdulillah membesar dengan cerdas dan cergas.  Kitorang agak excited walaupun bukan first time Dieya celebrate birthday kat sekolah.  Tapi itula ibu Dieya.  Memang drama lebih.  Aku siap ambil halfday tau punye la nak join birthday celebration Dieya kan.  Eleh, Pijo pon sama.  Siap nak masuk office lambat tu.


Aku dah tanya Principal dulu jam berapa kitorang boleh datang.  Taknak la kacau diorang tengah belajar kan.  Ni kitorang sampai masa snack time.  Ala-ala surprise gitu untuk Dieya.  Sebab tu la kitorang excited, first time kan nak surprisekan anak sendiri.  Dieya terkedu nampak kitorang dalam class dia.  Memang tak bergerak Dieya kat meja.  Tapi mata tak putus-putus pandang kitorang, sambil mulut kunyahnya sambil muka blurnya.


Dah habis biskut dalam mulut baru sedar dan berada di alam nyata.  Baru la nak ke depan pon.




Eleh senyum-senyum plak Dieya tu.  Malu-malu la tu ibu dengan ayah buat surprise tu.


Ni Teacher Lin.  Suare nyempreng betul.  Sakit gak la telinga kitorng sebab dia ni jenis cakap kuat.  Canne la budak-budak ni nak kena hadap setiap hari kan.  Tapi Teacher Lin ni baik.  Dia la yang masak setiap meal kat QDess nih.






Masa nyanyi suara aku la paling kuat.  Baru la orang tahu aku la mak pengantin kan.  Ko tengok tu anak Cina memang air masak sebesar-besar tidak tumbler kan.  Bagus betul.  Anak aku susahnye la hai nak suruh minum air masak.  Tapi kalau Teh O Ais memang laju.


Ni Teacher Suzy, cikgu kelas Dieya.  Dia dari seorang accountant, berhenti, kerja kat sini.  Dia cakap dia sangat suka budak-budak, so apa ada hal benti kerja yang asyik la tension dan kerja ngadap budak yang dia memang minat kan.  Susah wei nak ajar budak-budak yang not even 3tahun pon lagi kan.  Ramai plak tu.  Memang nak kene sabar banyak.  Owh suara dia pon nyempreng ok.




Cake cutting.  Eksyen je lebih.  Aku memang sampai kesudah fail sket kalau potong cake ni.  Suka la aku gambar ni.  Sebab aku nampak excited gila.  Muhahahahha






Ololololololo....  Comel sangat sorang-sorang Teacher Suzy ajar wish birthday kat Dieya.  Aku memang senyum je manjang wei time ni.  Memang comel sangat aku rasa.


Sampai la turn Aleesha.  Dah takde salam-salam dah.  Terus peluk terus.


Lama plak tu peluk sampai Teacher Suzy kene leraikan.






No!!!!!!! I wanna hug my bestfriend more and more and more!!!!!!!!!  Dieya poyo je buat muka pasrah.  Huh!!!!  Padahal tak sabar nak makan cake tu.


Ni la Clevent yang selalu buli Dieya tu.  Dieya cakap la, aku tak rasa Clevent tu buli Dieya kan.  Fizikal paling besar dan paling berani pon.  Clevent wakilkan classmate dia yang lain say thank you kat aku dengan Pijo sebab bawa cake.  Cikgu Suzy cakap, Dieya, Clevent dan Fatimah top 3 dalam kelas.  Memang masing-masing fight each other.  Syukur Alhamdulillah, Clevent anak cina yang kita tahu akademik dorang macam lebih sikit kan.  Dan Fatimah anak negro yang memang fluent gila English.  Dieya kat rumah memang cakap Bahasa Melayu dan alhamdulillah Dieya mampu bersaing dengan kawan-kawan dia yang lain yang mungkin aku boleh cakap ada advantage dari segi bahasa Mandarin dan English.








Ok, ibu ko memang hover kan Dieya.  Saba jela...  Aku tengah tahan nangis sebenarnye masa ni.  Macam sedih, eh bukan sedih, terharu pon bukan, tapi one kind feeling macam dah besar dah anak aku sebenarnya. Pernah je Dieya suruh aku benti cakap sebab asyik cakap je.  Pernah jugak Dieya cakap taknak la main rambut Dieya masa aku usap-usap rambut dia.  Ha, faham tak aku memang dah ada anak dara dah sekarang.  Tapi budak ni manja yang amat jugak kadang-kadang.  Kalau time manja tu mula la panggil aku mama la, mummy la, panggil Pijo papa la.  Anak...Anak...


Classmate Dieya tapi ni tak update punya.  Ada 2 orang lagi baru masuk on 1 March teacher cakap.  2orang je melayu,  Dieya dan Aleesha, tapi dorang tersalah buat chinese.  Dorang 2 orang ni memang rapat sampai Teacher Suzy cakap dorang ni bestfriend.  Yela, kan dorang ni berkawan sejak kat Sinar Bestari Ceria lagi kan.  Dieya selalu bercerita pasal Clovis, Fatimah dengan Ryan.  Clevent pon selalu, tapi cerita yang macam 'Clevent buat Dieya nangis', 'Clevent tarik kerusi Dieya', 'Clevent buat tu', 'Clevent buat ni'.  Macam dah mangsa buli Clevent dah Dieya ni.  Heheheh.  Lebihkan aku kan.  Pernah aku cakap kat Teacher Suzy, saja je nak cakap secara tak langsung yang Dieya kat rumah bercerita apa yang jadi kat school.  Clevent ni memang nakal sikit sebab saiz dia yang paling besar antara classmate dia.  Tapi teacher memang perhatikan dia sentiasa.  Eh, tadi dah cakap dah kan.  Ngeeeee~~~~~


Serius ni sangat comel!!!  Teacher cakap semua student ada tempat letak kasut masing-masing, ikut kelas. Student memang dah tahu tempat dorang.  Ambil dan letak kasut kat tempat sendiri.  Kalau masa nak tidur pun sama.  Masing-masing ada katil sendiri.  Dorang bezakan dengan nombor kat katil tu.  Masuk bilik nak tidur, sila cari katil sendiri ye dan tido.  Agak disiplin di situ kan.  Benda kecil je tapi kalau takda benda kecil tak kan ada benda besar kan.


Malam tu makan cake lagi.  Yihhhaaaaaaa!!! Ada je video Dieya malu-malu masa kitorang nyanyi birthday song kat Dieya, tapi ntah nape ntah tak boleh nak upload plak.  Aku kan buta IT walaupun laki aku kerja IT. Owh, walaupun aku dapat A masa belajar C++ dulu.  Eh A ke ek?  Ah, yang penting lulus la.  Tapi jauh sangat gap lulus dengan A kan.

Next weeknya kitorang ada organise birthday party Dieya.  Sangat simple kali ni.  Mula-mula ingat taknak buat sebab aku kan pregnant kan.  So ketidaklaratan atau lebih tepat kemalasan agak ketara la kan.  Tapi kesian plak kat Dieya.  Dieya kan dah faham birtday tu apa, blow the candle seme bagai tu kan.  So, buat la jugak.






Kali ni buat kat Taman Wetland, Putrajaya.  Tempat ni macam takda orang pon datang.  Memang sunyi je. Kalau sorang-sorang memang aku takkan datang sendiri.  Scary mary mak noks.  Aku jemput whatsapp group wifey je dengan bestfriend Dieya, Aleesha.  Aku macam buat ala-ala play date la untuk Dieya kan. Tapi tak ramai yang boleh datang.  Yela, aku cakap pon memang dah last minit dah kat diorang kan.




Angin kuat yang amat.  Tengok la balloon tu.  Tu hellium punye balloon tapi takleh nak berdiri tegak macam biasa, dan kena pegang siap.  Kalau tak memang dah kemana-mana dah balloon tu.




Tutu ni kan hadiah dari Ina.  Cantik kan.  Dieya pon suka sangat pakai.  Sekarang ni pon kat rumah pon kadang-kadang nak pakai.  Barula nampak keperempuanan Dieya kan.  Heheheheh.  Baik Auntie Ina ni kan Dieya.  Walaupun tak sempat datang masih ingat kat awak.  Mekaseh babe.  Mekaseh buat Dieya nampak soft.  Muhahahahahah.










Boleh katakan seme buat sendiri kecuali popcorn tu la kan.  First time masak bihun bagi orang makan.  Serius cuak.  Kalau ikutkan aku nak belikan KFC je senang.  Kan tak ramai sangat boleh datang dah.  Tapi Pijo yakin dia boleh masak bihun goreng.  Ha, tak caya?  Betul la Pijo yang masak bihun goreng tu tau.  Aku tolong potong-potong bawang je.  Sekali tengok dorang tambah bihun tu.  Haaaaaa, sedap la tu kot kan.  Aku tak berani nak makan.  Muhahahahahha.






Naufal dan Nuqman je boboy time tu.  Takda pulak gambar Nuqman masa ni.  Sorry ye sayang,  Maklang taknak kacau awak tidur.




Sebab outdoor, aku prepare bubble gun dengan UFO-la-kot-nama-dia tu bagi budak-budak main.  Sofea yang pertama sampai.  Mekaseh ye Sofea.  Dah la comel gile budak ni kan...  Gigit nak?  Geram aku!






Kitorang memang ada masalah dengan balloon tu.  Sebab angin kuat sangat kan.  Owh, kat taman ni memang ada wakaf macam tu dalam 4 ke 5 buah je kot.  Risau gak kitorang kot-kot masa ni full house kan.  Sebab week before tu kitorang gi memang semua ada orang.  Erk, ok lebih spesifik, orang tengah dating.






Masa cake cutting ni berlaku sedikit drama.  Aleesha merajuk tu ha....  Sebab merajuk tak tahu.  Pastu lepas nyanyi Allah Selamatkan Kamu untuk Dieya, untuk Aleesha dan untuk Sofea, (yes, 3 kali nyanyi lagu sama) Dieya pulak merajuk.  Dieya merajuk sebab Aleesha merajuk.  Boleh?  Motif ko Dieya?  Semangat setiakawan kuat sangat ni Dieya dengan Aleesha ni.  Dieya selalu cakap kat school dia ada ramai friends tapi Dieya sayang Aleesha je.  Boleh?  Lantak kome la tapi ibu doakan kamu berdua berkawan sampai bila-bila tau.  Ingat freindship korang masa kecil ni.




















Aku suka gambar dorang main lari-lari canggini.  So aku letak banyak sikit.  Ha, betul-betul nampak aku suka dengan gambar ni kan.  Dorang ni siap berani nak main jauh-jauh.  Dieya la tu kepala tu.  Dieya tak lari patah balik so semua pon tak lari patah balik.  Tapi dorang pelan-pelan makin ke depan makin kedepan sambil tengok kitorang.  Nyenyeh gila aku rasa dorang masa ni.  Comel giler ok.


Ni budak bambam ni kesian.  Geram Aya tengok kawan-kawan main-main tapi Aya tak boleh jalan lagi.  Sabar ye Aya, lepas ni dah dapat jalan Aya suruh mummy buat playdate selalu ey.  In shaa Allah auntie bawa Dieya sekali.  Auntie memang suka aktiviti-aktiviti playdate nih.

Terima kasih sangat semua yang sudi datang playdate ni.  Terima kasih sangat buat Dieya happy.  Dieya sangat happy masa ni, dan dah tentula aku dengan Pijo pun happy.  Sebenarnya aku ada plan something untuk birthday Dieya tahun ni, tapi aku tak mampu nak buat lagi.  In shaa Allah satu hari nanti.  Kalau bukan masa birthday Dieya, in shaa Allah masa birthday Adik.  Semoga dipermudahkan....  Amin....