Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 9, 2014

Happy 4th Anniversary Otokecho

24 April 2010 tarikh aku kahwin.  Alhamdulillah dah 4 tahun usia perkahwinan kami.  Kejap je kan.  Pejam, celik, gaduh, pejam, celik, gaduh dah 4tahun dah.  Tapi ni la kali pertama yang kitorang lupa tarikh anniversary!  Series wei!  Dah petang tu baru aku perasaan!  Gile r!  Tak pernah macam ni!.  Ha, kan banyak tu tanda seru, betapa aku memang tak sangka kitorang boleh lupa tarikh sangat penting ni.  Tapi kan, tapi kan, Pijo dah buat reservation dinner dekat Pullman...  *menarisalsa10minit*


Si kenit yang ambil gambar ni.  Motif Dieya tak centrekan kan kitorang sebab die nak ambil sekali pakcik kat belakang tu.  Hehehehe


Perasan tak mata Pijo kelain tak pandang aku pon, ala-ala aku syok sendiri je kan.  Pijo kan pemalu, tu tengah usha line la tu kot-kot ada orang tengok kitorang.  Takde orang usha pon bang, semua tengah busy melantak.  Tapi Pijo pon pasrah je taknak rosakkan mood romantika kitorang time tu kan.  Romantik ke? Memang tak la.  Mana la pandai kitorang nak romantik bagai wei.


Candid by Dieya juga.  Good job Dieya, boleh lawan Saiful Nang nih.


Kesian Dieya duduk sorang-sorang.  Budak ni excited terlebih ni.  Aku salurkan excited aku kat Dieya masa ni.  Punya la tak duduk diam.  Kejap-kejap sudu jatuh, kejap-kejap garfu plak jatuh.  Kejap-kejap pinggan nak terjatuh.   Dah, ko amek tengok upin ipin ni.  Tenang hati aku nak makan.  


Dah terus ignore kitorang terus.  Aku plak yang kejap-kejap kena bangun nak suapkan Dieya makan.


Tu Niesa Khalil tu.  Yang baju hijau tu.  Dalam bilik berkaca belakang dia tengah ada shooting pasal makanan kat Pullman la kot.  Aku dah suruh Pijo berdiri kat belakang buat-buat ambil makanan sambil garu-garu bontot.  Hahahahhaa.  Ko rasa Pijo buat tak?




Pergh, memang aku tak larat nak jalan lepas tu.  Perut rasa tegang sangat.  Banyak gila kot aku makan. Walaupun tak banyak pilihan makanan tapi ok la kan untuk suasana yang berbeza kan.  Aku sebenarnya nak posing yang lebih extreme, tapi memandangkan cameraman kitorang tak cukup umur lagi, kita simpan la ey bang untuk aktiviti riadah bersama nanti.  Aaauuuummmmmm




Besar dah sayang ibu ni.  Memang dah boleh mintak tolong amek itu, buat ini dah.  Syukur sangat ibu dan ayah diberi peluang menjadi orang yang paling rapat dengan Dieya.  Kitorang kahwin atas dasar cinta, dan memang nak zuriat dengan segera.  Alhamdulillah Dieya bersama-sama dengan ibu sejak bulan kedua perkahwinan ibu dan ayah.  Dan sekarang in shaa Allah, zuriat ibu dan ayah bertambah, dan excitednya sama dengan masa nak sambut kelahiran Dieya dulu.  Takda beza sebab anak-anak ibu dan ayah semuanya istimewa dan sangat berharga.

Terima kasih jugak kat Abang yang memang sabar layan karenah sayang.  Tu jela kot.  Tak reti la nak bermadah bagai nih.  Ucapan romantika tu cakap direct je.  Malu ai nak berkongsi keromantikaan rumahtangga kat sini.  Ngeee~~~~~~~~


Dan, genap 4tahun ayah Pijo meninggal dunia.  Ye, ayah Pijo meninggal pada hari bahagia kami.  Sebab tula kami takda nak celebrate sangat tarikh kahwin.  Apa yang aku perasan, Pijo tak pernah sebut perkataan 'arwah'.  Aku faham, masih ada 'ayah' dalam kehidupan Pijo dan aku respect itu.  Alfatihah... 

1 comment:

Hafizzul Kamarudin said...

happy anniversary sayang....muah