Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 11, 2014

Kota Kinabalu Trip - Day 2

Bangun-bangun pagi amek udara segar dulu kan luar.  Memang segar gile...  Nyaman sangat.  Mata pon nyaman sangat.  Tapi kejap je lepak luar sebab takde port sesuai untuk lepak pon.


Aku suruh Pijo hembus nafas tapi tak nampak kan macam berasap kan?  Memang la sebab memang tak berasap pon.  Saje je buat drama sebabak.




Yang hujung ala-ala membawa diri yang lara tu bilik kitorang.  Bilik ni je tak attach dengan bilik lain.  Nak buat bising pon takde la mengganggu ketenteraman awam.  Faham tak?  Tak faham kan maksud aku? Bagus.  Tak yah faham.  Hehehehe.  Tapi tak bestnye bilik ni sebab mengadap pokok semata.  Memang tak nampak pape la.


Budak ni memang payah nak selimut sikit.  Tido dalam aircond pon selambe die je taknak selimut.  Kalo aku selimut dengan lemah gemalai macam mana pun Dieya tetap akan terjaga.  Tapi ni Dieya memang berbungkus dalam selimut.  Dengan glove la, dengan sock, bersweater bagai.


Aku mintak tukar bilik ni.  Tapi semua dah full.  Bilik ni macam best sebab mengadap gunung ganang.  Siap ade swing kat luar boleh feeling-feeling obersea sambil hirup chocolate panas.  Ok dah, takyah nak over sangat nak imagine pon.   Then siap-siap semua bagai, check out, terus gi Kinabalu Park.  Dekat je dengan J Resident dalam 500meter je.






Oh, kalau korang pergi sini please jangan terlepas port ni.  Memang sini je pon yang nampak gunung bentuk orang tengah tidur tu.  Perasaan ke idok gunung kat belakang tu macam tengah baring mulut terngangakan.... Subhanallah, ciptaan Tuhan kan...  Aku betul kagum dengan suasana kat sini.  Sangat kagum.  Rase kerdil je diri ni.




Mula-mula nak tunggu kabus tebal tu melintas depan gunung tu nak bagi nampak dengan jelas bentuk batu tu.  Mula-mula kabus ke kanan, sikit je lagi nak habis die ke kiri plak.  Sikit je nak habis die ke kanan plak. So memang xde rezeki nak ambek gambar clear tanpa kabus.  Tapi tak pe, ade rezeki boleh datang lagi. Haaaaa, kukuh kan alasan aku.






Ikut je jalan keluar so akan sampai kat sini.  Kitorang memang plan nak breakfast kat sini.  So aku asingkan siap-siap roti bawa dari semenanjung sebab sana takda gardenia kan, tuna, air mineral dengan susu lembu semalam tu.  Nyamannye SubhanAllah, serius aku cakap.  Kalau ada hot chocolate lagi marbeles nih.


Nampak jalan kat belakang tu?  Maknanya apa? Maknanya port tadi tu memang dekat dengan entrance. Sebab tu aku cakap ikut je jalan keluar.


Kuat na tido budak nih.  Masuk kereta je tido.  Memang ikut perangai aku sebijik.  Macam la penat sangat bawa beg bagai.  Heheheh.  Tapi betulla... Aku rasa seorang ibu dan tidur dalam kereta memang tidak dapat dipisahkan.  Sebab masa tu la kite macam boleh rehat sikit kan.  Ke aku je ni?  Korang pon kan? Erkkkk......






Next, Poring Hot Spring.  GPS koordinat Poring yang dekat excel aku buat tu tersalah tau.  Kitorang ikut koordinat tu ntah mana-mana dah die bawa.  Curam gile sampai kete Gen2 depan kitorang pon tak lepas tau.  Nasib memandu pelancong kitorag yang name Pijo tu cekap.  Kat sini dah kat bawah dah, so dah tak sejuk dah pon.  Oh ye, jangan buang tiket Kinabalu Park tau.  Sebab boleh pakai kat sini sekali.  Maknanya kat sini dah tak yah bayar dah.  Aku tak berkenan sangat kat sini sebab ade anjing merayau selambe je kat sini.  So tak confident sangat nak berhot spring kat situ.  Ade je indoor jacuzzi, so macam private la sikit kan.  Bayaran die RM20 perjam kalo tak silap aku.




Ni aim aku sebenarnye.  Nak sangat Canopy Walk ni.  Tapi macam kene meredah onak badai yang berduri sikit.  Takde la, die macam kene hiking sikit.  Sikit banyak mana aku tak sure la sebab tak pergi kan.  Keneabayar asing yang ni.  Ha, gambar kedua tu cakap kenapa aku takleh bercanopy walk.


Taknak la rasa macam datang sini tak buat pape kan.  So kesini la kami berendam....


Erk, okay Dieya dengan Pijo je berendam.  Kenalah aku jaga beg dorang nih.  Ha, nampak tak berkiranya aku kat situ.


Korang rase kalo ada kecemasan dorang ni campak je henset ke letak elok-elok atas kerusi pastu baru selamatkan orang?




Seronok betul mektok ni sorang.  Gigih plak tu tak bagi Pijo pimpin nak jalan sendiri padahal air paras dada. Tapi takpe, confident itu sangat penting kan...









Amboi berasmaradana nampak....  Ibu jeles tau Dieya.  Aip!!!!!!  Dorang ni memang, suka buat hati ai bergelora...




Yang ni aku paling jealous.  Aku memang suka main gelongsor air ni.  Aritu kat  Gold Coast Morib berulang-ulang aku main.  Dah la ngadap kerusi orang baring-baring tu.  Kesian dorang rase tempias air bila aku sampai bawah.  Maklumla, muatan lebih.  Hehehhehe.  Ada kat A'Famosa tu ko naik bukan main lagi berpuluh anak tangga kena daki sekali turun dalam kurang 5 saat tau.  Boleh bayang tak betapa curamnye gelongsor tu.  Bestnye!!!!!!!

Keluar tu kitorang singgah tengok Rafflesia jap. Rezeki dapat tengak Rafflesia sebab bukan ade sentiasa pon bunga ni.  Tengah-tengah bayar tu tibe-tibe anjing besar keluar dari pondok bayaran tu.  Terjerit aku terus masuk kereta.  Faham je kat sane memang bukan majoriti Islam pon kan tapi sekurang-kurangnye ko ikat betul-betul anjing tu boleh tak.  Isk!


Ha ni la tempat yang aku bayar RM10 sorang ni kalo nak masuk tengok Rafflesia.  Punye la aku imagine at least tempat die proper la sikit kan.  Ni macam betul-betul kawasan rumah.  Mula-mula aku rasa macam tak berbaloi.  So nak rasa berbaloi tu macam-macam aku tanye si Porin tu.  Muhahahaha.  Porin name tourist guide tu.  Porin stay kat Poring.  Comel je kan.  Ok tak comel.  Porin cakap depan tu rumah kakak dia.  So ni tanah kakak dia la.  Nak dijadikan rezeki kakak die tumbuh Rafflesia kat situ.  So terus pagarkan, commersialkan Rafflesia kat situ.  Ek, macam tak sesuai je commersialkan tu kat situ.  Ok, rezeki bergolek la kot kan.  Rafflesia ni kembang dalam seminggu je.  Time ni hari kedua.  Memang tengah betul-betul kembang.  Sekali sekala bau Rafflesai ni.  Takde la busuk macam bangkai macam orang cakap tu.  Tak busuk pon tapi bau la kan.  Bau macam bunga yang dah layu dah buruk tu.  Aku sempat bau sekali je.  Pijo banyak kali jugak r bau.  Nampak tak Pijo lagi peka dari aku?




Setakat tu je boleh masuk.  Porin kate Rafflesia ni sensitif sikit.  Kawasan die takleh kacau sangat.  Sebab tu kene pagarkan.  Eleh, cakap jela ko takut budak2 terpijak ke apa kan.  Heheheheh.  Cuaca pon nak kene redup je.  Tak boleh panas tak boleh sejuk.




Ade 2 kuntum lagi nak kembang.  Tapi ni pon macam masa berminggu-minggu nak kembang.


Yang ni baru je mati.  Nak tumbuh 1 kuntum ni makan bertahun-tahun.  Sebab tu la dorang betul-betul jaga Rafflesia ni.  Mase kembang jela boleh buat duit.  Lepas tu tunggu bertahun-tahun lagi nak ade lagi.


Perasan tak seketul bulat tu kat akar tu.  Tu tunas Rafflesia la tu.  Y, dah berulang kali aku ulang, makan bertahun-tahun nak kembang.....


Akar dia menjalar ke atas.  Yang kurus-kurus tu akar dia la.  Kena ada pokok besar untuk tumpangkan akar tu.  Kawasan ni dah lebih 20tahun dorang jaga.  Segala fakta ni Porin yang cerita tau.  Aku tak kaunter check la pulak kat internet betul ke tak.  Aku percaya kan aja sebab mestila Porin ni nampak sendiri progress Rafflesia ni kan.  Kitorang keluar masa pelancong dari China nak masuk.  Kesian dorang ni, bodoh-bodoh je RM30 sorang kena ketuk.  Masa register, Pijo cakap ramai gila pelancong dari serata dunia datang tengok.  Ala setakat RM30 tu macam takde hal la bagi dorang kan.  Sebelum balik tu aku paksa Porin nyanyi lagu Jambatan Tamparulin.  Kejam tak aku.  Muhahahahha.  Die kate Stacey tu kaum die.  Dah aku suruh la die masuk AF.  Poring cakap, kalo suara sik kacak kamu ingat boleh masuk itu tv tu? Suara, kacak?  Erk......  Hukum DM ko mane?


Dan tido lagi.  Sambil makan lollypop.  Lollypoop tu kitorang beli sebungkus sebagai umpan Dieya kalau buat perangai.  Percentage Dieya buat perangai memang la berkurang tapi hati aku panas je tengok Dieya makan lollypop.  Kitorang kan memang tak ajar sangat Dieya berjajan.  Bab tu memang aku jaga sikit. Kecik sangat lagi nak consume benda-benda manis ni selalu.  Ada juga member-member aku cakap kesian Dieya tak dapat enjoy her childhood.  Senyum jela.  Then aku faham, childhood maybe bagi dorang adalah bagi je anak-anak makan jajan banyak-banyak.  Betul la kot konsep tu.  Tapi bukan pada aku.  Childhood bagi aku bagi anak-anak happy tapi bukan dengan berjajan.  Main sama-sama dorang happy jugak what... General ok, sangat general.  Bergantung kepada mak bapak budak tu sendiri.


Next, Tagal, Sungai Moroli.  Masa beli tiket pon selambe je anjing kat situ.  Memang la jinak, tapi sedikit tidak gemar disitu.  Nasib bukan kampung aku.  Aku ni kucing pon aku takut ni kan pulak anjing.


Siap ade nombor, kena ikut turn tu nak masuk.  Setiap group diberi masa 15minit berspakan ikan bapak besar.  Pandai marketing dorang ni, kat kaunter dalam ni baru cakap nak amek gambar kena bayar.  Kat kaunter depan takde plak ko cakap kan.  Dah bayar masuk ni, takkan la ko taknak amek gambar kot kan.




Geli wei!!!!!! Ikan-ikan ni takde la dorang gigit kan, dorang setakat sedut-sedut je.  Tapi sebab mulut dorang ni besar, bibir mungil ala-ala Angelina Jolie, memang terasala kegelian tersebut






Dieya usha dari jauh je.  Tak berani nak dekat.  Dieya start macam takut-takut dengan laut, sungai dan seumpama dengannya masa pergi Redang tahun lepas.  Kalau ajak main air mesti Dieya akan tanya dulu ada ikan tak dalam tu.  Ni nak kata takda ikan dalam tu memang penipu besar la kan.  Ikan gedabak besar sekor-sekor nak cakap takda ikan lagi kan.  Gigih Pijo pujuk Dieya tapi still tak bergerak.







Last-last gerak la sikit Dieya.  Tapi takat tu jela.  Pakcik yang jaga kat situ tanya nape tangan Dieya berglove bagai.  Anggap jela anak aku ni ada pengaruh Kpop sikit.  Eyyyuuuuhhhhh!!!!!!!






Ikan kat aku tak meriah sangat sebab group sebelah aku tu ada roti bagi ikan makan.  Semua ikan dah kecewa dengan aku sebab datang melawat dengan tangan kosong.  Aku pon join jela group sebelah.  Tapi belakang-belakang je sebab dorang riuh sangat.  Takde pon roti kat tangan aku tu, aku sekadar bagi harapan palsu kat dorang.  Kesian ko ikan.  Aku bersimpati.




Ada je gambar Pijo.  Heheheh.  Tapi Pijo sebenarnye geli jugak.  Tu tak banyak gambar die kat sini.  Masa ni Pijo tengah get ready nak angkat sekor ikan.  Baru je nak angkat, pakcik yang jaga kitorang tu sound jangan angkat ikan.  Sebab group sebelah yang riuh tu angkat ikan.  Besar wei, serius besar!  Dalam banyak-banyak ikan tu ada sekor ikan keli.  Tapi jinak, tapi aku takut jugak sebab die ikan.  Kalau die rasa sedap je kaki budak gorgeous ni, rasa nak sengatla, dia sengat jekan.  Teringat ikan keli dalam tasik The Mines tu.  Nightmare!!!!!!!!








Tak dapat naik canopy walk, kat sini pomboley...  Berani minah kenit ni.  Confident je nak naik tapi aku memang tak lepas r tangan Dieya.     Sebelum aku ni ade 1 family yang naik.  Anak dorang buat goyang-goyang jambatan gantung ni cuak dah aku.  Dieya dah makin kuat dah pegang tangan aku.  Tapi syok. Heheheh.

Pastu gerak terus pergi Bandar KK.  Dengan hujannya, dengan turun bukitnya.  Nasib Pijo cekap.  Tapi kesian jugakla kereta yang kitorang sewa tu.  Memang kitorang lenjan habis-habis.  Tapi kitorang confident jugak sebab owner tu cakap baru lepas service.  Semalamnya aku dah cakap kat owner nak hantar lambat, so macam mana kira kan.  Die dah bagi harga murah dah, tapi sebab die Datuk aku dengan confidentnye mintak diskaun separuh harga dari extra charge tu.  Alhamdulillah dengan senang dan selambernya die bagi. Murah rezeki Datuk nih.  Sampai hotel orang kereta dah ready dah kat situ.  Maknanya kitorang sewa dari pagi semalam sampai la petang esoknya dengan harga RM150

Aku stay kat Hotel D'Borneo.  Memang betul-betul dalam town.  Stategik la bagi aku.  Cuma aku macam tak recommend sangat sebab takde lift.  Aku kan sayang lemak-lemak yang aku kumpul selama 29tahun nih. Tak kan nak sia-sia macam tu je.  Dah la bilik aku tingkat 3, pregnant plak tu tapi masa ni baru dalam 5minggu kot.  Tapi secara logiknya kita balik hotel lepas berjalan-jalan kan.  Pastu kena panjat tangga plak. Tapi sebenarnya ada issue sikit.  Bilik yang aku dapat tu air-cond dia macam tak berfungsi.  Mak tak tahan noks.  Mak dah biase duduk kat London noks.  Mak memang tak boleh kalo tak air-cond nih.  Orang maintenance plak dah balik.  Aku tak kesah la kalau dorang nak balik, yang aku kesah aircond bilik aku nih.  Lepas buang habuk pon still tak sejuk.  Aku insist nak tukar bilik.  Nasib dapat.  Tapi still tak sejuk tapi tak la sepanas bilik tadi.

Kat KK malam lagi cepat dari Kundasang, ni dari pemerhatian jela tapi Kundasang confirm2 la lagi cepat dari semenanjung kan. Malam tu kitorang dinner kat Pasar Filipin.  Yehaaaaaa!!!!! Seafood time!!!!!!






First time aku makan rumpai laut dengan lobster tu.  Yummy!!!!!!!!  Serius sedap.  Banyak gerai kat sini sampai betul-betul padat.  Tapi nasib masa ni hujan-hujan sikit so takda la panas sangat.  Aku memang serah sepenuhnya kat Pijo bab makan ni.  Sebab Pijo dah pernah datang sini.  So at least Pijo ada idea nak buat apa kan.  Yes, ko kena tanya harga dulu tau.  Ala-ala survey gitu sebab yang depan-depan tu macam mahal sikit.  Pijo pilih kedai ni, air asam die pergh gila marvellous wei!!!!!  Ikan lembut sangat, fresh la jugak. Sedap wei.  Sampai tak tergambar dengan kata-kata.  Ha, hover tak aku.  Tengah makan-makan tu kan aku ternampak kakak kedai ni macam pukul-pukul (teruknye term aku) seafood dia guna duit yang orang bayar tadi.  Dah terkena dah mandrem kakak ni kat aku ni.  Hehehehhe.  Nasib sedap.  Pelaris je tu.  Jangan risau, yakin in shaa Allah takda pape.  




Ni budak nakal ni kan memang terbaik kalo bab buat mimik muka.  Mana belajar ntah!  Dengan guru Yaya la kot aku rase.  Hehehehe.  Lepas makan-makan Pijo bawak pergi downtown dorang.  Mula-mula pergi kat pasar malam Sinsuran.  Betul-betul belakang hotel aku tadi.  Tak reti la aku tengok banyak sangat mutiara nih.  Boring la sikit sebab kitorang kan memang tak pandai shopping pon.  Pastu Pijo ajak gi pasar malam Kampung Air plak.  Kena menapak sikit la.  Tapi yang aku konpiusnye tahap keyakinan Pijo lalu short cut sangat la tinggi.  Belakang bangunan, celah bangunan mana ntah die bawa aku.  Bila aku tanya canne macam konpiden sangat jalan kat sini macam stay sini je.  Pijo cakap sebab macam baru je datang pastu research awal-awal lagi jalan kat situ guna google map.  Pergh laki aku nih!!! I lap u so much la!  Aku lagi suka kat pasar malam Kampung Air nih.  Tersusun sikit dan barang die macam banyak sikit pilihan dia.

Lepas tu cergas balik hotel.  Penat wei.  Dengan Dieya taknak berjalannya.  Kalau berjalan pon taknak pegang tangan.  Macam budak besar.  Bila Pijo kena dukung Dieya aku la kena galas beg.  Even galas beg je pon aku nak ngada-ngade penat jugak.  Ha, dulik!!!! penat jugak!  Tapi happy menguasai segalanya...

No comments: