Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 12, 2014

Kota Kinabalu Trip - Day 3

Sepatutnya hari la aku nak bersunbathing bagai.  Tapi takpa.  Next time ada rezeki boleh datang lagi.  Pujuk hati la ko sampai sudah kan....


Breakfast dulu pape hal pon.  Tapi breakfast dorang ni dah ada nasi goreng-goreng.  Aku mintak nasi goreng ayam.  Nasi goreng ayam yang biasa aku makan ada seketul ayam la kan.  Tapi ayam dorang dah potong kecik-kecik goreng sekali dengan nasi.  Erk.....  tu dah macam nasi goreng cina dah kan.  Lantak la kan, janji perut aku kenyang.  Kat sini aku tertinggal balm favourite aku, balm akar.  Memang aku bawak gi mana-mana je sebab aku kan migrain kan.  Bila aku datang balik balm tu dah takde dah.  Sedih aku.  Kalau sapa-sapa jumpa roger aku ey.  Yang kat rumah tinggal sikit je lagi.  Balm ni Ayong yang belikan, sekarang dak takde stock dah sebab kastam tahan.  Ni produk dari Indon kalo tak silap.  Huhuhu.  Awal-awal cerita dah sedih dah kan.  Apa kena la dengan aku ni emo semacam je lately.

Lepas tu menapak ke Sunday Market.  Crowded.  Berpeluh-peluh aku.  Tapi best gak la.  At least aku dapat tengok la budaya kat tempat orang kan.  Apa keunikan barang-barang tradisional dorang, makanan ke kan.  Tapi kitorang cari kuih cincin dengan amplang je kat sini.  Kuih cincin aku beli brand cahaya apa ntah nama dia.  Kawan aku cakap brand ni sedap.  Haaaaaaaa, pandai tak aku.  Tempat orang pon boleh bawak diri.  Ok takde kaitan. Aku tahu.  Hehehehehe




Tak tahu nak belikan apa kat Dieya.  Mainan ada je tapi macam kat Semenanjung pon boleh dapat.  Macam yang orang jual kat pasar malam tu kan.  Ni je la kot yang takde kat Semenanjung.  Ke ada sebenarnya? Tapi monyet ni ada tulis 'Sabah'.  Boleh la boleh la...  Dari takde kan.

Dalam Sunday market tu celah mana ntah tiba-tiba macam ada kawasan yang tak crowded.  Kecik je kawasan tu.  Kat situ ada 1 kedai je jual yang kering-kering ni.  Ikan kering, udang kering.  Murah gila kat kedai ni compare dengan kedai-kedai yang kat luar sana.  Compare dengan kedai kat pasar besar pon, sini lagi murah.  Kat pasar Filipin pon, sini lagi murah.  Ke aku tak jumpe kedai murah kat Pasar Filipin tu? Ntah. Nasib Pijo rajin nak tanya-tanya harga sebelum ni.  Ni jumpa yang murah terus borong untuk mak dengan ami dengan sapa-sapa yang kirim.  Tapi aku dah tak ingat dah harga.  Muhahahaha


Anakanda tengah roger bonda kot-kot nak tambah order.




Motif ko nak posing mulut senget macam tu kan.  Budak ni memang tau.  Geram aku!  




Makin besar makin banyak plak akal nak posing.  Tapi takpe, memang ibu dan ayah suka Dieya cergas dan cerdas macam ni.  Walaupun kadang-kadang penat nak layan, tapi kamu memang penglipur lara ayah dan ibu.  Ha, entry lepas aku ada cakap kan signature posing Dieya kat KK adalah jumping.  Bukti untuk yang keberapa kali ntah.




Yang aku ni plak macam tu jela gaya posingnye.  Gila oldskool zaman tok kaduk.  Kan aku posing ala-ala Kim Kadarshian kan ada plak terpana dan terkesima dengan kebolehan aku.  Payah-payah....  Time ni nak cari lunch sebenarnya.  Teringin sangat nak makan nasi ayam tapi tak berani nak cakap Pijo.  Bukan takut Pijo marah, tapi takut Pijo rasa serba salah tak dapat cari nasi ayam.  Kata bini kesayangan tengah mengandung kan.  Ye dak?  Pijo bawak gi foodcourt Centre point.  Tiba-tiba tanpa disangka-sangka Pijo pilih meja yang dekat dengan kedai nasi ayam.  Ko faham tak perasaan aku masa tu?  Memang terloncat-loncat, terpekik-pekik aku kat situ.  Ok, takyah bayang sebab aku tak buat pon macam tu sebenarnya. Buruk beno kalau aku buat macam tu kan.  Nak balik tu sekian hal pulak kitorang tak boleh keluar sebab hujan selebat-lebatnya.  Dah reda sikit jalan sikit masuk mall lain nak berteduh.  Pastu reda sikit sambung jalan lagi.


Sebab dah tak pergi island hopping kan, masa banyak rehat kat hotel.  Takpe-takpe, quality time dengan family tu penting.  Tak kisah la ada aktiviti ke tak kan.  Ayat sedapkan hati lagi, ye aku tahu.  Petang tu sekali lagi cubaan bersunset dijalankan.  Keluar awal sikit boleh la jalan-jalan kan.  Pasar besar tu macam standart pasar biasa je.  Tapi kalo pasar Filipin tu macam best sikit la.  Ada jual banyak kraftangan. Kitorang kurang sikit kalo beli barang-barang yang boleh semakkan rumah ni.  Rumah kecik wei, memang tak sesuai pon.  Kalo semakkan almari baju, aku suka.  Ada sebuah kedai kat pasar Filipin tu kan, kedai dia kan bahagian tepi, penuh dinding dia gantung tshirt.  Kalau ko nak, ko just cakap design nombor berapa dan saiz apa.  Murah giler wei.  Tshirt warna putih harga RM8 kalau tak silap aku.  Kalau yang berwarna dalam RM14 sehelai.  Design dia pon ada yang takda kat tempat lain.












Glemer betul ikan-ikan kat nih.  Rata-rata aku tengok ramai amek gambar kat sini.  Dah macam port wajib amek gambar dah.  Aku pon teruja tengok ikan-ikan nih.  Teruja apa aku pon tak tahu.  Hehehehe. Kitorang punya aim masa ni sebenarnya nak tengok sunset since semalam tak dapat tengok kan.  Pijo cakap macam takde sunset jugak sebab dah hujan renyai-renyai dah.  Tapi nak sedapkan hati pergi la jugak.






Ni jeti ape ntah nama dia.  Tapi jeti ni digunakan oleh orang tempatan yang guna laluan air.  For free je tau. Tapi kalau kita orang luar ni nak guna nak gi Kampung Atas Air ke kan kena la bayar sikit kot.


Bawak bekal kuih cincin dengan limau ni kononnya nak makan masa tengok sunset nanti.  Nak tengok sunset tapi nak makan jugak.


Haaaaa......  Ni memang aku memang macam ni la.  Duduk situ bukan buat apa pon kan.  So, ayuhlah kita menjalinkan ukhwah sesama Islam.  Sarha ni Islam.  Aku dah tanya tapi kaum apa aku tak tahu.  Macam-macam aku tanya soalan pasal budaya kat sana.  Dia cakap kaum dia memang semua Islam, tapi aku tak pernah dengar kaum dia ni.  Dia tunggu bot dari pukul 3petang, masa ni dah kol 5 petang kot.  Sarha cakap bot satu-satunya laluan dia nak balik rumah.  Rumah dia di sebalik pulau depan jeti ni.  Gila la gigih kan nak cari rezeki.  Dia ada hati juga nak jejak Semenanjung tapi dia tahu macam susah nak capai sebab dia orang susah.  Pastu macam takut nak ke Semamnjung.  Sedih plak aku dengar cerita dia.








Dieya nak bagi Sarha limau.  Tapi malu-malu nak bagi.  Last-last suruh ayah teman.  Tu ayah teman sampai kat situ je.  Pelan-pelan Dieya melangkah kat Sarha.  Bangga betul dengan Dieya masa ni.  Niat tu ada walaupun tak berapa confident.  Takpe sayang, pelan-pelan kayuh k.  Tapi hidup ni memang kena confident tau supaya kita tidak ditindas.  Tapi ingat, confident yang berisi tau, bukan confident yang main taram je tau.






Dapat la juga Sarha 2biji limau dari Dieya.  Aku doakan Sarha dapat capai semua impian dia.  Dan aku berharap Sarha selalu ingat ada budak permpuan pernah bagi dia limau kat jeti ni.  Supaya Sarha tahu, orang Semenanjung baik-baik.  Ye dak?  Kita 1Malaysi what....  Heheheh






Balik kat bulatan ikan Merlin balik since bayang-bayang sunset pon takde.  Pasrah jela kan.  Cuba tengok gambar aku dengan Dieya yang atas tu.  Konon-konon monyet peluk dia la tu.  Macam-macam...












Dah Dieya dah tak takut dah masa ni.  Sebelum tu teragak-agak gak nak ambil gambar dengan ikan batu. Motif takut tidakla aku ketahui.  Aku cuba buat nampak Dieya macam racing dengan ikan.  Jadi kan? jadi kan?  Kesian Dieya mangsa gedik aku.  Kalau aku yang buat memang esoknya masuk dalam Malaysia Kini la wei, 'Seorang jelitawan meroyan di bulatan ikan merlin'.  Parah....  




Malam tu try seafood kat Bulatan Ikan Merlin ni plak.  Pergh udang galah tu kan.  Dalam RM200 gak sekor tu.  Erk, takpela, tak mengidam pon.  Lagipon semalam dah makan udang galah.  Tapi yang murah punya la. Ok la kan sekadar merasa kan.  Kat sini kita boleh pilih nak masak macam mana seafood tu.  Tapi macam tak kena sangat dengan selera aku la masakan dia.  Mungkin sebab perbezaan GMT kot kan.  Ok, tak logik.  Tapi aku lagi prefer kat Pasar Filipin lagi.  Walaupun 1 jenis masakan je, walaupun crowded tapi memang best gile.  Owh, kat sini macam mahal sikit dari Pasar Filipin.


Malam tu kitorang pergi Pasar Malam Sinsuran lagi sekali.  Aim kitorang kali ni nak cari non-woven bag. Haah wei, beranak jugak akhirnya beg kitorang.  Padahal baju memang sengaja tak bawak banyak tu.  Aku belilah gelang mutiara-la-sangat untuk Dieya.  Tapi aku lupa anak aku ni rambut je panjang macam gegirl, tapi keganasan agak ketara.  Dan naik hotel je terus putus.  Huhuhuhuh.


Beranak jugak akhirnya luggage kitorang.  Padahal baju Pijo dengan aku memang tak banyak pon bawak.  Baju dengan diaper Dieya memang aku bawak ngam-ngam je.  Takde spare langsung.  Beg warna oren tu ala-ala travel bag Dieya.  Kalau gi mana-mana memang kitroang bawa beg tu sebab berisi botol susu Dieya, air mineral dengan diaper Dieya.  Most of the time memang aku yang kena galas sebab tak tahu la kenapa Dieya taknak berjalan sangat.  Asyek nak berdukung je.  Kalau ringan takpe jugak kan.  Kesian dah kat Pijo.  Maybe Dieya penat kot kan.  Sepanjang trip ni memang aku kasar sangat.  Padahal early pregnancy tu.  Tapi aku selalu cakap dengan adik sambil gosok-gosok perut, yang adik ni anak yang kuat, anak yang baik, anak yang tak kan nyusahkan ibu dan ayah.  Aku mintak Pijo cakap sekali.  Alhamdulillah semuanya ok.  Nanti adik dah besar sikit kita datang sini ok sayang.  In shaa Allah. 

Friday, May 9, 2014

Happy 4th Anniversary Otokecho

24 April 2010 tarikh aku kahwin.  Alhamdulillah dah 4 tahun usia perkahwinan kami.  Kejap je kan.  Pejam, celik, gaduh, pejam, celik, gaduh dah 4tahun dah.  Tapi ni la kali pertama yang kitorang lupa tarikh anniversary!  Series wei!  Dah petang tu baru aku perasaan!  Gile r!  Tak pernah macam ni!.  Ha, kan banyak tu tanda seru, betapa aku memang tak sangka kitorang boleh lupa tarikh sangat penting ni.  Tapi kan, tapi kan, Pijo dah buat reservation dinner dekat Pullman...  *menarisalsa10minit*


Si kenit yang ambil gambar ni.  Motif Dieya tak centrekan kan kitorang sebab die nak ambil sekali pakcik kat belakang tu.  Hehehehe


Perasan tak mata Pijo kelain tak pandang aku pon, ala-ala aku syok sendiri je kan.  Pijo kan pemalu, tu tengah usha line la tu kot-kot ada orang tengok kitorang.  Takde orang usha pon bang, semua tengah busy melantak.  Tapi Pijo pon pasrah je taknak rosakkan mood romantika kitorang time tu kan.  Romantik ke? Memang tak la.  Mana la pandai kitorang nak romantik bagai wei.


Candid by Dieya juga.  Good job Dieya, boleh lawan Saiful Nang nih.


Kesian Dieya duduk sorang-sorang.  Budak ni excited terlebih ni.  Aku salurkan excited aku kat Dieya masa ni.  Punya la tak duduk diam.  Kejap-kejap sudu jatuh, kejap-kejap garfu plak jatuh.  Kejap-kejap pinggan nak terjatuh.   Dah, ko amek tengok upin ipin ni.  Tenang hati aku nak makan.  


Dah terus ignore kitorang terus.  Aku plak yang kejap-kejap kena bangun nak suapkan Dieya makan.


Tu Niesa Khalil tu.  Yang baju hijau tu.  Dalam bilik berkaca belakang dia tengah ada shooting pasal makanan kat Pullman la kot.  Aku dah suruh Pijo berdiri kat belakang buat-buat ambil makanan sambil garu-garu bontot.  Hahahahhaa.  Ko rasa Pijo buat tak?




Pergh, memang aku tak larat nak jalan lepas tu.  Perut rasa tegang sangat.  Banyak gila kot aku makan. Walaupun tak banyak pilihan makanan tapi ok la kan untuk suasana yang berbeza kan.  Aku sebenarnya nak posing yang lebih extreme, tapi memandangkan cameraman kitorang tak cukup umur lagi, kita simpan la ey bang untuk aktiviti riadah bersama nanti.  Aaauuuummmmmm




Besar dah sayang ibu ni.  Memang dah boleh mintak tolong amek itu, buat ini dah.  Syukur sangat ibu dan ayah diberi peluang menjadi orang yang paling rapat dengan Dieya.  Kitorang kahwin atas dasar cinta, dan memang nak zuriat dengan segera.  Alhamdulillah Dieya bersama-sama dengan ibu sejak bulan kedua perkahwinan ibu dan ayah.  Dan sekarang in shaa Allah, zuriat ibu dan ayah bertambah, dan excitednya sama dengan masa nak sambut kelahiran Dieya dulu.  Takda beza sebab anak-anak ibu dan ayah semuanya istimewa dan sangat berharga.

Terima kasih jugak kat Abang yang memang sabar layan karenah sayang.  Tu jela kot.  Tak reti la nak bermadah bagai nih.  Ucapan romantika tu cakap direct je.  Malu ai nak berkongsi keromantikaan rumahtangga kat sini.  Ngeee~~~~~~~~


Dan, genap 4tahun ayah Pijo meninggal dunia.  Ye, ayah Pijo meninggal pada hari bahagia kami.  Sebab tula kami takda nak celebrate sangat tarikh kahwin.  Apa yang aku perasan, Pijo tak pernah sebut perkataan 'arwah'.  Aku faham, masih ada 'ayah' dalam kehidupan Pijo dan aku respect itu.  Alfatihah... 

Thursday, May 1, 2014

Outdoor Water Filter

Kesian makcik filter ni.  Ding dong ding dong die dalam must-have-before-entering-DAB2ndhome list.  Mula-mula memang ada dalam list, tapi atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, terpaksa keluarkan dalam list.  Tapi sebab teknikal tu akhirnya boleh dielakkan, maka masukkan ia kembali ke dalam list.

Pijo jumpa outdoor water filter ni kat mudah.  Banyak rupanya yang murah-murah.  Kitorang ingat ke paling murah pon still beriban.  Sebab sedar diri tu yg tak jadi dulu nak pasang tu.  Tiba-tiba jadi tak sedar diri balik bila jumpa yang less than RM500. Pijo cakap better pasang sebelum air masuk.  So takyah basuh tangki dah sebab air yang masuk dah berfilter.  Kalo tak dah cost lagi nak hire orang bersihkan tangkikan.  Aku rasa reason tu strong enough untuk aku setuju pejam mata sudah untuk proceed je.  Tapi sebab aku malas nak ambil tahu sangat aku declare filter ni sebagai project Pijo.  Maknanya Pijo handle sorang-sorang je deal dengan contractor. Ha, nampak tak permainan aku kat situ. Tak nampak? Tak nampak sudah.  Dok situ diam-diam.

Sekali Pijo deal via phone je.  Call contractor, contractor terus pasang, whatsapp gambar, letak waranty card dengan  resit dalam mailbox. Bayar guna m2u.  Dah, settle.  Gila tak?  Dengan tak jumpanya, dengan tak tengok dorang instalnya, dengan tak check dulu filternye, tiba-tiba dah settle.   Memang la bayar lepas kitorang check filter tu tapi idok la aku gemor buat keje rupa gitu kan.  At least jumpa sekali pon dah ok.  Maybe sebab aku bukan jenis mudah percaya sangat kat stranger kot.  Tapi dah aku cakap ni project Pijo, percaya jela ape yang Pijo buat.  Ye dok?  Kenalkan makcik filter aku...






Katanya dalam iklan dia dalam mudah, filter ni direct imported from USA.  Ada 5 filter yang berbatu-batu eh ke pasir, tapi bukan membran la kan, tapi yang penting warranty body 10tahun.  Maintenance dalam 5tahun sekali and will cost us less than RM300 sekali service.  Harga yang die advertisekan RM430 termasuk installation.  Tapi since aku dekat je dengan dia, so dapatlah RM400.  Murah sebab makcik filter ni body dia plastic.  Plastic pon plastic la makcik, janji service ok.  Tak larat dah aku dengan air karat.  Air kat rumah Equine memang berkarat dengan jayanya.  Nak-nak kalau air sinki kat dapur.  Aku tak pernah basuh muka ke berkumur kat sinki dapur sebab karat dia agak kuat kat situ.  Kalau dalam toilet ok je lagi.  Paling sedihkan kalau baju putihkan kalau aku basuh kadang-kadang boleh tukar warna terus tau.  Sedih betul aku tau.  Huhuhuhuhu.

Contractor : M.U.S Integrated Enterprise
PIC : Mustakim (019-7236910)

Sunday, April 27, 2014

Tinted

Tak pernah masuk dalam list pon nak buat tinted ni.  Tapi aritu masa contractor plaster ceiling ukur-ukur tu Pijo tertanya pasal tinted.  Ada ey tertanya ey?  Kira punya kira bajet kitorang untuk plaster ceiling dan wiring lepas nak buat plaster ceiling, wiring dan tinted.  Maka dengan itulah, terjadilah rumah kitorang macam ni...


Original tinted yang developer bagi memang dah hijau.  Bagi mengelakkan dari berlakunya konflik dalaman dan konflik identiti, Pijo pilih warna hijau kat luar, warna silver kat dalam.  Double layer cukup. 


Ni dari dalam terang benderang nampak kat luar.


Dari luar boleh buat cermin.  Jimat aku takyah beli cermin dah.  Nak pakai tudung gigih la sendiri berdiri kat luar kan.  Ok-ok, takyah gelak.  Memang der kan. Hehehehe

Tapi kalau malam memang nampak la dalam kan.  Kita yang kat dalam la plak tak nampak kat luar.  Tapi tula fungsinya langsir kan.  Ye dok?  *hintnakbuatlangsir*

Dalam tak pernah terpikir nak buat tinted tu tapi ada gak la aku survey seposen dua. Nak kata murah tu tak tahu la murah ke tak kan tapi sebuah rumah atas bawah, depan belakang, double layer ni kitorang rasa kitorang dapat murah la dan yang penting dalam bajet.  

Contractor : Tik Ann Renovation & Decoration
PIC : Siam (0102316220/0179227771)

Wednesday, April 23, 2014

Tolong jaga rumah

Semalam ada potential tenant datang tengok rumah Equine.  Ntah nape la aku boleh macam nervous dah.  Lawak-lawak...

Dorang ni nak kahwin bulan 6.  Kitorang plak in shaa Allah nak move out bulan 6.  Macam ngam-ngam gitu. Yang si lelaki tu officemate member Pijo sebenarnye.  Dia datang bawak bakal isteri dia sekali.  Kitorang baru first time jumpa tapi boleh gelak-gelak sakan plak.  Maybe minah ni style die macam aku sikit.  Banyak cakap, friendly gitu.  Yang lawaknya kitorang boleh lepak dalam masterbedroom, dia korek rahsia rumahtangga kitorang.  Gila maharajalawak mega kan.  Dorang baru kenal akhir tahun lepas.  So minah ni macam takut-takut manja gitu nak kahwin.  Aku share jela apa yang boleh share.  Siap tanya macam mana aku uruskan kewangan keluarga.  Ko memang lawak wei walaupun aku tak tahu nama ko siapa.  Heheheh. Si lelaki ni cool je sebijik macam Pijo. Ala-ala good good gitu.

Masa nak discuss pasal deposit tu pon lawak.  Mula-mula aku dengan Pijo discuss nak ikut normal practise, 2+1 deposit campur sekali dengan sewa bulan pertama.  Tapi, tiba-tiba macam kesian sebab macam banyak sangat dorang nak kena keluarkan duit.  So setuju kurangkan deposit sebulan.  Bukan underestimate dorang tapi aku dengan Pijo dah lalui benda yang sama time nak kahwin dulu.  Betapa ikat perutnya kitorang sebab banyak nak pakai duit masa kahwin, banyak nak pakai duit masa nak mula hidup bersama.  Kitorang bukan orang senang, semua belanja kahwin memang pakai duit sendiri.  Masa awal-awal dulu selalu aku tukar coin kat kedai runcit.  Kononnye terlalu banyak coin padahal takda duit nak makan pon.  Memang hidup kitorang mula dari kosong.  Tapi alhamdulillah sekarang dah ok.

Petang tadi Pijo cakap dorang setuju nak sewa rumah kitorang.  Alhamdulillah rezeki.  Aku dengan Pijo setuju pon turunkan lagi sewa bulanan.  Walaupun tahu je dorang nak sewa dalam 4-5 bulan je, tapi takpela. Anggap je kitorang tolong dorang dalam proses nak bina hidup baru, alam rumahtangga, dan dorang tolong jaga rumah kitorang walaupun dalam tempoh singkat.  Kitorang percaya, mudahkan urusan orang lain, in shaa Allah urusan kita pon dipermudahkan.

Tuesday, April 22, 2014

#DAB2ndhome

Hashtag tu cakap segalanya.  Rumah Equine ke rumah kat Semenyih ke memang untuk anak-anak.  Bekal duniawi untuk anak-anak.  Manalah tahu suatu hari nanti dorang perlukan bekal duniawi ni kan.  Drama swasta tak mukadimah aku kali ni?




Semalam aku dengan Pijo amek kunci rumah Semenyih.  Apa-apa hal kena la test mamak kat area Pelangi Semenyih 2 dulu.  Aduyai.... fail la mamak tu...  canne kitorang nak hidup ni takde mamak ni?  Ada nanti aku ajak Pijo balik Equine semata-mata mamak Ad-Dhuha kat The Atmosphere tu.  Mamak tu memang terbaik. Tapi kalo nak makan mee goreng mamak kene gi malam.  Kalau gi siang mee die rase kapur sikit.  Ha, mamak abadi tak aku ni?

Erk, bukan aku nak cerite mamak kot kan.  Ok-ok, kembali kepada landasan yang betul.  Aku sampai rumah dalam kol 10.45, orang MKH memang dah tunggu dah.  Padahal appoitment pukul 11.  Ok, good impression kat situ.


Masuk dengan kaki kanan, baca basmallah dan doa ringkas, kitorang pon mula la inspect rumah.





Payung tu Pijo nak check tile padat ke tak.  Sambil jalan, sambil cakap, sambil ketuk-ketuk.  Comel pulak aku tengok laki aku ni.  Beriye beli masking tape dengan marker bagai.  Tapi tak guna pon.  Orang MKH tu dah tagging kan.  Defect tu ade tapi tak banyak.  Boleh consider minor defect pon.  Leaking kitorang takleh check sebab meter air belum pasang.  Plug pon takleh check sebab meter letrik pon belum pasang.  Tapi kalau tak berfungsi pon waranty kan ada 2tahun kan.  Mata Pijo sangat tajam.  Yang tu memang Pijo power. Kadang-kadang pon Pijo ni sangat cerewet dari aku.  So aku percaya Pijo memang check betul-betul.  Aku pon check jugak okey.  Takde alasan panas ke apa ke nak lepak dalam kereta taknak buat kerja.  Memang panas tapi excited wei! Dah tak rasa dah panas tu.  Hehehe


Ni antara yang approach kitorang sepanjang sehari dok kat situ.  Mei Keng tu setia sungguh tunggu sampai habis inspect.  Tapi awal-awal memang kitorang reject dah die.  Selamber je bawak masuk anjing dalam kawasan rumah.  Siap mandikan lagi.  Aku nampak sendiri kot.  Persatuan penduduk pon ada cakap.  Siot je kan.  Tapi semua tu kitorang tolak baik-baik sebab kitorang dah ada contact contractor sendiri.

Aku dengan Pijo sejenis bangsa yang kegigihan survey tu tiga empat posen je.  Takde beriye sangat.  Sebab ape ek?  Sebab malas kot...   Macam tak kukuh kan alasan.  Kitorang ada la blog hopping since masa mula-mula beli rumah lagi.  Takde la tiap-tiap hari kan.  Bile free je.  Ada blog yang share pattern dorang dan kosnya sekali.  Credit sangat kat dorang ni sebab sedikit sebanyak memang membantu kitorang bangsa penyegan nih.  So, jot down kos je dulu.  Mininum berapa, maksimum berapa. Takde jot down contractor pon lagi.  Bile dah dekat-dekat nak siap rumah discuss dengan Pijo berapa limit setiap benda yang kitorang nak buat.  Priority kat plaster ceiling, grill dengan wiring je dulu.  Yang lain lek-lek lu.  Bajet takde sangat ni. Nak kena simpan duit untuk adik sekali kan.  Dah la baru tukar tayar kereta empat-empat bijik.  Service lagi.  Tayar dengan rantai motor Pijo lagi.   Kitorang setelkan lagi 2 komitmen pon sekali.  Alhamdulillah, sekurang-kurangnya takde la ikat perut sangatkan nanti nak bayar rumah ni.  Sedih kan ayat aku.  Sedih ke tak ni?


Semalam jugak kitorang commit dengan contractor untuk plaster ceiling, grill dengan wiring.  Mamat ni buat plaster ceiling dengan wiring.  Aku taknak cerita dulu.  Nanti dah siap aku cerite detail.  Tapi dorang tak boleh buat apa-apa lagi sebab letrik belum sambung.  Dalam masa 2 minggu ni la jugak baru nak sambung.


Mamat ni buat grill.  Dua-dua ni kitorang tak tahu pon workmanship canne.  Takde tengok hasil dorang secara fizikal pon.  Tawakal je percaya dengan apa orang cerita, apa orang share kat blog.  Dua-dua ni 'senang basse', maksudnya senang nak discuss, senang nak berkira la kot.  Kitorang takde rushing sangat nak masuk rumah Semenyih.  In fact rumah Equine pon takde iklan secara beriye lagi.  So, nak kata kalau siap lambat tu tak kisah tu tipu, tapi boleh kata tu dah jadi nombor 2 la.  Nombor 1, Alhamdulillah seme yang kitorang lock harga harini semuanya dalam bajet.

1 je aku nak cakap.  Nak masuk rumah baru ni mental kena get ready wei.  Orang tak berapa nak ada macam kitorang ni buat ikut kemampuan.  Tengok berapa ada then baru decide apa nak buat.  Kalo decide dulu baru nak tengok dalam poket ada berapa, memang jeng kereng kalo orang Terengganu cakap.  Tak perlu lawan sapa-sapa.  Yang penting selesa dan praktikal untuk kita anak beranak.  Kenapa aku cakap macam tu?  Sebab duit mengalir sangat laju.  Kalau air boleh la jugak catu kan...  Fahamkan maksud aku?

Thursday, April 17, 2014

Halfway dah...

Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 5bulan.  Maknanya jika diizinkan lagi 5bulan aku akan menyumbang kepada peningkatan statistik umat Islam kat Malaysia.

Pregnant kali ni tak sama dengan masa Dieya dulu.  Masa Dieya dulu aku gagah perkasa.  Pernah muntah sekali je. Tu pon sebab perut dah penuh buka puasa hari terakhir kat Terengganu, lepas tu terus balik Dungun. Sampai Dungun, tak sempat salam, tak sempat toleh kiri kanan pon terus aku gi toilet dan buang segala benda aku makan tadi.  Dah esoknya raya aku tak berani nak makan apa-apa dah.  Faham tak sejenis kerugian di situ?  Duhhhhhh.  Tapi mengandungkan si adik ni aku teramat selalu pening.  Pening yang extreme sampai muntah.  Doctor cakap darah aku tinggi.  Masa tu aku macam, serius?! Seawal first trimester?  Masa Dieya dulu memang aku ada darah tinggi tapi dah hujung-hujung.  Sebab tu jugak la aku selalu pening-pening.  Kesian Pijo, selalu sangat aku bedrest dalam bilik, tapi dia handle Dieya sorang-sorang.  Pernah jugak urine aku kotor, ade protein +2.  Terkedu aku masa tu.  Dah la aku gi klinik dengan Dieya je.  Nak call Pijo, bateri aku dah habis masa tu.  Sedih tau... punca aku gi klinik sebab perut aku selalu sangat keras dan sakit.  Nak kata brixton hicks mcm terlalu awal.  Rupanya doctor cakap urine aku kotor.  Buah pinggang kan sebelah rahim.  So senang la terjangkit.  So aku minum air masak bergelen-gelen wei.  Sampai aku tak larat nak gi toilet.  Tapi alhamdulillah check up 5bulan semuanya kembali normal. Darah aku normal, urine aku normal.  Syukur alhamdulillah.  Doctor O&G aku doctor Anitarita cakap maybe urine yang aku ambil tu urine yang awal.  Seeloknya urine yang sepatutnya tengah-tengah ke hujung. Darah aku pon cantik je bacaannya.  Alhamdulillah syukur sangat.  Doctor cakap maybe sebab aku terlalu penat.

Sepanjang check up kat KPMC Kajang ni ade a few things jugak yang aku baru tahu.  Contohnya, nak minum nescaffe sekali sehari tu tak de hal pon.  Sebab bukan lepas tu kita tak minum air lain nak flush out pon kan.  Pastu obimin kan ade iron.  Kalau pening-pening takyah amek obimin dulu sebab iron tu boleh peningkan kita.  Lagi masa makan obimin kena sama.  Kalo semalam makan malam, hari ni pon kena makan malam jugak.  Sebab kandungan dalam obimin tu tahan untuk 24jam.

Setakat 5bulan ni berat aku dah 5kg naik.  Berat aku naik dengan cemerlangnya.  Tapi pelan-pelan akan turun balik.  Pastu naik balik, tapi turun balik.  Pah ceroh tang malang r gitu.  Masa Dieya dulu pun aku naik 13kg je.  Aku tak lalu makan sangat.  Makan je mesti tak habis.  Kalo habis pon makanan tu memang sikit je.  Kalau nak tengok aku makan banyak sila la bawak aku gi mamak. In shaa Allah abis sepinggan mee goreng mamak takde sayur, takde tauhu.  Tapi masa balik kampung memang aku pulun makan sampai penuh betul-betul penuh.  Sampai mengah gile.  Boleh plak makan banyak kalo kat kampung.  Susu dah mula keluar kalo picit-picit.  Excited betul aku.  Hahahah.  Kena make sure selalu bersihkan daki-daki kat situ dah.  Aku berharap rezeki susu adik dimurahkan.  Aku nak sangat menyusu sampai 2tahun seperti yang disarankan oleh agama kan.  Masa Dieya dulu, aku sempat menyusu setahun je.  Sebab aku amek pil perancang Jasmine.  Pil tu kacau hormon susu aku.  Maybe dengan orang lain dia ok je tapi dengan aku hormon susu yang terencat.  Ralat gak la sebenarnya.  Kali ni aku ada discuss dengan Pijo taknak amek apa-apa sepanjang 2tahun tu.  Pandai-pandai la nak hidup kan.  Heheheheh

Tapi yang paling best masa check up 5bulan adalah




Alhamdulillah, in shaa Allah sepasang.  Doctor advise jangan beli pape dulu.  Next month kena double confirm balik.  Aku dengan Pijo memang tak kesah lelaki ke perempuan asalkan sihat walafiat.  Tapi kalo diberi kesempatan buat pilihan, kami pilih lelaki.  Supaya adik boleh protect Dieya dan adik-adik yang lain kan.  Supaya kalau jadi pape kat aku dan Pijo, adik boleh jadi wali.  Haaaaaa, kedepan tak aku nih?  Aktif yang amat si adik.  Memang seawal  check up sebulan memang nampak adik bergerak dengan jayanya.   Sebenarnya aku dapat rasa pergerakan dalam perut aku seawal 13minggu tapi doctor cakap tu mungkin pergerakan usus aku je.  Tapi sebelum ni takda plak aku rasa.  Tapi aku percaya jela, dah nama pun doctor kan.  Mesti la lagi tahu kan.  Ni sekarang memang dapat rasa pergerakan adik yang sangat aktif.  Dah la aku jadi selalu nak terkencing je.  Masa check up doctor macam nak kena amek masa yang agak lama nak scan sebab memang bergerak tanpa henti.  Masa buat 4d scan pon, baru nak snap dah gerak lagi.  Alhamdulillah adik aktif macam kakak Dieya.

Apa yang aku harapkan aku diberi nikmat untuk beranak secara normal.  Sebab aku plan nak pantang sendiri.  Taknak susahkn ami dan pa since dorang pon tak berapa sihat sangat kan.  Lagipun aku nak rasa normal sebab Dieya aku beranak secara czer. Aku nak rasa dua-dua kalau diberi kesempatan.  Sebab ada kawan aku selalu yang amat merendah-rendahkan orang yang terpaksa bersalin secara czer ni.  Maybe die lupa yang even beranak secara czer tapi rahim tetap digunakan, cuma sakit yang ditanggung berbeza.  Ada pro and cons la kan secara normal dan czer.  Kalo diberi kesempatan normal, sekurang-kurangnya aku boleh menilai sendiri bukan dari bacaan atau pon cerite pengalaman orang lain.  Maknenya sendiri experience sendiri nilai.  Doctor cakap uri aku kat atas.  Uri ni memang melekat kat dinding rahim kot aritu dia cakap.  Kalau kat atas, memang kat atas.  Sekurang-kurangnya aku ada harapan nak normal kan. Doakan aku ye...  terima kasih sangat....